Bab 8

4K 506 31
                                    

"You...pandang depan jap." Ujar Rich mematikan keasyikkanku berbalas mesej dengan Reia. Aku memandang ke depan. Bertemu pandang dengan wajah nakalnya di dalam cermin lif bertentangan dengan kami itu. Aku menjingkitkan kening, tidak mengerti apa yang ingin dia tunjukkan. "Don't you think we look good together?" Soalnya sambil menjingkit-jingkitkan kening sambil tersenyum nakal. Spontan pipiku terasa panas tiba-tiba. Tidak menyangka sama sekali dia akan bertanyakan itu?

"Yea we do." Akuiku. Dia tersenyum. Diam-diam aku mengakui kebenaran kata-katanya itu. Sejujurnya pasangan yang terlihat di dalam cermin itu memang kelihatan secocok bersama. Nampak seperti pasangan kekasih yang sebenar. Wanita di dalam cermin itu tersenyum. Wajahnya kelihatan berseri-seri merenung wajah jejaka kacak yang tersenyum nakal di sebelahnya. Senyumannya itu mengembalikan aku ke dunia nyata. Aku mengeleng-gelengkan kepala setelah kembali sedar akan hakikat sebenar hubungan kami. Sekadar kawan dan dan dia masih playboy yang sama. "But sadly you're a playboy and sorry, I don't do playboy." Tambahku sekaligus mematikan saat yang indah itu. Namun aku sempat melihat wajahnya yang sedikit berubah mendengar jawapanku itu. Adakah jawapanku mengecewakannya?

"Your loss, babe." Ujarnya dan semudah itu wajah nakalnya sudah kembali. "Jom, lets the drama begin." Ujarnya kemudian apabila lif berhenti di tingkat 3 di mana majlis itu berlangsung.

          Masuk sahaja ke ruang ballroom itu, mataku meliar mencari kelibat Reia. Menurut Rich, kami berdua akan duduk semeja dengan Reia dan Haris untuk majlis malam ini. Jadi mataku kuhalakan ke lokasi itu, namun lain yang aku temui. Hanya dengan jarak tidak sampai semeter aku melihat seorang wanita cantik menghantar pandangan cemburu ke arah kami. Aku tidak mengenalinya namun dari cara dia memandang kami, aku pasti dialah bekas kekasih yang Rich maksudkan. Aku bertambah yakin apabila Rich tiba-tiba berdiri semakin dekat denganku. Walaupun aku tahu, dia sedang menjiwai wataknya namun ia tidak dapat menghalang jantungku daripada berdetak kencang. Terkejut dengan tindakkannya itu, aku laju mengangkat wajah. Bertentangan mata dengan dia yang sudah sedia merenungku itu.

"Is that her?" Soalku ingin tahu. Gembira aku masih sempat terfikirkan soalan itu walaupun aku sendiri sebenarnya sudah hanyut dalam renungannya. Rich mengangguk. "What should I do?" Soalku sambil berpura-pura membetulkan tali lehernya sebelum kembali berbalas pandang dengannya. Tiba-tiba semuanya terasa lain. Ballroom yang luas dan penuh dengan tetamu itu terasa hening tiba-tiba. Seolah penghuninya hanya kami berdua. Aku tidak tahu lama mana kami saling berpandangan, tapi aku yakin ia cukup lama memandangkan wanita cantik itu tidak lagi berada di tempat yang sama ketika aku menoleh padanya.

"You did just fine, Hana. More than fine actually." Bisiknya lembut membuatkan aku tersenyum. Tidak menyangka aku mampu membuatkan wanita cantik itu cemburu tanpa melakukan apa-apa.

"Good. Cause I just saw Reia." Ujarku. Cuba mencari alasan untuk menyelamatkan diri dari terus-terusan terbuai oleh suasana itu. Aku rasa, perasaanku padanya sudah semakin parah. Jika aku ingin selamat, aku harus melarikan diri sekarang juga. "So I boleh tinggalkan you sekejap kan?" Soalku dan mengerutkan dahi apabila melihat pandangannya matanya yang berbeza. "You okay tak ni?" Soalku sambil melambai-lambaikan tangan di depannya.

"Oh..I'm okay... You pergi jumpa Reia. Nanti I datang. I  nak ke sana, jumpa kawan ." Ujarnya dan terus berlalu pergi. Membuatkan aku terpinga melihat perubahan sikapnya itu. Benarkah hanya aku yang merasakan tarikan itu tadi? Hatiku menjadi sayu tiba-tiba. Rasanya aku perlu bercakap dengan Reia tentang ini. Mungkin dia boleh membantu mengurangkan kekeliruan yang membelengguku ini. Langkah kuhayun laju menghala ke arahnya. Dia kelihatan asyik menikmati orange juice di depannya sehingga tidak menyedari kehadiranku.

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now