Bab 34

3.6K 465 38
                                    


Bahagia rasanya saat membuka mata dan pandangan terus jatuh pada wajah insan yang dicinta. Itulah yang kurasai ketika ini. Kegembiraan yang sukar kugambarkan. Tidurku malam tadi juga terasa cukup lena. Mungkin kerana aku sudah kembali tenang. Tidak lagi digayuti pelbagai persoalan yang menyesakkan minda.

"Good morning, beautiful." Ucapnya sambil menghadiahkan senyuman yang sering mengoda jiwaku.

"Morning, my handsome." Balasku sambil membelai pipinya. Gembira dia masih di sini. "Kenapa you pandang I macam tu?" Soalku apabila melihat pandangan yang kelihatan lain itu.

"I macam tak percaya yang cincin I akhirnya ada pada jari you." Balasnya. "You will finally be mine forever, babe. I'm so happy." Ucapnya dengan senyuman lebar di wajah. Membuatkan hatiku tambah berbunga.

"I'm so happy too. Sebab ni ke you bangun awal hari ni? Biasa bukan main susah lagi I nak kejutkan."

"Partly yes. Tapi sebenarnya I asyik terfikir. Ermm.. did my sister know? Tentang baby."

"Mestilah."

"Padanlah dia asyik bagi I jelingan maut dua tiga hari ni." Ujarnya membuatkan aku ketawa kecil. "Please tell me I'm not the last person knowing about my own baby."

"No you're not. I belum update status kat instagram and let my follower know yet. So it's safe to say that you're the third person knowing. Itupun kalau adik you tak mungkir janji dan bocorkan pada Haris lagi."

"There is zero chances Reia tak bagitahu Haris. Oh God, now I understand why he always gave me that almost sympathy look. But at least I know I'm more important than your follower." Ujarnya membuatkan aku ketawa.

"You're the most important, honey. Cuma sebelum ni, I tak pasti where I stand in your heart."

"And now you know."

"Now I know. You nak breakfast apa hari ni, I siapkan."

"No babe, I will take care of that. You go get ready. We have so many thing to do today."

"Like what?"

"Informing our family about us. Me, you and our baby."

"Are you sure?"

"100%."

*******************************

          Mengumpulkan kedua belah keluarga dalam satu majlis makan malam bukanlah sesuatu yang mudah. Namun tetap berjaya kami lakukan. Aku membiarkan Rich membuat segalanya. Setelah menjadi sebab aku berada dalam fasa kemurungan sejak beberapa minggu ini, rasanya adil untuk membuatkan dia bekerja lebih sedikit untuk majlis malam ini. Dari pemilihan lokasi sehinggalah hidangan yang akan kami nikmati, apa yg perlu aku lakukan hanyalah menyakinkan Daddy dan Aunty Zarina untuk memenuhi undangan itu. Hubunganku yang semakin baik dengan Aunty Zarina ternyata memudahkan urusan memujuk Daddy untuk turut hadir.

          Aku tersenyum memandang wajah insan-insan yang begitu dekat di hatiku itu. Melihat Daddy dan Aunty Zarina berbual mesra dengan Mama dan Papa Rich adalah satu kelegaan buatku. Jujur aku agak gementar tentang malam ini. Bimbang akan penerimaan kedua belah keluarga tentang hubungan kami nanti. Mujur duduk bersebelahan dengan Rich sedikit sebanyak melegakanku. Kekuatanku bertambah saat jemarinya mengelus lembut telapak tanganku di bawah meja. Membuatkan semuanya terasa cukup istimewa. Membuatkan aku sedar betapa pentingnya malam ini.

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now