Bab 32

3.6K 469 25
                                    


Aku baru selesai menghabiskan sepinggan nasi goreng kampung ketika loceng rumahku berbunyi. Tak mungkin itu Rich. Rasanya aku sudah berjaya menyakinkan dia untuk tidak ke sini hari ini. Aku pasti alasan yang aku berikan padanya pagi tadi mampu menghalangnya dari bertemuku. Sesampai dari rumah Daddy petang semalam, aku tidak terus memberitahunya tentang kepulanganku. Masih memberikan diriku peluang untuk berfikir sendiri tanpa memandang wajahnya. Namun pagi tadi aku sudah tidak dapat menolak apabila dia dengan sendirinya datang ke rumahku tanpa menghubungiku terlebih dahulu.

          Mencipta alasan bukannya mudah. Lebih-lebih lagi apabila untuk berada dekat dengannya adalah keinginanku yang paling tinggi. Tapi demi memastikan semuanya berjalan seperti yang kurancang, aku berjaya mencari alasan itu. Namun bunyi dentingan yang bertalu di depan pintu itu membuatkan aku berfikir dua kali. Adakah dia sudah menyedari betapa tidak munasabahnya alasanku itu tadi dan memilih untuk datang kembali. Aku menyelak sedikit langsir dan mengeleng kepala apabila melihat gerangan insan yang sedang bercekak pinggang di depan rumah itu.

"Lambat betul." Komennya sebaik pintu itu kubuka. Dia menghantar pandangan tidak puas hatinya padaku yang hanya mampu mengeleng.

"You tu yang tak sabar." Balasku sambil mencebik padanya. "I tak tahulah kenapa korang dua beradik ni suka sangat main loceng rumah. Tekan sekali pun I dah dengar dah. Hati-hati, takut berjangkit kat baby Hayden nanti." Komenku membuatkan dia menjelirkan lidahnya padaku.

"Sorry." Balasnya sambil tersengih panjang. Aku tahu dia tidak memaksudkannya. "Sihat tak ni?" Soalnya sebaik bertentangan mata denganku.

"Sihat." Balasku pendek. Membiarkan dia berjalan mendahuluiku ke ruang tamu.

"You okay tak?" Soalnya lagi sebaik melabuhkan punggungnya di sofa. Seolah ia membawa maksud yang berbeza dengan soalan pertamanya tadi.

"I'm okay, Reia." Balasku. Namun aku yakin wajahku tidak menggambarkan bahawa aku okay apabila melihat renungannya masih tidak lepas dariku.

"You don't look okay. You tau kan you boleh cerita dengan I?" Ucapnya sambil menarik kedua belah tanganku. Mengenggamnya erat. Aku merenungnya lama, mengangguk kecil setelah pasti sudah tiba masanya aku mula berterus terang. Siapa tahu dia punya pandangan yang mampu membantuku membuat keputusan.

"I'm pregnant, Reia." Akuiku sekaligus melihat wajahnya bertukar riak. Aku hampir ketawa melihat mulutnya terbuka dan tertutup beberapa kali menerima pengakuanku itu. Ia mengambarkan bagaimana berita itu benar-benar mengejutkannya sehingga dia gagal memberikan tindak balas yang sepatutnya.

"Anak Rich?" Soalnya teragak.

"Of course." Tegasku membuatkan dia kelihatan lega. Laju dia menarikku ke dalam dakapannya. Aku yakin dia tahu itulah yang aku perlukan kini.

"This is a good news right?" Soalnya, masih kedengaran teragak-agak. Lama dia merenungku dan aku tiada jawapan untuk itu.

"I don't know, Reia. I memang nak ada anak dengan Rich. Tapi bukan macam ni. Kami tak ada hubungan serius pun. Apa yang I pasti, dia memang belum bersedia untuk semua ni. Tapi dalam masa yang sama I juga belum bersedia untuk kehilangan dia." Ujarku. Menyuarakan kegusaranku. "Tapi I janji I takkan paksa dia untuk bertanggungjawab. I can raise this baby alone." Tambahku yakin.

"So I take it, you choose to let him go?" Soalnya perlahan. Matanya tidak lepas dari memandangku.

"I akan lepaskan Rich kalau dia tak nak ada kena mengena dengan baby ni. I'm not that selfish untuk rampas kebahagian dan kebebasan dia." Ujarku. Gembira aku berjaya menyuarakan keputusanku ini dengan tenang.

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now