FADH masuk ke dalam rumah sewanya dan terus berbaring di atas sofa. Tangan kanannya direhatkan di atas dahi. Mata mula merenung siling putih. Fikirannya kosong. Waail yang baru sahaja labuhkan punggung memandang rakan serumahnya.
"Fadh, kau kenapa ni? Ada apa-apa jadi ke dekat hospital tadi?"
Sepi. Tiada jawapan bagi persoalan yang Waail ajukan. Sudahnya, bantal dibaling dan tepat mengena ada wajah Fadh.
"Hoi!" Protes Fadh apabila bantal itu mendarat di wajahnya.
"Jangan nak marah eh! Kau tu mula dulu. Aku tanya, kau buat derk je."
Fadh bangun dan duduk. Dia memandang Waail. "Logik ke kalau seseorang tu takut untuk jatuh cinta?"
Waail menelan liur. Kenapa soalan Fadh ni macam ditujukan untuk dirinya sahaja? Fadh bukannya tak tahu kisah silam Waail. Kisah silam yang menyebabkan Waail tutup hatinya untuk semua perempuan buat masa sekarang.
Ketika itu, Fadh berdecit. Lupa akan masa lalu tak Waail yang tidak berapa baik. "Sorry, bro. Aku tak berniat pun nak buat kau terasa. Aku tanya sebab Naaila ada perasaan tu. Kau rasa kenapa? Sama ke dengan kisah kau?"
"Amboi! Kau ni tak fikirkan perasaan aku langsung! Sama dengan kisah aku atau tak, manalah aku nak tahu. Kau pergilah tanya Naaila sendiri."
Ikutkan hati, mahu saja Waail smackdown Fadh dekat tengah-tengah ruang tamu ni. Mulut memang tak bertapis! Jarang fikir pasal perasaan orang lain kalau rasa ingin tahu menebal dalam diri.
"Kalau aku boleh tanya Naaila, aku tak minta pendapat kau!"
Fadh bersandar pada sofa sambil memeluk tubuh. Bingung benar dengan sikap Naaila tadi. Ini pertama kali dia melihat seorang perempuan memandangnya begitu. Biasanya, pelajar perempuan di universiti semuanya memandang Fadh dengan penuh rasa kagum dan minat.
Tapi Naaila ini... Lain sungguh!
Mata gadis itu penuh dengan tanda soal, ketakutan dan ada satu cerita yang dipendam sendiri. Seperti Naaila sentiasa mencari kejujuran dalam diri seseorang supaya dia tahu orang yang sedang dia dekati itu ikhlas dan tidak mempunyai muslihat tersembunyi. Bukan itu sahaja, mata pelajar perempuan yang muda dua tahun daripada Fadh itu juga seperti mahu hentikan sesuatu yang sudah lama bersarang dalam jiwa. Macam meminta tolong.
"Aku nak dekat dengan Naaila."
"Hah?!" Terkejut Waail apabila Fadh berkata sebegitu. "Kau gila ke? Kita baru kenal dia sehari tau."
"Itu kau, bukan aku."
.
.
.
.
.NAAILA masih setia di sisi Fitri. Menanti untuk lelaki itu sedarkan diri. Syukurlah, Fitri sudah dipindahkan ke wad biasa. Selesai solat isyak, Naaila nampak jemari Fitri bergerak sedikit. Pantas Naaila mendekati lelaki yang masih terbaring itu.
"Fitri! Kau boleh dengar aku?"
Mata masih belum dibuka penuh namun jemari lelaki itu digerakkan sedikit menandakan dia dengar suara Naaila. Gadis itu menguntum senyum. Sekurang-kurangnya, Naaila tahu Fitri masih ada bersamanya.
"It's okay. Take your time. Aku akan tunggu kau."
Fitri masih separa sedar. Doktor juga berpesan bahawa untuk Fitri mendapatkan kesedaran sepenuhnya, masih perlukan masa. Cukup Naaila tahu Fitri tidak pergi gara-gara dirinya.
"Ibu... Ham nak ikut ibu..."
Apabila kembali lena, Fitri mula berbicara dalam tidurnya. Naaila hanya melihat rakannya yang mengigau.
"Ayah..."
Kemudian, badan Fitri menggigil hebat. Matanya dipejam erat sehingga urat di dahi timbul. Tangan juga digenggam. Air mata lelaki itu mula mengalir perlahan. Naaila yang melihat perubahan emosi rakannya dalam tidur mula resah. Mimpi apa yang Fitri alami sehingga mengganggu lenanya?
YOU ARE READING
HUG : THE TRUTH UNTOLD
Romance[TELAH TERBIT DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER] Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu, akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa...