Bab 24

3.6K 476 14
                                    


Jam baru merangkak ke angka 7.00 pagi ketika Rich mengejutkan aku dan menyatakan dia perlu pulang ke rumah keluarganya. Dalam mamai aku mengangguk dan kembali melelapkan mata selepas menerima kucupan lembut darinya. Cuba menyambung kembali mimpi indahku yang terputus di tengah jalan. Namun selepas berkali-kali berpusing-pusing dan gagal untuk kembali lena, aku bangun. Mencari aktiviti yang boleh aku lakukan untuk mengisi hariku yang masih panjang. Ternyata tidak sukar mencari aktiviti itu. Sudah lama aku tidak melakukan pembersihan secara besar-besaran dalam rumahku ini dan itulah yang aku lakukan.

Aku memang jarang rajin. Tapi apabila moodku sudah sampai, pasti tiada sedikit ruang pun yang akan tertinggal dan tanpa sedar sudah separuh hari berlalu. Aku hanya berhenti apabila perutku sudah mula berkeroncong. Menyediakan makan tengah hari yang ringkas memandangkan aku akan menikmatinya sendiri. Ketika itu barulah aku memeriksa telefon bimbit. Aku terkejut melihat beberapa notifikasi panggilan tidak dijawab dari nombor Reia. Inilah akibatnya apabila meletakkan fon dalam mode silent. Mujur pesanan yang turut ditinggalkannya menyakinkan aku bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan.

Reia: Jangan lupa, fullmoon baby Hayden malam ni.

Reia: Datang tau.

Reia: Majlis kat rumah Mama.

Aku menepuk dahi. Bagaimana aku boleh terlupa? Ini adalah tarikh yang penting. Sempatkah aku keluar dan mencari hadiah untuk baby Hayden nanti? Dengan rasa bersalah aku membuat panggilan balas. Namun selepas tiga kali cubaan dan tiada jawapan aku juga memilih untuk meninggalkan pesanan untuknya.

Hana: Sorry, I terlepas panggilan you tadi.

Hana: I kemas rumah.

Hana: Phone on silent mode. Sorry.

Hana: Of course I will come.

Reia: Hey, I sengaja tak jawab call you.

Reia: I don't want anyone to overhear our conversation.

Hana: ?????

Reia: Be here tonight. But...

Reia: You need to bring your date.

Hana: Date??

Hana: Why??

Reia: You're not going to like this.

Reia: I just found out.

Reia: Mama nak kenenkan Rich dengan anak kawan lama dia.

Reia: I tak nak you sakit hati nanti.

Hana: I dah mula sakit hati dah ni.

Reia: I know.

Hana: Rich setuju?

Reia: Mama tak bagi dia peluang untuk menolak.

Hana: I can't believe him..

Hana: Things are wonderful between us.

Hana: Sampai hati dia setuju dengan permintaan Mama you.

Hana: Why can't he say no!

Reia: Mama tak bagi dia peluang untuk cakap tak, Hana.

Reia: Sebab tu I nak you datang dengan someone.

Reia: Mana tahu Rich pun akan sakit hati juga.

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now