NAAILA termenung. Dia hanya memegang camca besi di tangannya. Seminggu sudah berlalu sejak Fadh menelefonnya malam itu. Dan sedari hari itu juga, Fadh langsung tidak menghubunginya. Adalah beberapa pesanan yang dikirim namun apabila Naaila membalas, lelaki itu sudah tutup telefonnya. Apabila dia bertanya pada Waail, sahabat baik Fadh berpesan...
"Kau jangan risau. Fadh akan balik."
Naaila mengeluh panjang. Diplomatik betul jawapan Waail.
"Naaila, kenapa kuat sangat mengeluh tu? Tak baik tau mengeluh depan rezeki."
Suara yang agak lembut mula menembus gegendang telinga Naaila menyebabkan lamunan si gadis itu terbang. Naaila memandang Zahin di hadapannya yang masih berselera menjamu selera.
"Zahin, saya nak tanya awak sesuatu boleh?"
"Of course!" Sudu dan garpu diletakkan di atas pinggan dan Ray memberi perhatian sepenuhnya pada kekasihnya.
"Kenapa muka awak lebam sana sini? Ada apa-apa jadi ke?"
Tangan Zahin naik menunjukkan wajahnya sendiri. "This? Awak tak perlu risaulah. Biasalah lebam-lebam ni. Saya kan belajar boxing. Barulah boleh lindungi awak dari bahaya."
Ceria sekali nada suara Zahin bercerita. Bibir pun asyik mengukir senyum daripada tadi. Entah apa yang disenyumkan tidak tahu.
"I can protect myself," bidas Naaila. Wajahnya juga dingin sahaja. Tidak ceria seperti selalu. Gurauan Zahin juga tidak memberi apa-apa kesan pada dirinya.
"Auch! Sakit tau hati saya awak cakap macam tu."
Naaila tersenyum senget. "Whatever."
Dia kembali menyambung makan juadahnya. Nak melayan Zahin, Naaila sendiri tak berapa gemar dengan perangai Zahin yang agak drama king. Memang bulat-bulat dia menerima Zahin kerana Tuan Nadhir. Kata ayah saudaranya, dia perlu ada seseorang yang bergelar kekasih. Naaila faham apa niat Tuan Nadhir.
Ayah saudaranya mahu mengalihkan perhatian buruan itu kepada Zahin. Awalnya, Naaila tidak bersetuju tapi Tuan Nadhir tetap berkeras kerana itu syarat ayah saudaranya untuk menerima Fitri sebagai peneman ke sana sini. Namun, sepanjang mereka bersama dua tahun ini, Zahin tak pernah pula tercedera atau disakiti. Jadi, itu satu hal yang Naaila syukurkan. Mungkin sebab mereka berdua jarang keluar berdua.
Fikirannya menerawang kepada Fadh Qayeed. Gila agaknya lelaki itu senyapkan diri selama satu minggu begini. Kalau tidak, pasti dia akan diganggu hari-hari.
Fadh, kau pergi mana sebenarnya? Hati kecilnya menyoal sendiri.
"Naaila." Panggilan Zahin mematikan lamunan Naaila. Mata mereka bertemu. "Sepanjang dua tahun ni, memang awak tak rasa apa yang saya rasa?"
Senyap terus mulut si gadis apabila disoal begitu. Gila! Kenapa Zahin tiba-tiba buka topik pasal hati dan perasaan pula ni?
"You like him, don't you?" tebak Zahin. Naaila tahu, 'him' yang Zahin maksudkan adalah Fadh.
Ya, Fadh Qayeed.
Entah bila dan bagaimana, Naaila sendiri tidak tahu bila hatinya mula menerima kehadiran Fadh secara penuh. Kekosongan yang dia rasakan sekarang sangat luar biasa sejak lelaki itu pergi. Tidak pernah sekali pun rasa ini wujud untuk Zahin. Rasa ini, hanya untuk Fadh Qayeed.
"Awak tahu hubungan kita ni sebatas apa, Zahin. Saya anggap awak kawan. Tak pernah lebih daripada tu. Saya buat semua ni sebab baba."
"Kenapa awak boleh bagi hati awak pada Fadh? Kenapa bukan saya lelaki tu?"
Pedih. Terasa hatinya dihiris belati ketika mengajukan soalan itu. Kenapa sakit sangat rasanya? Dua tahun yang berlalu, benar-benar tak memberikan apa-apa makna ke kepada Naaila?
"Saya dah pernah cuba, Zahin. Saya cuba tapi tak ada rasa yang muncul untuk awak, Zahin. Saya betul-betul anggap awak sebagai kawan."
"Walaupun saya dah usaha semampu saya untuk dapatkan hati awak? Awak masih tak ada rasa setiap kali kita berdua macam ni?"
"Saya... tak ada jawapan untuk itu, Zahin."
Naaila tundukkan kepalanya. Dia tidak mahu menyakitkan hati Zahin kerana dia sedar bahawa Zahin lelaki yang baik sebenarnya. Cinta yang Zahin berikan selama dua tahun ini memang ikhlas. Naaila sendiri nampak dan rasakan. Tapi semakin dia mencuba untuk berikan hatinya kepada Zahin, semakin Naaila rasa berat dan terpaksa. Dia tidak mahu terus seksa dan memberi harapan palsu kepada Zahin. Biarlah cinta yang Zahin ada, diberikan kepada perempuan yang mampu membalas dengan baik.
"Zahin, saya—"
"Kita putus." Terus terangkat wajah Naaila apabila mendengar ayat itu keluar dari celahan gigi Zahin.
"Awak cakap apa?"
"Kita putus. Biar saya yang cakap sebab saya tak sanggup nak dengar ayat tu keluar dari mulut awak. Jadi, awak dah bebas. Kalau Uncle Nadhir tanya kenapa kita putus, cakap je sebab kita dah tak sehaluan. Kejarlah cinta awak yang ada dekat Fadh. Saya tak halang."
Kosong.
Naaila tidak rasa marah, sedih, kecewa. Jauh sekali rasa bersalah. Seakan-akan dia menantikan masa ini. Dua tahun hubungan palsu ini berdiri tanpa rasa cinta. Dan sekarang, Naaila bebas dan tak perlu lagi menjaga hati Zahin.
"Terima kasih, Zahin."
"Sama-sama. Makanlah. Nanti saya hantar awak balik."
Zahin memandang Naaila yang menundukkan kepala untuk menghirup sup ayam itu. Hujung bibirnya naik kejap sebelum dia kembali menjamu selera.
.
.
.
.
."ALASAN apa pula kali ni? Zahin tak cukup bagus? Tak cukup kacak? Tak cukup duit?"
Tuan Nadhir mula panas hati apabila dia mendengar berita bahawa anak saudaranya itu sudah putus dengan lelaki pilihannya. Bagi Tuan Nadhir, Zahin itu sudah cukup layak untuk dijadikan teman lelaki. Setidaknya, sebagai orang untuk alihkan perhatian yang mahukan nyawa anak saudaranya.
"Kalau Naaila pandang harta sebagai ukuran cinta, baik Naaila kahwin dengan billionaire," jawab Naaila bengang. Sesuka hati sahaja ayah saudaranya menuduh dirinya begitu. Ingat duit tu boleh beli bahagia ke?
"Habis tu? Sebab apa Naaila putus dengan Zahin?" soal Tuan Nadhir ingin tahu. Intonasi suaranya juga berubah lembut berbanding tadi.
"Ini soal perasaan, baba. Dah dua tahun Naaila bercinta dengan Zahin tapi perasaan tu tak pernah wujud. Naaila hanya boleh terima Zahin sebagai kawan. Tak lebih dari tu. Hidup Naaila dah cukup terseksa, baba. Boleh tak sekali ni je baba biarkan Naaila buat keputusan sendiri?"
Hidup dikejar seperti sekarang ini bukannya mudah. Sejak Naaila tepat dua puluh tahun, ada orang yang ingin dia mati. Pasti ada sahaja gangguan dan serangan tiba-tiba. Naaila ingin sekali hidupnya seperti gadis lain di luar sana. Mempunyai ramai kawan, boleh keluar bebas tanpa ada rasa gerun diikuti. Naaila ingin sekali merasakan semua itu. Hidup seperti gadis normal.
"Kamu marahkan baba sebab atur hidup kamu?"
Suara Tuan Nadhir mula mengendur. Terasa dialah punca gadis itu perlu melalui segala kesusahan ini. Rasa terkongkong dan tidak bebas memilih cinta sejak anak perempuannya menginjak dewasa.
"Baba..." Tangan tua Tuan Nadhir dipegang erat. Empat mata itu bertemu. "Naaila akan jadi manusia tak bersyukur kalau Naaila rasa macam tu. Baba dah jaga Naaila dengan baik. Naaila tak salahkan baba atas apa yang Naaila rasakan sekarang. Naaila cuma nak buat keputusan sendiri. I'm already twenty four. Lagi berapa bulan dah nak dua puluh lima. Naaila bukan budak kecil yang baba perlu jaga dan pantau dua puluh empat jam."
Tidak pernah wujud rasa marah terhadap lelaki yang sudah banyak berjasa pada dirinya selepas kematian orang tuanya. Naaila tidak mahu tergolong dalam kalangan manusia yang tidak bersyukur. Setiap hari dia berterima kasih kepada sang pencipta kerana masih membenarkan dirinya bernafas di atas muka bumi, masih memberikan seorang ayah saudara yang berjaya serta hebat memegang peranan sebagai seorang ayah. Cukuplah dia hilang kasih sayang ibu dan ayah kandung. Naaila tidak mahu kehilangan Tuan Nadhir pula.
YOU ARE READING
HUG : THE TRUTH UNTOLD
Romance[TELAH TERBIT DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER] Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu, akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa...