Bab 1

5.4K 516 42
                                    

Aku meneliti senarai di atas meja. Hanya beberapa nama dari beberapa buah syarikat sahaja lagi masih belum kuhubungi. Nampaknya lebih banyak research perlu kulakukan untuk mendapatkan leads yang baru. Tarikh pendaftaran untuk menyertai kursus Project Management itu sudah hampir ke hujungnya, tapi setakat hari ini hanya dua orang peserta sahaja yang sudah mengesahkan kehadiran mereka. Rancak mindaku membuat kira-kira. Memikirkan apa lagi yang boleh kulakukan untuk memastikan sasaran minimum peserta dapat dicapai dalam tempoh tidak sampai dua bulan ini. Sebentar lagi progress meeting untuk membincangkan tentang perkembangan kursus ini akan dijalankan. Risau juga memikirkan alasan yang boleh diberikan dan dapat diterima oleh Mr. David, penyelia baru kami di syarikat penyedia latihan ini.

          Sebaik menamatkan pengajian di UNIMAS 6 bulan yang lepas, aku mencuba nasib menjadi telemarketer di syarikat ini. Ia bukanlah pilihan kerja yang ideal. Namun mencari kerja bukanlah perkara mudah, jadi aku bersedia menerima apa sahaja tawaran kerja memandangkan aku masih lagi dalam fasa mencari pengalaman. Dan selama 6 bulan berkhidmat di sini, inilah projek pertamaku yang kukira gagal. 2 projek sebelum ini, berjaya aku selesaikan dengan jayanya. Ia memberikan aku peluang untuk merasakan apa yang dinamakan komisen. Cukup menyeronokkan masa itu. Pertama kali berjaya menghadiahkan Daddy dengan hadiah yang kubeli menggunakan wang hasil titik peluhku sendiri. Walaupun tidak seberapa, ia tetap memberikan kepuasan yang tersendiri padaku. Mengingati kejayaan itu membuatkan aku berteka-teki. Apakah sebenarnya yang membuatkan kursus kali ini gagal?

"Hana, you dah ada senarai potential client ke?" Soal Suzi mematikan monologku.

"Ada. Tapi tak banyak. 5 je. You?" Soalku pula.

"Okaylah tu. I ada 8. Kalau semua confirm ikut, kita dah dapat jumlah minimum peserta dah." Ujarnya namun belum dapat melegakan hatiku.

"Itu pun kalau semua confirm. You ingat tak, daripada 20 potential client I last month, 2 je yang confirm datang." Balasku.

"Ye kan. Aduh, kena lagilah dengan Mr David nanti." Ujar Suzi. Jelas dia juga risau sepertiku. "Jomlah dah nak pukul 2.30 ni." Tambahnya sebelum kedua kami melangkah ke bilik mesyuarat. Bersedia atau tidak, terpaksa juga menghadapi Mr David yang tentunya inginkan perkembangan baik berkenaan penyertaan ke kursus itu.

****************************

          Mesyuarat yang kurasakan cukup lama itu sebenarnya hanya mengambil masa tidak sampai sejam. Mungkin kerana topik yang dibincangkan bukanlah topik yang mengembirakan maka masa terasa cukup perlahan berjalan. Mungkin juga kerana aku tidak terbiasa dengan cara Mr David memberikan teguran. Bahasanya sentiasa kedengaran kasar. Jadi progress meeting yang kebiasaanya berjalan santai terasa seolah menghadapi detik yang cukup menyiksakan. Andai saja penyelia kami masih orang yang sama, mungkin kedaannya akan sedikit berbeza.

          Sedih juga memikirkan bagaimana aku dan Suzi masing-masing cuba memberikan alasan yang memungkinkan kenapa kursus ini tidak dapat menarik penyertaan ramai. Antara alasan yang kami berikan termasuklah yuran yang dikenakan terlalu tinggi, fokus kursus tidak menarik dan banyak lagi. Namun mudah sahaja dibidas oleh Mr David. Menurutnya, yuran yang dikenakan sesuai dengan kepakaran tenaga pengajarnya dan jika fokus kursus tidak menarik, kenapa 2 syarikat besar sudah mengesahkan penyertaan mereka? Akhirnya yang kembali dipersalahkan adalah aku dan Suzi atas kegagalan kami memenuhi kuota penyertaan.

"Argh.." Tanpa sedar aku menjerit kecil sekaligus membuatkan beberapa pasang mata menoleh padaku. "Sorry." Ujarku pendek sebelum berpura-pura kembali meneliti dokumen di atas meja.

"You okay tak?" Tegur Suzi. Memandangku sambil mengerutkan dahinya tanda hairan.

"Sorry. Rasa macam jerit dalam hati je tadi." Ujarku sambil tersengih. Tidak pasti mengapa aku bertindak begitu. Mungkin juga kerana sejak beberapa hari ini tidurku terganggu. Stress memikirkan hal kerja ditambah pula dengan gangguan bunyi-bunyi aneh di rumah membuatkan aku gagal mendapatkan tidur yang lena. Aku yakin ia secara tidak langsung menganggu kualiti kerjaku.

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now