Bab 19

39 4 0
                                        

CUTI benar-benar sudah bermula! Tesis pun dah dihantar, laporan akhir latihan industri pun sudah siap. Tinggal tunggu nak konvokesyen sahaja memandangkan Naaila baru sahaja melakukan clearance selepas keputusan semester latihan industrinya keluar.

"Kita konvo sama-samalah next year!"

Bukan main seronok Naaila apabila tahu Fadh dan Waail akan tamatkan pelajaran mereka secara sah bersama. Fadh kata, sengaja mereka tangguh untuk melakukan clearance kerana mahu bergraduat bersama Naaila. Buat clearance sama-sama, dapat grad satu tarikh!

Sementara menunggu majlis istidat konvokesyen hujung tahun hadapan, Naaila ingin melakukan hal yang berfaedah. Jadi, dia pergi ke perpustakaan awam untuk melakukan beberapa pembacaan. Alang-alang, dia hendak mencari rumah kebajikan untuk berkhidmat dalam tempoh masa tertentu. Lumayanlah untuk cari pengalaman sebelum benar-benar bekerja.

"Hati-hati, Naaila. Apa-apa, call aku terus." Fitri mula berpesan. Risau juga nak biarkan Naaila seorang diri namun dia ada urusan yang perlu diuruskan.

"Iya, Fitri. Aku ingat pesan tu. Selagi aku tak call, jangan datang ambil tau. Aku tak nak kau tunggu aku lama."

Bibir merah gadis itu mengukir senyuman nipis sebelum pintu dibuka untuk dia keluar dari perut kereta. Langkah diatur masuk ke dalam perpustakaan. Dia berjalan mendekati rak buku yang untuk bidang psikologi. Kemudian, beberapa buku diambil dan dia duduk di meja paling belakang. Jauh daripada pandangan manusia lain. Paling penting, dekat dengan aircond!

Lama dia melihat dan mencari beberapa pendekatan yang boleh dia guna pakai untuk berdepan dengan kanak-kanak. Ada banyak cara yang menarik seperti permainan fizikal, konstruktif dan permainan mengikut peraturan. Semua itu bagus untuk tumbesaran kanak-kanak supaya lebih peka dan faham keadaan sekeliling ketika menginjak dewasa. Tambahan pula semua pendekatan dan permainan itu akan meningkatkan lagi daya fikir dan tindak setiap kanak-kanak.

Ikutkan hati, Naaila mahu berkhidmat di rumah yang menempatkan ramai kanak-kanak kerana dia sangat sukakan budak-budak. Disebabkan Naaila 'cuti am' solat, dia menghabiskan masa di perpustakaan itu sehingga petang.

"Fadh lupa ke?" soalnya sendiri. Terasa hati jugalah apabila satu pesanan pun Fadh tidak balas. Janji nak jumpa hari ini.
.
.
.
.
.
.
"KAU tak ada hak nak masuk campur dalam urusan aku!"

Ditolak tubuh tegap itu sehingga menyembah tanah. Kalau diikutkan memang habis dia kerjakan lelaki ini!

"Fadh, kawal perasaan kau. Dia pesakit dekat sini. Kau nak kena saman ke?"

Waail mengingatkan sahabatnya supaya tidak keterlaluan melepaskan perasaan marah. Silap hari bulan, mereka dilarang daripada menjejakkan kaki ke hospital ini.

Vince bangun dan berdiri menghadap Fadh. "Kau ingat kau hebat sangat ke sampaikan aku nak masuk campur dengan urusan kau? Bodoh ke?"

"Habis tu, apa niat kau suruh Niel rahsiakan maklumat yang dia dapat tentang orang yang bakar rumah anak yatim tu?"

"Aku yang suruh Niel? Hoi! Kau ada otak tak? Selain dia ni..." Jari telunjuk dihalakan kepada Waail. "Niel yang paling setia dengan kau. Kalau aku suruh dia belot kau sekalipun, kau ingat dia nak ikut cakap aku? Kiamat agaknya dunia ni kalau dia dengar cakap aku."

Fadh dan Waail terdiam. Apa yang Vince cakap itu ada betulnya. Niel yang paling setia dengan dirinya selepas Waail. Kalau apa yang Vince cakap ini kebenarannya, siapa dalang di sebalik semua ini? Kenapa Niel menipu dan katakan Vince yang memberi arahan?

"Aku takkan percayakan pengkhianat macam kau. Kau dengar sini. Sekali lagi aku dengar budak-budak aku sebut nama kau, aku sendiri buat kau mati terseksa."

HUG : THE TRUTH UNTOLDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang