Bab 16

3.8K 499 21
                                    

Hatiku sedang berbunga riang. Rich akan pulang ke Kuching petang ini. Maksudnya aku akan bertemunya kembali selepas 5 hari tidak bertentang mata dengannya. Rinduku padanya, hanya Tuhan yang tahu. Kecerianku itu membuatkan aktiviti menyemak rekod transaksi bulanan me&u florist yang biasanya berjaya membuatkan aku mmengantuk juga berjalan lancar. Dulu, tugasan itu aku serahkan bulat-bulat kepada Reia. Dia lebih arif tentang belanjawan dan kira-kira berbanding aku. Namun kini, memandangkan Reia sedang sarat mengandung, sedikit demi sedikit tugasannya itu dia serahkan padaku. Usia kandungannya sudah masuk ke minggu-minggu terakhirnya bermakna aku perlu bersedia mengambil alih tugasannya untuk seketika. Tugasan itu akan jatuh sepenuhnya padaku nanti apabila dia mula berpantang untuk tempoh tiga bulan. Mujur suaminya, Haris turut menyatakan kesudian untuk membantu andai aku perlukan bantuan nanti.

Jika diikutkan, Reia sudah tidak perlu lagi datang ke kedai. Namun, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Bahkan, Haris sendiri juga terpaksa beralah apabila dia sudah mula menggunakan kuasa airmata. Mujur dia datang ke sini hanya untuk menghilangkan kebosanannya. Tidak lagi membuat sebarang kerja yang mungkin boleh memenatkannya. Katanya dia enggan berehat sendiri di rumah. Sekurang-kurang jika di sini, dia punya aku dan bunga-bunga sebagai temannya. Bahkan Haris juga boleh mengunjunginya bila-bila tanpa menganggu jam kerjanya memandangkan me&u florist dan pejabat Haris hanya dipisahkan jarak beberapa meter sahaja. Tanpa alasan yang kukuh, kami terpaksa bersetuju dengan logiknya itu. Untungnya, Haris turut mengubahsuai sebuah ruang untuk dijadikan sebuah bilik rehat demi keselesaannya di sini. Di situlah dia sedang berada ketika ini.

"Cik Hana, ada orang nak jumpa." Ujar Nina, pembantu kedai kami mematikan monologku. Aku mengangkat wajah, spontan berbalas pandang dengan seorang jejaka tampan yang sedang mengekorinya.

"Hai, ada apa ya?" Soalku sambil tersenyum padanya.

"Hai. Saya suka dengan bouquet bunga yang display kat depan tu." Ujarnya memulakan bicara. "Cik ni cakap, bouquet tu you yang siapkan." Tambahnya membuatkan aku tersenyum.

"Oh, yang mana satu ye?" Soalku, maklumlah sudah terlalu banyak ready bouquet yang kami pamerkan di ruangan display itu. "Nina, boleh tolong bawa ke sini? Soalku kepada Nina yang menangguk. "Jom kita ke sana." Ujarku sambil membawanya ke ruang lobi kedai.

"You ke owner kedai ni?" Soalnya berbasa basi.

"Eh tak. Saya co-owner je. Sebetulnya kedai ni milik I dengan my best friend." Jawabku membetulkan telahannya itu sambil tersenyum.

"Wah, hebatnya. Muda-muda lagi dah ada bisnes sendiri." Komennya.

"Tak adalah, biasa-biasa je..." Balasku. Segan dipuji begitu. "Kami masih baru, banyak lagi kena belajar." Tambahku sambil bangun selepas melihat Nina yang datang ke arah kami membawa bouquet bunga besar itu. "Ni ke bouquet yang you maksudkan tu?" Soalku sambil meneliti bouquet bunga indah dan besar itu. Pasti untuk penerima yang istimewa, fikirku dalam hati.

"I nak bouquet yang exactly macam ni, tapi I nak guna bunga hidup yang segar. Boleh ke?" Soalnya.

"Depend. You nak letak bunga apa yea dan bila you nak?" Soalku. Enggan berjanji sebelum mendapat maklumat penuh.

"I tak berapa tahu tentang bunga. Tapi I nak bunga-bunga yang membawa erti kasih sayang, kebahagiaan dan ketenangan." Balasnya sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di sebelah pipinya. Membuatkan aku terkesima seketika.

"Mesti untuk orang yang istimewa kan?" Dugaku dan melihat dia tersenyum lagi.

"Sangat istimewa." Balasnya membuatkan aku merasa sedikit iri. Memikirkan Rich sendiri tidak pernah menghadiahkan bunga padaku. Mungkin beranggapan aku tidak menginginkannya kerana hari-hari bekerja bersama bunga. Hmm... "I nak sabtu ni. Boleh ke?" Soalnya lagi dan aku mengangguk sambil tersenyum.

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now