Bab 17

18 1 0
                                    

NAAILA menunggu Fitri menjemputnya. Fitri sudah bilang bahawa dia sedikit telat kerana Tuan Nadhir menyuruhnya ke pejabat sebentar. Jadi, Naaila menunggu di pintu gerbang unviersiti. Dan sudah tentu dia tidak bersendirian.

"Fadh, jangan tenung aku macam tu." Mendatar sahaja nada suara Naaila.

"Kenapa? Manusia secantik bidadari ni tak boleh aku pandang ke?" soal Fadh selamba. Naaila mengeluh. Kenapa tak tunggu sahaja lagi beberapa hari untuk bertemu? Hari tu, Fadh menegurnya ketika Naaila dihujani tepung. Sekarang ni tiba-tiba terpacak di universiti tanpa sebab. Tak ada kerja agaknya lelaki ini.

"Naaila!"

Vroom!

Laju Fadh menarik si gadis masuk ke dalam pelukannya sehingga dia tidak dapat mengawal keseimbangan badan. Sudahnya, Fadh jatuh terlentang dengan Naaila yang masih ada di dalam pelukannya.

Plak!

Kepala Fadh terhantuk pada pasu bunga besar yang diletakkan di luar pagar universiti. Naaila yang berada di atasnya sudah terbeliak matanya.

"Hoi! Gila ke bawak motor macam pelesit!"

Pengawal keselamatan yang ada di situ terkejut apabila melihat Naaila hampir sahaja dilanggar. Nasib Fadh ada menariknya jauh dari bahu jalan!

Nafas Naaila juga turun naik akibat terlalu terkejut dengan tindakan Fadh yang menariknya masuk ke dalam pelukan. Mereka berdua bangun dan Fadh memandang Naaila di hadapannya. Perlahan-lahan, Naaila melangut wajah, memandang Fadh yang melindunginya tadi. Pelukan dileraikan.

"Kau okay tak? Ada luka?" soal Fadh dengan nada suara resah. Lambat sesaat, nyawa Naaila boleh melayang!

"Aku okey. Kau?" Naaila kembali menyoal. Fadh meletakkan tangannya di belakang kepala kerana rasa sedikit berdenyut. Cecair merah pekat mula memenuhi tangan kasar lelaki itu.

"Fadh! Kepala kau berdarah!"

Naaila cemas tetapi Fadh hanya tersenyum nipis.

"I'm okay, cuddle bug. I'm okay."

Tak lama kemudian, sebuah kereta Mercedes AMG berwarna hitam berhenti di hadapan universiti.

"Baliklah. Fitri dah sampai tu. Have some rest, okay?" Fadh berkata lembut.

"Tapi kau macam mana? Kepala kau berdarah tu. Aku bawa kau ke klinik," desak Naail dan hanya gelengan kepala yang Fadh beri sebagai jawapan. Sungguh, Naaila tidak sangka ini yang bakal terjadi apabila mereka berdua bertemu kembali. Tak sampai sebulan bersua muka selepas enam bulan berpisah, Fadh cedera lagi gara-gara dirinya!

"I'm fine. Asalkan kau tak sakit, aku akan okey. Dah, pergi balik."

"Fadh, kau tak okey. Kepala kau berdarah."

Suara Naaila jelas kedengaran seperti orang yang sedang menahan tangis. Dalam hati, dia salahkan diri sendiri sebab dia sekali lagi menjadi punca Fadh terluka begini.

"Don't blame yourself, chica. Aku okey. Kau balik. Cakap dekat Fitri, hati-hati drive. Aku pergi dulu."

Hati lelakinya remuk mendengar suara Naaila yang menahan tangis. Tidak cukup dengan itu, sempat dia lihat air mata Naaila gugur. Fadh tahu, pasti Naaila salahkan dirinya sendiri.

"Naaila, kau okey tak? Kenapa menangis ni?"

Cemas. Itu yang Fitri rasakan sekarang apabila dia lihat Naaila menangis sebaik sahaja gadis itu memboloskan diri di dalam kereta.

"Naaila Natasha, talk to me. Apa yang dah jadi? Fadh ada buat hal yang tak elok ke dekat kau?"

"Orang tu muncul semula, Fitri. Fadh... dia cedera lagi. Semuanya sebab aku mula dekat dengan dia."

HUG : THE TRUTH UNTOLDWhere stories live. Discover now