Bab 6

23 3 1
                                    

SETIAP kali peperiksaan akhir tamat, pihak universiti akan mengadakan majlis penutupan semester dengan pelbagai aktiviti mengikut fakulti. Bukan itu sahaja, para pelajar boleh melawat ke semua fakulti dan beberapa tempat seperti galeri fakulti yang dibuka tanpa perlu diakses. Ada persembahan pelajar, pelbagi jenis jualan dan tak lupa juga beberapa permainan arked yang menyeronokkan.

Sedang Naaila membantu rakan fakultinya untuk menyiapkan bahan jualan, dia terdengar pelajar perempuan mula menjerit kegirangan di bahagian depan fakultinya. Dah kenapa macam suara orang kena rasuk? Disebabkan rasa ingin tahu, Naaila melangkah keluar. Bukan main ramai pelajar perempuan berkerumun. Dan Naaila tahu puncanya kenapa. Semua menjadi gila kerana lelaki yang berpakaian serba hitam itu mencemar duli fakluti sains sosial dan kemanusiaan.

"Kenapa datang sini? Padahal fakulti perniagaan depan sana," gumam Naaila perlahan sambil tangan disilangkan ke dada. Sudahnya, dia kembali mengatur langkah masuk ke dalam dewan.

"Naaila Natasha!"

Terus terdiam semua orang di situ. Naaila juga kaku di tempatnya. Dah kenapa menjerit macam tu?!

Jejaka gilaan universiti itu mendekati Naaila sehingga mengundang bisikan pelajar lain. Tidak puas hati. Lelaki itu bukannya mudah mahu melayan wanita tetapi dengan Naaila, ringan saja mulutnya mahu membuka bicara. Seperti ada tarikan magnet yang sangat kuat.

"Hello, chica! Nak pergi mana? Aku nak ikut."

Senyuman ditayang sehingga menampakkan lesung pipit di sebelah kanan. Naaila hanya memandang Fadh di hadapannya.

"Kau gila ke? Nak aku mati kena kejar dengan peminat kau? Kenapa datang fakulti aku?"

"Memang mereka semua tu peminat aku. Tapi aku ni peminat kau. Jadi, aku kejarlah kau." Selamba saja Fadh menjawab. Riak yang ditayang juga tak bersalah.

Ketika itu, mulalah suara bisikan itu semakin berbunyi. Bukan main seronok lagi mengata Naaila. Macamlah gadis itu perempuan murah.

Naaila melangut memandang Fadh kejap sebelum kaki diatur masuk kembali ke dalam dewan. Fadh mengikut langkah Naaila. Selepas mereka berdua jauh daripada pandangan pelajar lain, Naaila menghentikan langkahnya. Fadh juga brek mengejut. Tangannya diletakkan di dalam poket seluar sambil menunggu Naaila memulakan langkah. Selangkah Naaila berjalan, selangkah Fadh mengikut. Dua langkah Naaila bergerak, dua langkah jugalah Fadh bergerak.

Pantas Naaila memalingkan badannya menghadap Fadh. "Kenapa kau sibuk sangat nak ikut aku ke sana ke sini? Kau obses dengan aku ke hah?"

Fadh mengukir senyum. "Yes! Aku obses dengan kau. Kenapa? Tak boleh?"

"Semua ni tak logik, Fadh. Tak mungkin kau sukakan aku sekelip mata. Mudah sangat ke seseorang tu boleh jatuh cinta?"

"Mudah untuk aku jatuh cinta kalau orang tu adalah kau. Naaila Natasha yang sangat berani dan tegas. Si cantik aku. Aku suka kau. Aku sayang kau. Aku cinta kau. Apa yang kau tak faham?"

Terus terdiam si gadis apabila dengar kata-kata Fadh. Ucapan itu kedengaran ikhlas tapi Naaila tidak boleh menerima Fadh semudah ini. Kehidupan mereka berbeza. Naaila diburu oleh seseorang yang dia sendiri tidak tahu siapa. Takkan dia mahu mengheret Fadh masuk ke dalam dunia kejar-mengejarnya?

"Fadh, aku dengan kau tak boleh bersama."

"Itu sebab kau tak pernah bagi peluang dekat aku," bidas Fadh laju. Empat mata itu bertemu. Pandang saja mata bulat Naaila membuatkan Fadh yakin bahawa cintanya itu tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi, kenapa terlalu susah untuk Naaila membenarkan rasanya?

"Kau tak boleh nak terima aku sebab Zahin ke?" soal Fadh tanpa basa-basi.

"Aku dengan Zahin bercinta sebab baba aku yang minta. Aku anggap dia kawan je."

HUG : THE TRUTH UNTOLDWhere stories live. Discover now