KAKI laju melangkah. Cuba melarikan diri daripada dikejar. Namun malang, kakinya tersadung pada dahan kering dan dia tersungkur. Orang yang mengejarnya tadi menyaingi langkahnya dan dia ditangkap. Dibawa ke satu gudang kosong berdekatan hutan. Dia diikat pada kerusi kayu yang sudah tua.
Tidak menjerit meminta tolong, sebaliknya lelaki yang diikat itu hanya mengeluarkan bunyi aneh. Macam menjerit meminta tolong tapi tiada kata yang dikeluarkan.
Jali memandang Hamid di sebelahnya. "Apesal mamat ni pelik sangat?" soal Jali. Hamid hanya menjungkit bahu. Bingung dengan tingkah lelaki yang mereka kurung ini.
Sekali lagi, lelaki yang diikat itu menjerit tanpa mengeluarkan kata. Mulutnya bukannya ditutup pun. Tak sempat Hamid mahu mendekati tahanan mereka, Jali menarik rakannya supaya menjauh.
"Hamid!"
Dua-dua menyembah bumi. Membulat mata Hamid dan Jali melihat lelaki itu sudah mati ditembak dari jarak jauh. Darah di kepala mula mengalir laju.
"Shit!" Hamid mula menyumpah. "Jali, kau cari penembak tu!"
Jali mengikut arahan itu dan terus keluar dari gudang kosong itu. Hamid mendekati lelaki yang sudah menjadi mayat itu. Sapu tangan dikeluarkan dan wajah lelaki itu dipegang. Mulut mayat dibuka. Terbeliak mata Hamid.
"Siapa yang kejam sangat ni?"
Laju Hamid menelefon Bad. "Tuan Nadhir dekat mana?"
"Dengan Rosli. Mereka dalam perjalanan ke hospital," jawab Bad.
"Cik muda dekat mana?" Laju Hamid bertanya.
"Dekat hospital sendirian. Kenapa?"
"Cari cik muda sekarang! Cik muda dalam bahaya!"
Panggilan dimatikan sebaik sahaja dia terdengar bunyi pistol ditembak berdas-das. Tempat itu sudah tidak selamat. Dia perlu pergi.
.
.
.
.
."AIR..."
Suara itu hampir tidak terkeluar dek tekaknya terlalu kering. Naaila yang sedang melakukan tugasnya segera bangun dari sofa pendek dan mendekati Fitri.
"Fitri! Kau dah sedar? Dengar aku kan?"
Hanya kerdipan mata yang Fitri mampu beri sebagai jawapan. Dia benar-benar tidak larat sekarang.
"Air..."
Jari digerakkan perlahan. Naaila yang dengar akan permintaan Fitri itu membantu sahabatnya untuk minum sedikit menghilangkan dahaga.
"Fitri, aku bersyukur sangat kau dah bangun! Sekarang ni, aku nak kau rehat betul-betul. Jangan banyak gerak. Luka kau belum sembuh lagi."
Mata Naaila tertumpu pada wajah lemah Fitri. Sudah dua minggu dia berkampung di hospital untuk menemani Fitri. Bukannya dia tidak percayakan orang lain tapi dia sendiri mahu melihat perkembangan lelaki ini.
"Kau kena sihat, Fitri. Kau kena pulih. Tolong..."
Mata bulat itu mula berkaca-kaca. Naaila paling benci melihat orang lain yang terlantar di hospital hanya untuk melindungi dirinya. Dia yakin bahawa kemalangan Fitri ini satu rancangan. Kalau tidak, masakan tiba-tiba sahaja Fitri diserang tiba-tiba?
"Don't... cry..."
Lemah benar suara Fitri ketika berbicara. Matanya pun hanya mampu dibuka separuh. Hatinya remuk melihat Naaila yang sedang menahan tangis. Fitri yakin Naaila sedang menyalahkan dirinya sendiri. Semua yang terjadi, bukan salah Naaila. Hanya pilihan dan rasa yang ada menyukarkan situasi sekarang.
"Aku tak menangis. Jadi kau kena cepat sihat, okey?"
Fitri menutup semua jemari kanannya kecuali jari kelengkeng. Naaila sedar akan hal itu hanya tersenyum nipis. Faham apa yang cuba Fitri sampaikan.

ANDA SEDANG MEMBACA
HUG : THE TRUTH UNTOLD
Romance[TELAH TERBIT DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER] Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu, akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa...