Bab 21

3.6K 488 16
                                    


Perbalahan kecil aku dan Rich malam itu membuatkan kami tidur lebih lewat daripada biasa. Bukan kerana kami masih berbalah, malahan sebaliknya. Jadi aku yakin tidak akan dapat bangun awal dan ke kedai bunga keesokkan harinya jika aku inginkan tidur yang cukup. Tidak selepas kami merasakan perlu untuk membuktikan bahawa hubungan kami masih lagi okay. Kali ini tanpa kata. Jadi sebelum melelapkan mata, aku menutup alarm agar rehat kami tidak terganggu keesokkan paginya. Namun ia tidak berjalan seperti yang kurancangkan. Telefon bimbitku memilih untuk bergetar berkali-kali sekitar pukul 8 pagi sekaligus menganggu lenaku.

          Aku mengeliat kemalasan. Laju tanganku mengapai telefon bimbit yang telah berjaya membuatkan aku terjaga itu. Aku menoleh sekilas kepada Rich di sebelahku. Dia kelihatan masih lagi hanyut dalam lenanya. Aku terpesona seketika mengagumi ketampanannya. Sehinggalah aku kembali ke dunia nyata apabila telefonku kembali bergetar. Dengan pantas aku menekan punat jawab selepas melihat notifikasi panggilan masuk dari nombor Daddy.

"Morning Daddy. Sorry Hana baru bangun." Ujarku dengan suara yang sedikit serak.

"Morning Hana. Patutlah. Daddy ada kat depan ni." Balasnya membuatkan aku mengerutkan dahi.

"Depan mana?" Soalku keliru. Maklumlah baru bangun tidur. Mamainya masih ada.

"Mana lagi? Depan pintu rumah Hanalah." Balasnya mengejutkanku. Laju aku bangun. Hilang sudah rasa mengantuk yang masih bersisa tadi.

"Huh...oh..okay. Daddy tunggu kejap. Nanti Hana turun.. bukakan pintu." Ujarku. Gembira akhirnya selepas diserang rasa panik, aku masih mampu membina ayat yang lengkap untuk dihantar kepada Daddy. Selepas mematikan panggilan, tanpa berfikir panjang aku terus mengejutkan Rich.

"Rich, Rich.. Rich.. wake up. Hurry...now." Ujarku sambil menepuk-nepuk pipinya. Berusaha membangunkannya.

"What is it, honey?" Soalnya sebaik membuka mata. Tangannya cuba menarik aku kembali ke dalam pelukkannya. Andai sahaja tiada keperluan yang mendesak ketika ini, pasti aku akan menyambut dengan senang hati.Tapi...

"Daddy I ada kat bawah." Terangku sekaligus melihat wajah terkejutnya.

"What!?" Soalnya panik. Aku yakin berita itu sudah cukup untuk membuatkan dia terjaga sepenuhnya.

"My dad is here. Tengah tunggu I buka pintu." Terangku sekali lagi

"Oh My God." Ucapnya sambil laju menarik pakaiannya dan menyarungkan satu persatu.

"Sorry." Pintaku. Dia berhenti dan merenungku.

"Don't say sorry. Ini bukan salah you." Ujarnya sedikit melegakanku. Aku tersenyum namun senyumanku mati sebaik teringat ada urusan yang belum kuselesaikan.

"I kena turun sekarang. Whatever it is, just stay in here okay. I akan fikir apa nak buat." Janjiku. Ya Tuhan, aku tidak pernah terfikir kemungkinan perkara seperti ini akan terjadi. Sejujurnya, setiap kali bersama dengan Rich aku seolah berada di awangan. Fikiranku tidak memikirkan benda lain selain daripada Rich. Nampaknya perasaanku padanya sudah benar-benar parah. Setelah memastikan aku menyarungkan pakaian yang cukup sopan barulah aku turun dan membuka pintu. Tersenyum pada Daddy dan Aunty Zarina yang tenang menunggu kedatanganku.

"Sorry Daddy, Aunty. Hana ke bilik air dulu tadi." Terangku.

"Kami yang kena minta maaf. Datang tak bagitahu Hana dulu. Daddy Hana ni yang dah tak sabar nak jumpa puteri dia. Awal-awal pagi dah ajak Aunty ke sini. Katanya dia mimpikan Hana malam tadi." Terang Aunty Zarina membuatkan aku tersenyum senang. Gembira mendengar Daddy masih merinduiku seperti dulu.

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now