Bab 5

18 4 2
                                    

JAWAPAN akhir ditulis dan...

Siap!

"Semua pelajar boleh hantarkan buku jawapan ke hadapan dan keluar dari dewan."

Pensyarah yang memantau peperiksaan akhir bagi kursus yang Naaila ambil memberikan arahan. Akhirnya, peperiksaan akhir semester tujuhnya sudah tamat. Hanya tinggal latihan industri pada semester hadapan sebelum dia benar-benar menjadi alumni. Kertas terakhir Naaila adalah subjek Pengajian Malaysia. Begitu juga Fadh dan Waail. Namun, mereka bertiga tidak berada di dalam satu dewan yang sama. Naaila di dewan satu manakala Fadh dan Waail di dewan dua memandangkan ramai pelajar yang mengambil subjek ini.

Selepas Naaila berkemas, dia mengatur langkah ke dewan peperiksaan Fadh dan Waail. Walaupun Naaila tahu bahawa perjanjiannya untuk mengajar mereka berdua itu agak terganggu kerana dia perlu berulang-alik ke hospital untuk beberapa waktu, Naaila sudah membantu Fadh dan Waail semampunya.

Naaila menunggu di hadapan pintu keluar. Jam tangan dilihat. Sudah pukul 3 petang. Sepatutnya, peperiksaan Fadh dan Waail sudah tamat. Tak lama kemudian, dedaun pintu dewan ditolak. Ramai pelajar yang mengulang keluar dari dewan.

"Fadh! Waail!" Panggil Naaila sambil tangannya melambai-lambai ke arah mereka berdua. Dua jejaka itu tersenyum manis ke arah Naaila dan melangkah menuju ke arah gadis itu.

"Naaila!" sapa dua jejaka itu lalu berjalan ke arah si gadis.

"Kau dah habis jawab exam ke? Cepatnya?" soal Waail dengan nada agak kagum.

"Tak adalah cepat pun. Aku pun baru je sampai sini. Jadi, kau berdua boleh jawab tak paper tadi?"

Sejurus itu, wajah Fadh dan Waail menjadi muram. Naaila mengerutkan dahi. Tidak mampu tafsir apa maksud raut wajah jejaka berdua ini.

"Fadh? Waail? Kau berdua boleh jawab soalan tadi, kan?" soal Naaila lagi.

"Kita orang..." ucap mereka berdua serentak. "Mestilah dapat jawab!" sambung Fadh dan Waail bersama-sama sambil mengukir senyum ceria kembali. Sengaja mahu kenakan Naaila.

"Isy! Kau orang buat aku sakit jantung tahu tak?" getus Naaila kerana geram dengan sikap dua sahabat yang suka bergurau ini.

"Relax, chica. Aku dengan Waail dapat jawab soalan tu berkat pertolongan kau juga. Jadi, aku nak belanja kau makan sebagai tanda terima kasih. No is not an acceptable answer."

Dah itu yang Fadh kata, pilihan apa lagi yang Naaila ada? Nak menolak pun, perutnya memang tengah bergendang.

"Okey! Aku nak makan sedap-sedap tau!"

"As you wish, kuschlebär." Fadh tersenyum manis. Waail yang mengerti maksud panggilan yang digunakan itu hanya menggelengkan kepala. Nak mengayat pun, cubalah guna bahasa yang orang faham!

"I am not a bear," kata Naaila sebelum dia berjalan ke hadapan. Terkedu Waail mendengar balasan Naaila. Dia menyiku Fadh perlahan.

"Naaila faham bahasa German ke? Apa hal aku tak tahu?" tanya Waail dengan rasa kagum.

"She knows and understands everything. Don't worry."

Fadh tersenyum bangga. Itulah salah satu kelebihan Naaila yang membuatkan Fadh kagum dengan gadis itu. Naaila Natasha seorang yang minat dengan bahasa. Setakat panggilan semudah itu, pastilah si gadis itu mengerti.

"Waail, kau call Niel suruh ambik kau. Aku nak dating dengan Naaila. Bye!"

Terus Fadh berlalu menyaingi langkah gadis pujaan hatinya. Waail mengetap gigi, tidak puas hati dengan keputusan Fadh.

HUG : THE TRUTH UNTOLDWhere stories live. Discover now