Bab 31

3.6K 469 15
                                    


Sudah seminggu berlalu dan aku masih lagi belum menemui kekuatan untuk menyampaikan berita kehamilanku kepada Rich. Jika difikirkan aku punya banyak peluang untuk berbuat demikian. Tapi setiap kali ingin memulakan bicara mulutku bagaikan terkunci. Seolah ada yang menghalang. Sehingga akhirnya aku terfikir mungkin belum sampai waktunya untuk aku berkongsi berita itu dengannya.

          Rich, dia kelihatan lain akhir-akhir ini. Banyak menghabiskan masanya di rumahku. Lebih romantik daripada biasa. Aku gembira melihat perubahannya itu namun dalam masa yang sama ia membuatkan hatiku bertambah sayu. Walaupun dia seperti sangat peduli, itu masih tidak cukup bagiku. Egoku tercabar bila memikirkan sehingga ke hari ini dia belum membalas kata cintaku. Aku inginkan kepastian agar lebih mudah untuk membuat keputusan.

          Disebabkan itulah aku akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil cuti dan duduk bersama Daddy untuk beberapa hari. Mungkin apa yang aku perlukan kini adalah berjauhan dengannya untuk sementara. Memberikan peluang kepada mindaku untuk membuat keputusan tanpa dikaburi oleh emosi. Paling penting, aku tahu Rich tidak akan berani mengunjungiku rumah Daddy. Dia tahu Daddy bukanlah peminat nombor satunya.

          Syukur Daddy dan Aunty Zarina tidak curiga malah cukup gembira menerima kunjunganku. Alasan bercuti panjang kerana Reia sudah kembali bekerja yang kuberikan juga diterima dengan sangat mudah oleh kedua mereka. Malahan, kandunganku juga seolah merestui pilihanku. Aku tidak mengalami alahan yang teruk seperti sebelum ini. Jadi aku masih boleh berlagak seperti tiada apa-apa yang berbeza. Hasilnya aku dapat bercuti dengan tenang. Walaupun fikiranku tidak pernah jauh dari memikirkan tentang Rich, namun aku tahu, aku juga perlu bercuti sebentar darinya. Sekurang-kurangnya sehingga aku tahu apa yang perlu aku lakukan.

"Hana?" Tegur Aunty Zarina membawa aku kembali ke alam nyata. Sebelah tangannya menepuk bahuku lembut.

"Eh sorry. Hana tak dengar Aunty panggil." Ujarku tersipu-sipu.

"Hana okay tak ni?" Soalnya. Matanya tidak lepas dari merenungku. "Dari tadi lagi Aunty nampak Hana termenung. Ada masalah ke?" Tambahnya lagi.

"Tak ada apa Aunty." Ujarku selepas berdiam agak lama membuatkan Aunty Zarina mengeluh. Dia berhenti memotong sayur di depannya dan menumpukan sepenuh perhatiannya padaku.

"Aunty faham, Hana anggap Aunty ni orang luar. Mungkin Hana tak selesa nak bercerita dengan Aunty. Tapi Hana tau kan Daddy Hana mesti risau kalau dia tengok Hana macam ni." Ujarnya membuatkan aku tersentak. Menyedari kebenaran di sebalik kata-katanya itu.

"Hana.." Ujarku cuba memulakan kata. Namun ayatku terhenti. Sempat terfikir adakah ia bijak untuk menceritakan semua itu kepada Aunty Zarina.

"Hana ada masalah ke?" Soalnya lembut. "Masalah dengan boyfriend?" Tekanya dan aku mengigit bibir. "Ceritalah dengan Aunty, mana tahu kurang sikit beban di fikiran Hana nanti." Pujuknya lagi. Kedengaran ikhlas pada pendengaranku. Aku mengeluh.

"Kalau Hana cerita, Aunty kena janji takkan beritahu Daddy." Pintaku selepas berfikir untuk beberapa ketika. Lama dia merenungku sebelum akhirnya mengangguk. Setelah cukup yakin, barulah aku mula bercerita. Dari permulaan hubungan aku dan Rich sehinggalah kini di mana aku sudah mula keliru tentang hala tuju hubungan kami ini. Apa yang aku tinggalkan hanyalah cerita tentang kehamilanku. Aku belum bersedia untuk berkongsi tentang itu kepada sesiapa pun. Tidak sebelum aku berterus terang dengan Rich.

"Kalau mengikut cerita Hana, Aunty rasa dia cintakan Hana. Cuma, mungkin dia bukan jenis yang selesa bercakap tentang perasaan." Komen Aunty Zarina. Sedikit sebanyak melegakanku.

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now