Bab 26

3.6K 479 17
                                    


Aku mundar mandir di depan washroom bilik tetamu itu. Lama benar penggunanya di dalam. Sudah hampir 5 minit aku menunggu di luar, masih juga tiada tanda-tanda dia akan keluar. Sakit perut agaknya, fikirku dalam hati.

"Hana, kalau you nak guna toilet, you boleh guna dalam bilik I." Cadang Reia. Memandangkan aku sudah lama menunggu, jadi mahu tidak mahu aku naik ke tingkat atas menuju biliknya. Sudah tidak sabar menyempurnakan hajatku. Tapi belum sempat aku memasuki bilik itu, tanganku ditarik dan aku dibawa masuk ke bilik bertentangan. Pantas aku menoleh, memandang satu-satunya orang yang aku yakin bertanggungjawab membawa aku ke situ dengan wajah terkejut.

"Rich, what the..?" Gumamku tidak puas hati.

"What are you doing here with him, Hana?" Soalnya memotong ayatku. Laju dia mengunci pintu bilik dan memandangku dengan renungan tajamnya. Jujur aku tidak pernah melihat dia seserius ini.

"I'm invited here." Balasku pantas.

"Of course you are. Tapi I nak tahu kenapa you datang dengan dia? You know I don't like him, right?" Ujarnya membuatkan aku mencebik kecil.

"You tak suka ramai orang Rich." Komenku mengingatkannya dan melihat dia menjingkitkan sebelah keningnya mungkin tidak suka dengan jawapan itu.

"I cuma tak suka lelaki-lelaki yang cuba rapat dengan you. They are not good enough for you." Balasnya serius.

"Then, who is good enough for me, Rich? You?" Soalku dan melihat dia hanya terdiam. "I don't even know why we have this conversation. Jangan lupa you datang sini dengan Eliza." Tambahku geram.

"I tak datang dengan Eliza, Hana. Mama yang jemput dia ke sini dan kenalkan pada I. Its two very different situation." Terangnya seolah itu kenyataan yang aku harus sedia maklum.

"Takde beza pun, I nampak you layan dia mesra je. You boleh je tinggalkan dia kalau you tak berminat. But you don't. You pilih untuk duduk layan dia sepanjang malam." Ujarku panjang lebar. Menyuarakan apa yang terbuku di hatiku.

"You cakap macam tu tentang I, you pun apa kurangnya. You usap-usap lagi tangan doktor tu kenapa? You ingat I tak nampak?" Soalnya membuatkan aku ternganga. Andai saja dia tahu kenapa itu berlaku, mungkin dia akan ketawa ketika ini.

"Are you jealous, Rich?" Soalku. Bukan sahaja untuk cuba mengubah topik tapi juga kerana aku benar-benar ingin tahu.

"Itu bukan topiknya sekarang, Hana." Balasnya sambil mendengus kecil.

"Then what is?" Soalku sedikit keras. Geram, dia dengan mudah mengelak daripada menjawab pertanyaanku itu. Aku mengigit bibir apabila melihat pandangan tajam yang dihantarnya padaku.

"Thread carefully my dear. You're walking on a very thin line right now. Just remember, apa pun yang you buat dengan dia, setiap malam you tetap I yang punya." Ujarnya perlahan-lahan tanpa segaris senyuman membuatkan jantungku bagaikan berhenti berdegup. Seolah memastikan aku tidak akan terlepas dari mendengar walau sepatah pun perkataan yang diucapkannya. Nadanya yang serius membuatkan kata-katanya itu kedengaran seperti amaran. Sekaligus membuatkan aku panik seketika. "Remember that." Tambahnya lagi sambil jarinya bermain di pipiku. Aku hanya mampu memandangnya tanpa mampu berkata apa-apa. Aku yakin yang anginnya sedang tidak baik ketika ini. Jadi aku tahu, membalas ucapannya adalah tindakan yang kurang bijak. Jadi aku memilih untuk membisu.

          Lama dia merenungku, seolah menunggu sama ada aku akan mengiyakan kata-katanya itu ataupun tidak. Dia tersenyum sinis apabila melihat aku masih lagi diam sebelum tiba-tiba tunduk dan melepaskan ciuman lembut di pangkal leherku. Dia kemudiannya membuka pintu dan berlalu pergi. Meninggalkan aku yang masih lagi termanggu, tidak mengerti apa yang berlaku sebentar tadi. Aku membiarkan diriku tenang sebelum perlahan-lahan memulas tombol pintu dan keluar dari bilik itu.

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now