Bab 33

3.6K 466 33
                                    


Aku tersenyum memandang wajah kacak lelaki di depanku itu. Dia sedang leka menikmati hidangannya. Kelihatan cukup berselera. Aku senang melihat pinggannya licin seperti biasa. Nampaknya masakkanku masih lagi menepati citarasanya. Tidak sia-sia aku meluangkan lebih banyak masa menyiapkan menu-menu kegemarannya walaupun hidungku kurang menyenangi baunya tadi. Berkira untuk menjadikan sesi makan malam kami hari ini sebagai satu lagi hari yang boleh kujadikan memori indah kami bersama. Sekurang-kurangnya sebelum aku mula mengutarakan topik yang sudah beberapa minggu bermain di fikiranku ini.

           Aku membiarkan mataku merenungnya lama. Menyimpan semua keindahan itu ke dalam memori. Mungkin inilah kali terakhir aku dapat menatap wajahnya sedekat ini. Aku tekad, inilah masanya untuk meluahkan segalanya. Mengakhiri permainan cinta ini bersamanya. Dia mengenyitkan matanya saat menyedari mataku sedang terarah padanya. Tersenyum nakal membuatkan aku jadi serba salah. Tidak tahu cara untuk memulakan perbincangan ini.

"Erm Rich, can we talk?" Soalku akhirnya.

"Of course, beautiful." Balasnya, sambil mengelus lembut tanganku yang kuletakkan di atas meja. Membuatkan aku hanyut seketika. "What is it? You nampak macam stress je malam ni." Komennya membuatkan aku spontan menggigit bibir. Namun ia berjaya mengembalikan aku kepada agenda asalku. Laju aku menarik tanganku dari pegangannya. Enggan terus terbuai oleh rasa. Jika aku ingin mengakhiri semuanya, bermakna sentuhan-sentuhan seperti itu tidak harus lagi menemaniku. Kerutan di dahinya menunjukkan bahawa dia tidak suka dengan tindakanku itu. Tapi aku tekad, episod ini akan tamat hari ini.

"I rasa dah sampai masanya kita berpisah." Ucapku akhirnya. Spontan aku melihat wajah terkejutnya. Mungkin langsung tidak menyangka itulah topik yang inginku utarakan.

"What?!... Why Hana? I ingatkan you happy dengan I." Soalnya sedikit keras. Laju dia bangun dan merenungku tajam.

"I am. I happy dengan you." Akuiku. Laju aku mengalihkan pandangan, tidak ingin terus karam dalam renungannya.

"Jadi kenapa, Hana?" Soalnya lagi. Matanya tidak lepas dari memandangku. Menunjukkan betapa jawapanku penting baginya.

"Things are different now, Rich. Semuanya dah berubah." Ujarku.

"Tell me. Apa yang berubah?" Soalnya keras.

"You, Me." Balasku ringkas membuatkan kerutan di dahinya makin menebal.

"Mungkin you yang berubah. I masih seperti dulu. Masih nakkan yang sama. You." Ujarnya lancar membuatkan jantungku kembali berdetak kencang.

"I.. I still want to be with you too, Rich. Tapi bukan macam ni." Balasku. Spontan aku melihat dia meraup wajahnya,

"You are not making any sense, Hana. You say you still want to be with me, yet you want to break up with me. Now tell me, does this have anything to do with that doctor?" Soalnya tidak sabar.

"No! I tak tahu kenapa you obsess sangat dengan Hans. I tak ada apa-apa hubungan istimewa dengan dia. Kenapa you tak nak faham." Jawabku geram.

"Then why, Hana?" Soalnya lagi. "Tell you what, this is far from what I expect to happen between us tonight. Jadi beritahu I Hana. Kenapa you nak berpisah, sebelum I hilang akal." Tambahnya kemudian. Dia sudah berdiri betul-betul di depanku. Merenung tajam ke dalam mataku.

"I'm pregnant, Rich." Akuiku akhirnya. Spontan aku melihat wajah terkejutnya. Aku sudah lama tahu berita ini pasti akan mengejutkannya. Aku tahu dia tidak akan gembira mendengarnya. Tidak seperti yang aku harapkan.

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now