KEADAAN Fitri semakin membaik. Jadi sekarang, ke mana sahaja Naaila pergi, lelaki itu akan ada bersama. Sedang Naaila duduk sendirian di taman, Fitri mendekati gadis itu, Punggung dilabuhkan di bangku kosong berhadapan Naaila.
"Naaila, kau okey?"
Sepi. Tiada balasan jawapan. Mata bulat Naaila masih tidak berkelip dan terus memandang ke arah tasik di hadapannya.
"Naaila," panggil Fitri lagi dan kali ini, Fitri memetik jarinya betul-betul di hadapan wajah sahabatnya itu. Terus mati lamunan Naaila.
"Ya? Ada apa?" soal Naaila kelam-kabut. Fitri menggelengkan kepalanya.
"Aku yang patutnya tanya soalan tu. Kau kenapa? Asyik termenung aje sejak akhir-akhir ni. Ada apa-apa yang aku tak tahu?"
"Nothing. Aku..."
Kata-katanya tergantung. Naaila tidak tahu perkataan apa yang perlu dia keluarkan. Entah apa perasaannya sekarang. Berkecamuk seperti dilanda badai. Tak tenang.
"Pasal Fadh ke?" soal Fitri tanpa basa-basi. Dia sedar bahawa Naaila mula berubah sejak berkenalan dengan jejaka yang bernama Fadh Qayeed itu. Seperti ada sesuatu yang terjadi diantara mereka berdua.
"I guess." Jeda sebelum Naaila menyambung bicara. "Entah! Ya Allah serabut ya bila otak aku ni penuh pasal Fadh. Dia ingat dia siapa? Sultan ke nak berlegar-legar dalam kepala aku ni? Bayarlah sewa kut ye pun nak berkampung dalam kepala aku ni!"
Tawa Fitri pecah mendengar kata-kata Naaila. Apa dia ingat Fadh tahu ke dia sedang berlegar-legar dalam kepala gadis itu? Nak kena bayar sewa konon!
"Naaila, kau ni kelakar betul! Aku sebut je nama dia. Tak sangka pula betul. Jadi, kau betul-betul dah sukakan dia?"
"Tak tahu!" Suara Naaila kedengaran seperti orang yang menahan tangis. Kepala dibenamkan ke tapak tangan. Menekup muka dan nafas ditarik hembus berkali-kali. Cuba membetulkan fikiran yang mula berserabut sejak kehadiran Fadh.
"Kalau kau suka, cakap jelah. Aku tak nampak salahnya."
"Tapi aku tak nak dia hidup dalam dunia yang sama dengan aku. Dikejar sana sini. Jadi sasaran untuk dibunuh. Ingat seronok ke?"
Suasana menjadi tegang apabila isu itu dibangkitkan. Telapak tangan diturunkan. Naaila menghela nafas berat.
"Susah kan aku nak bahagia? Bila agaknya aku boleh bebas dari semua ni?"
Kadang, Naaila ingin hilang dari dunia bagaikan abu yang dititup angin. Jatuh cinta dalam keadaan dirinya masih berada dalam situasi seperti ini sangatlah rumit.
"Naaila, kau boleh bahagia. Aku yakin tu. Kau... bertahan sikit lagi ya?" Fitri cuba menenangkan sahabatnya itu. Biarpun pada hakikatnya Fitri sendiri tidak mampu untuk memberi jaminan. Tindakannya sendiri nanti pun, tak ada siapa yang tahu. Untung saja sekarang boleh kawal diri.
"Kita makan aiskrim, nak? Aku belanja," ajak Fitri cuba untuk mengusir rasa sedih sahabatnya. Naaila sudah tayang wajah ceria. Sekelip mata, emosinya berubah. Perempuan, kalau diberikan makanan, pasti tidak akan menolak.
"Nak!"
Mereka pun bangun dari tempat duduk itu dan berjalan ke penjual aiskrim di taman itu. Perisa vanila dan coklat dipilih. Ketika sedang menunggu pesanan, Naaila mahu sedar sesuatu yang aneh. Ada seorang lelaki yang memerhatikan mereka dari jauh. Pakaiannya pula serba-serbi hitam dan topeng muka juga dipakai. Dahi Naaila mula berkerut apabila lelaki itu melarikan diri begitu sahaja. Hati mula rasa tidak sedap.
"Terima kasih," ucap Fitri selepas mengambil aiskrim mereka. Sedar akan perubahan anak mata si penjual, Naaila cepat-cepat melakukan helah.
"Cantiknya burung tu!" Bukan main teruja Naaila melompat sehingga tangannya tertolak tangan Fitri yang memegang aiskrim mereka berdua.

ANDA SEDANG MEMBACA
HUG : THE TRUTH UNTOLD
Romansa[TELAH TERBIT DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER] Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu, akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa...