Bab 19

3.7K 494 13
                                    


Tengah hari itu sekali lagi aku dan Rich ke rumah Reia dan Haris. Sebaik mendapat pesanan daripada Haris bahawa Ibu dan Ibu mertuanya sudah keluar untuk membeli barang dapur, kami terus ke sana untuk mengunjungi mereka bersama. Entah kenapa melihat baby Hayden yang sedang lena itu membuatkan aku teringin untuk punya anak sendiri. Kecomelannya benar-benar telah memerangkap jiwaku. Aku yakin dia akan membesar mewarisi kekacakkan ayahnya, Haris suatu hari nanti. Atau mungkin lebih kacak lagi memandangkan ibunya, Reia juga mempunyai raut wajah yang cukup sempurna.

          Mataku laju menoleh kepada Rich yang berdiri di sebelahku ketika ini. Matanya sedang leka merenung anak buahnya dengan pandangan yang tidak dapat kugambarkan. Andai saja hubungan kami punya masa depan, pasti aku akan menyuarakan hasratku untuk mempunyai zuriat bersamanya. Tapi melihat situasi hubungan kami yang masih belum pasti ketika ini, aku tahu aku tidak boleh terlalu berharap padanya. Tidak jika dia tidak berkongsi perasaan yang sama denganku.

"I'm officially an uncle. Can you believe it, babe?" Komen Rich dalam senyum. Aku hanya mengangguk, tumpang gembira melihat wajah terujanya itu.

"Rasanya korang pun dah patut kahwin dan ada anak sendiri." Komen Haris yang sedari tadi setia duduk di sebelah isterinya yang sedang lena itu. Selesai menyusukan baby Hayden sejam yang lepas, dia yang masih kepenatan terus melelapkan mata. Namun itu tidak membuatkan Haris berganjak dari sisinya. Setia menemani isterinya, walaupun Reia masih karam dalam lena.

"Not anytime soon, bro." Balas Rich sekaligus mematahkan impianku. "I don't think I'm ready for this just yet." Tambahnya lagi. Dia tidak tahu betapa ayatnya itu menyinggung perasaanku. Walau bagaimanapun aku tetap cuba mengawal emosi, berusaha menutupi rasa kecewa yang tiba-tiba kurasakan. "Kami dah cukup selesa dengan apa yang kami ada sekarang ni, kan Hana?" Soalnya padaku. Tanpa pilihan aku hanya mampu mengangguk dan mengiyakan. Namun, aku pasti Haris yang hanya memandang interaksi kami itu dapat menangkap perubahan moodku. Dia memandangku beberapa ketika sebelum kembali memberikan perhatian kepada isterinya yang mula terjaga. Enggan menganggu privasi mereka lebih lama. Aku mengajak Rich beredar dari situ.

          Perjalanan pulang ke rumah, aku hanya berdiam. Pengakuannya sebentar tadi benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam padaku. Mungkin mendengar dia mengakui yang dia belum bersedia untuk membawa hubungan kami ke peringkat yang lebih jauh telah mematahkan sedikit semangatku. Pandangan ku lemparkan ke luar tingkap. Cuba mengalihkan fikiranku kepada apa yang aku lihat di luar. Mungkin apa yang aku perlukan kini adalah sedikit gangguan. Mungkin ia akan mampu mengembalikan semangatku yang tiba-tiba goyah ketika ini. Mungkin benar Rich sudah merajai segenap hati, jiwa dan ragaku sehingga sedikit sahaja kata-katanya mampu merubah moodku. Mampu membuatkan aku gembira ataupun berduka.

          Aku tersentak saat tangannya berada di bahuku. Laju mataku merenungnya. Bimbang dia tidak fokus pada pemanduan seperti yang sepatutnya. Tapi ternyata aku silap. Rich sebenarnya sudah memberhentikan kereta di tepi jalan. Nampaknya aku sudah terlalu jauh mengelamun sehingga tidak perasan apa yang sedang berlaku.

"Kenapa berhenti kat sini?" Soalku hairan.

"I nak buang air." Balasnya selamba.

"Kat sini? Dalam semak?" Soalku tidak percaya. Hairan dia memilih kawasan semak itu untuk menunaikan hajatnya. Bukan sesuatu yang Rich biasa lakukan. "Biar betul." Tambahku dan melihat wajahnya yang serius menambahkan lagi kerutan di dahiku.

"Now that I have all your attention. Boleh bagitahu I kenapa dengan you? Dari tadi I nampak you termenung je? I panggil pun you buat tak tahu." Ujarnya. Nadanya masih kedengaran serius.

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now