Bab 9

13 3 0
                                    

NAAILA ditugaskan untuk menjaga booth jualan selama satu jam sebelum bertukar dengan rakan fakulitnya yang lain. Fakulti sains sosial membuka khemah jualan minuman dan khidmat kamera polaroid yang boleh disewa sepanjang malam akhir semester ini. Jam tangan dilihat. Tepat jam sembilan malam, tugasnya selesai. Rakan fakulti yang ditugaskan untuk menjaga booth jualan itu menggantikan tempat Naaila.

"Sorry Naaila aku lambat. Kau pergilah jalan-jalan. Aku jaga."

"Thanks!"

Naaila bangun daripada kedudukannya dan mula melangkah untuk menikmati apa yang ada pesta. Banyak khemah jualan yang dibuka. Makanan, minuman dan pakaian juga tidak terkecuali. Melihat ada beberapa pelajar yang jalan secara berpasangan tak kira rakan atau kekasih membuatkan Naaila dihuni rasa sunyi. Disebabkan kehidupannya berbeza daripada orang lain, Naaila tidak mempunyai kawan rapat. Cukup sekadar teman belajar. Tuan Nadhir sudah memberi amaran awal lagi supaya Naaila tidak mudah percayakan orang.

"Tipu. Kata nak jadi kekasih untuk satu malam." Keluhan berat dilepaskan. Naaila masih ingat pada janji Fadh untuk meluangkan masa bersama malam ini. Tapi, batang hidung lelaki tu pun tak nampak.

"Wait for me, huh?"

Tersentak Naaila dengan teguran itu. Kepala ditoleh ke sisi.

"Fadh!" ujarnya teruja. Namun, cepat-cepat senyuman yang terukir di bibir tadi dipadam.

"Eh? Kenapa senyuman tu hilang? Tak happy ke aku ada dekat sini?"

Mata dikecilkan. Naaila menjadi geram apabila teringatkan lelaki di hadapannya ini hilang begitu sahaja.

"Tak! Tak payah datang terus pun tak apa."

"Kenapa pula ni?" soal Fadh bingung. Diam. Naaila masih lagi membisu. Disebabkan itu, Fadh mula mengerti apa yang cuba gadisnya sampaikan.

"Kau marah sebab aku hilang tanpa khabar dan muncul tiba-tiba? Kan?"

"Dah tahu pun tanya lagi," gumam Naaila perlahan yang mengundang senyuman nipis si jejaka.

"Chica, jom jalan-jalan. Tak naklah merajuk macam ni. Malam ni, aku belanja semua yang kau nak."

Terus Fadh meluru ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. "Kalau lambat, kau bayar!"

"Isy! Tunggulah!"

Kaki melangkah laju, cuba menyaingi langkah Fadh. Mereka berdua jalan seiringan malam itu. Di mana ada Naaila, di situ ada Fadh. Disebabkan Fadh yang belanja, Naaila tidak lepaskan peluang itu untuk singgah di setiap khemah jualan. Kejap beli air, gula-gula kapas, sandwich. Permainan mini yang disediakan juga mereka berdua main bersama. Seronok!

Sedang Naaila menunggu Fadh mengambil burger pesanan mereka, Naaila perasan akan sesuatu. Ada persembahan yang diadakan di mini auditorium universiti.

"Nah, burger."

"Terima kasih. Fadh, jom tengok orang menyanyi!"

"Menyanyi?"

Lipatan di dahi mula terbentuk. Naaila pula laju mengangguk. "Jom!"

Tak menunggu balasan jawapan Fadh, si gadis itu terus melangkah menuju ke dalam mini auditorium. Fadh hanya mengikut sahaja. Ketika mereka berdua masuk ke dalam ruangan itu, semua penonton sudah bertepuk tangan dengan kuat menandakan persembahan itu sudah tamat.

"Alah, dah habis ke?" Nada kecewa kedengaran daripada Naaila. Fadh yang mendengar akan hal itu rasa tidak enak. Kemudian, dia meninggalkan Naaila di situ.

"Baiklah. Itu sahaja..."

Kata-kata penyanyi itu dipotong ketika ada seorang lelaki mendekatinya. Daripada atas, wajah lelaki itu kurang jelas di mata Naaila.

HUG : THE TRUTH UNTOLDWhere stories live. Discover now