Bab 15

24 3 0
                                        

"NAAILA Natasha."

Tiada sahutan. Namanya dipanggil lagi.

"Naaila Natasha!"

Kali ini, barulah Naaila memandang ke arah pensyarahnya.

"Yes, prof?" soalnya dengan riak tidak bersalah.

"Ini bukan kelas termenung. Kalau nak berangan kahwin dengan putera raja, sila keluar dari kelas saya."

Naaila menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang malu habis!

"Maaf, prof."

Kelas kembali bersambung. Itulah, termenung lagi sepanjang kelas. Setepek kena sound! Naaila kembali fokus dalam kelasnya. Cukup-cukuplah termenung. Tak lama lagi, laporan akhir perlu dihantar. Semua orang yang ada di dalam kelas ini adalah di bawah seliaan Profesor Lana. Kelas ini adalah untuk menerangkan segala hal yang perlu ada di dalam laporan akhir sebelum dihantar. Sebaik sahaja segala kertas-kertas itu diserahkan kepada pensyarah, menandakan habislah semester terakhir belajarnya.

"Laporan perlu dihantar selewat-lewatnya minggu hadapan. Lambat sehari, kamu ulanglah semula latihan industri ni."

Nak tercekik Naaila dengar amaran daripada Professor Lana. Memang tidak dinafikan bahawa Professor Lana sangat tegas apabila melibatkan masa. Kalau rasa nak kena baling report akhir yang maha tebal tu, silalah hantar lambat. Itu pun kalau berani!

"Kamu semua boleh bersurai."

Buku dikemas. Naaila menarik nafas kemudian dihembus perlahan.

"Tenang, Naaila. Tinggal laporan akhir je, lepas tu kau bebas daripada cengkaman semua tulisan dokumen ni."

Beg digalas dan Naaila berjalan keluar dari kelas. Dia orang terakhir dan agak lewat berbanding rakan kelasnya yang lain. Adalah dalam lima belas minit lewat.

Buka saja pintu...

Salji turun.

Eh, tepung!

Uhuk! Uhuk!

Naaila terbatuk. Dia terkejut kerana dirinya dipenuhi tepung. Naaila celup tepung. Itu gelarannya sekarang.

"Ada manusia celup tepung! Hahaha!"

Bukan main semua pelajar gelakkan dirinya. Nak kata rasa malu, tak sangat. Naaila lebih kepada rasa geram.

"Siapa yang buat kerja bodoh ni?!" Semua pelajar di situ berhenti ketawa apabila Naaila berteriak. Semua jadi takut melihat Naaila yang menayang muka bengis.

Sepi. Tiada sesiapa yang mengaku.

"Fine! Aku ingat semua muka dekat sini. Jangan ingat kau semua boleh selamat lepas aku tahu siapa pelakunya."

Naaila berlalu pergi. Memang sakit jiwa betul. Ini bukan kali pertama Naaila dikerjakan begini. Sudah tak terkata banyaknya. Kena baling telur busuk, buku hilang, terkunci dalam tandas. Dah nak keluar universiti pun, masih kena hal-hal semacam ini.

Ah, benci betul!

"Naaila!"

Langkahnya terhenti apabila nama diseru. Fadh melangkah ke arah gadis itu. Niatnya sengaja mahu mengejutkan si gadis. Malah dia yang dapat kejutan.

"Kau kenapa ni? Ada kelas masak ke?" soal Fadh selamba sebelum tertawa kecil.

"Tak kelakarlah, Fadh!" Terus terdiam lelaki itu. Baru Fadh sedar bahawa wajah Naaila tiada secalit senyuman.

"Aku kena buli. Puas hati kau? Seronok gelakkan aku?" Naaila terus berjalan pergi. Fadh hanya mendiamkan diri. Kejar tidak, halang tidak. Dia hanya memandang gadis itu berlalu. Apabila sudah pastikan Naaila masuk ke dalam kereta, telefon dicapai.

HUG : THE TRUTH UNTOLDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang