BUNYI bingit memenuhi seluruh bangunan. Setiap manusia yang berada di dalam itu, khayal dalam lautan dosa yang mereka sendiri cipta. Air kencing syaitan yang tak terlepas dari pegangan itu diteguk rakus. Lupa bahawa keseronokkan yang mereka layari ketika ini akan memberikan satu balasan yang seksa.
"Bos, perempuan tu ada dekat sini."
Lelaki yang digelar sebagai majikan tadi sempat meneguk arak sebelum mengangguk lalu melangkah keluar dari tempat maksiat itu. Dua orang anak buahnya tadi terus bertindak. Seorang perempuan yang sedang berjoget sakan di tengah kelab malam itu dihampiri.
"Yes? Nak jadi partner I ke?" soal perempuan itu, separa mabuk.
Tidak menjawab soalan, dua lelaki tadi hanya memegang pergelangan tangan perempuan itu lalu diheret keluar dari kelab malam. Dipaksa perempuan itu masuk ke dalam van hitam.
"Lepaslah! Kau nak bawa aku ke mana ni?!" Baru sedar bahawa dia dalam bahaya, perempuan itu menjerit sekuatnya, minta untuk dilepaskan segera.
"Long time no see, Tania."
Dengar sahaja suara itu, Tania kaku. Terhenti tingkahnya selepas dia bertemu mata dengan lelaki yang duduk di penumpang hadapan. Bibirnya mula kering. Tekak terasa perit setiap kali liur ditelan. Gerun.
"Boleh pun diam. So, shall we?"
Van hitam itu mula bergerak, menuju ke gudang yang sudah lama terbiar. Malam ini, Tania takkan boleh tidur lena.
.
.
.
.
"AKU dah jumpa siapa yang tikam Fadh."
Dengar sahaja ayat itu, terus Naaila berubah bengis. Dia mahu bertemu dengan manusia yang berani sentuh Fadh! Selepas waktu isyak, Naaila dan Fitri terus ke satu gudang yang selalu anak buah Tuan Nadhir kurung musuh untuk beberapa waktu.
Lelaki yang diikat pada kerusi ditenung bagai mahu tembus. Ikutkan rasa gila yang menguasai diri, mahu saja dia tebas kepala si pelaku. Namun, akal Naaila masih sihat. Dia takkan kotorkan tangan untuk membunuh. Setiap penjenayah, perlu dihukum dengan undang-undang. Sarung tangan hitam kulit miliknya dipakai sebelum Naaila berjalan mendekati si pelaku.
Tanpa kata, tangan kanan menggenggam kuat rambut lebat itu. Tangan kiri pula mencengkam rahang. Memaksa untuk si pelaku membuka mulut.
"Cakap! Siapa hantar kau?!"
Sekarang, dia bukan lagi Naaila Natasha yang manis. Dia adalah wanita yang cuba untuk menuntut jawapan dan alasan atas perbuatan yang sudah melukakan lelaki kesayangannya. Namun malang, si pelaku tidak membuka mulut. Disebabkan itu, Naaila naik hantu.
Dush!
Penumbuk Naaila mendarat di pipi kanan tahanannya. Ikutkan hati, memang lunyai dia kerjakan!
"Jawablah! Kau pekak ke?!"
Naik turun dadanya apabila lelaki yang diikat itu hanya sengih dengan darah yang mula mengalir di celahan bibir akibat tumbukan Naaila tadi. Lihat senyuman keji itu, lagilah Naaila bengang!
"Kau senyum?!"
Segera Fitri menghalang Naaila daripada bertindak gila. Dia tahu, kesabaran Naaila sudah lenyap ketika ini.
"Naaila Natasha! Jangan buat kerja gila! Kawal marah kau!"
Mata yang penuh dengan api kemarahan itu merenung Fitri yang memegang kuat lengannya daripada berbuat hal di luar kawalan. Fitri tidak mahu kawannya membunuh. Cukup dengan dosanya yang ada.
"Fikir guna akal, Naaila." Kali ini, nada suara Fitri lebih memujuk.
Lengan direntap kasar. Mata mencerlung ke arah lelaki yang diikat tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
HUG : THE TRUTH UNTOLD
Storie d'amore[TELAH TERBIT DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER] Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu, akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa...
