Bab 23

3.6K 482 38
                                    

Benar kata orang, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Melihat apa yang berlaku hari ini, aku tidak dapat menolak kemungkinan inilah hikmah di sebalik perbalahan kecil kami tempoh hari. Jika bukan kerana itu, aku yakin kami pasti masih menjalaninya hubungan ini seperti biasa. Tanpa melakukan apa-apa untuk menjadikannya lebih istimewa. Atau semua ini bermula kerana Rich juga mula menyedari bahawa hubungan kami tidak lagi berada di zon selesa. Sama seperti yang aku fikirkan. Sehingga dia sanggup menunaikan percutian impianku ini secara tiba-tiba.

          Jujur selepas peristiwa malam itu, aku sudah mula ragu-ragu tentang perjalanan hubungan kami ini. Benih-benih keliru sudah mula menjalar di dalam hatiku. Aku dapat merasakan diriku sudah mula berhati-hati. Mungkin mula mempersiapkan diri untuk segala kemungkinan. Namun melihat usahanya hari ini, hatiku yang sememangnya masih untuk dia mula kembali berbunga. Kembali merasakan hubungan kami ini belum menemui titik noktahnya. Berada di sini dengannya membuatkan semua kegusaran itu perlahan-lahan menghilang dan aku sekali lagi karam dalam pesonanya. Sikap romantisnya berjaya menutup kegusaranku itu satu persatu. Kata orang 'action speak louder than word'. Aku cuma berharap apa yang ditunjukkan padaku hari ini melambangkan apa yang dia rasa. Bukan sekadar lakonannya semata.

"You okay?" Soalnya mematikan lamunanku. Laju mengapai tanganku dan mengelusnya lembut. Lama dia merenungnya. Seperti memikirkan sesuatu. Sebelum akhirnya menghadiahkan ciuman lembut pada jariku. Mana mungkin aku tidak okay bila diperlakukan seperti ini.

"More than okay. I'm happy." Balasku spontan menjemput senyumannya.

"Glad to hear that." Ucapnya ceria. Kegembiraan jelas terpancar di wajah kacaknya. Aku yakin, wajahku juga menunjukkan riak yang sama. Senang cerita, percutian ini telah berjaya mengembalikan keyakinanku bahawa hubungan kami masih berpeluang untuk terus mekar. Aku kembali positif bahawa peluangku untuk terus menawan hatinya masih terbuka luas. Mana mungkin tidak jika kesungguhannya melayanku sepanjang hari ini diambil kira. Dia sentiasa memastikan aku selesa dengan semua yang kami lakukan bersama. Memenuhi setiap permintaanku dengan sabar.

"Are you done?" Soalnya dan aku mengangguk. "Jom." Ujarnya sambil menghulurkan tangan yang kusambut dengan gembira. Ini antara kelebihannya lokasi percutian kami ini. Di sini, kami tidak perlu berpura-pura kami tidak punya hubungan istimewa seperti yang kebiasaan kami lakukan ketika berada di Kuching. Tempat yang berbeza, bermakna orangnya juga berbeza. Ini menandakan tiada yang mengenali kami di sini. Rahsia kami juga pasti selamat di sini.

"Kita nak ke mana lagi?" Soalku ceria. Berharap hari yang indah ini tidak berakhir dengan cepat.

"Next stop Tanjung Lipat. You cakap nak jeruk kan?" Soalnya membuatkan aku tersenyum lebar. Aku ingat lagi kali pertama ke Sabah bersama Reia suatu ketika dulu. Kami ke Tanjung Aru dan menikmati jeruk asam yang sangat sedap sambil menikmati keindahan matahari terbenam di sana. Satu pengalaman yang indah. Hari ini, aku berpeluang mengulangi detik itu. Tapi kali ini pastinya lebih istimewa kerana bersama dengan orang yang kucinta.

"Serius?? I can't wait." Komenku gembira. Memikirkan tentang jeruk itu sahaja sudah mampu membuatkan kecur air liurku, apatah lagi saat menjamahnya nanti. "Tak jauh ke dari sini?"

"Dalam sejam." Balasnya, tersenyum. Mungkin berkongsi kegembiraanku.

"You tak penat drive?" Soalku. Masakan tidak, seawal pukul 6 pagi tadi kami sudah memulakan perjalanan keluar dari hotel penginapan kami. Sebolehnya ingin menggunakan percutian hujung minggu ini sepenuhnya. Mengisi pelbagai aktiviti dan mengunjungi pelbagai tempat sebelum kami perlu berangkat pulang ke Kuching petang esok.

          Aku sebenarnya tidak menyangka Rich akan membawa aku ke Sabah ketika dia menyampaikan hasratnya untuk membawa aku bercuti semalam. Dia hanya meminta aku berkemas dan membawa pakaian yang cukup untuk tempoh dua hari tanpa menyatakan lokasi percutian kami. Jadi aku memang terkejut apabila dia mula memandu kami ke lapangan terbang sebaik datang menjemputku di rumah petang semalam. Aku memang sudah lama menyimpan hasrat untuk bercuti bersamanya, jadi aku langsung tidak membantah apabila melihat lokasi percutian pilihannya. Malahan mindaku yang sangat positif sempat terfikir, adakah dia sebenarnya sedang menunaikan percutian impianku? Jika benar, nampaknya dia sudah berjaya.

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now