Bab 10

4K 505 17
                                    


Melihat wajah sugul Reia yang sedang melayan perasaan di beranda suite itu benar-benar membuatkan perasaan geramku kepada Haris semakin menebal. Aku benar-benar tidak menyangka dia sanggup mempermainkan perasaan wanita sebaik Reia. Ternyata kebahagian yang sering dia pamerkan selama ini hanyalah lakonan semata. Aku tidak menyangka dia sanggup melakukan itu terhadap adik kepada sahabat baiknya sendiri. Lelaki semuanya sama. Jika yang terlihat baik dan setia seperti Haris boleh menipu dan mencurangi isterinya, apatah lagi lelaki seperti Rich. Lelaki yang sudah terang-terangan seorang playboy. Mujur hubungan kami belum bermula. Jika tidak, aku yakin aku juga akan mengalami nasib yang sama atau mungkin lebih teruk daripada apa yang Reia sedang lalui ini suatu hari nanti.

          Namun begitu, walau sekuat mana aku melawan aku tetap tidak dapat menepis perasaan rindu yang bertandang setiap kali terfikir tentang dirinya. Tidak berhubung dengannya hampir seminggu ini juga berjaya membuatkan duniaku terasa tidak lengkap. Enggan terus memikirkan tentang dia, aku mencapai keycard di atas meja. Berkira untuk keluar sebentar. Siapa tahu, aku mungkin akan menemui menu yang mampu membuka selera sahabatku yang sedang kemurungan itu. Aku berjalan perlahan-lahan meninggalkan Reia yang seolah tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya. Pandanganya dilontarkan ke depan. Tapi aku yakin mindanya tidak pernah jauh dari memikirkan tentang suaminya, Haris. Lelaki yang telah mencuranginya.

                                                              ***************************

           Berjalan di sekitar resort ini memang cukup mendamaikan. Inilah antara sebab mengapa aku memilih destinasi ini sebagai lokasi percutian aku dan Reia. Ia terletak jauh dari pusat Bandar dan aku yakin ia tempat strategik untuk membiarkan Reia menenangkan fikirannya. Pemandangan yang indah itu membuatkan aku teringat bahawa aku belum merakam detik-detik indah di sini. Aku menekan button on pada telefon bimbitku. Ia aku offkan sepanjang percutian ini sebagai tanda sokonganku kepada Reia. Jika dia tidak berhubung dengan orang kesayangannya ketika ini, aku juga harus mengalami itu. Lagipula aku tidak mahu terlepas cakap dan memberitahu keberadaan kami kepada sesiapa pun. Aku tidak mahu ia sampai ke pengetahuan Haris. Jika kekerapannya menghubungi Reia minggu lepas diambil kira, aku yakin dia pastinya sedang berusaha mengambil tahu tentang keberadaan isterinya ketika ini. Dan aku berjanji tidak akan membiarkan dia menemui Reia dengan mudah. Inilah sekecil-kecil balasan yang aku boleh fikirkan di atas pengkhianatannya kepada sahabat baikku itu.

          Baru 5 minit menghidupkan kembali telefon itu, ia sudah berdering. Walaupun teruja melihat nama yang tertera pada skrin telefonku aku tetap berjaya menahan jariku daripada menekan punat jawab. Aku membiarkan ia berdering untuk beberapa kali sehinggalah pemanggil itu berputus asa dan berhenti sendiri. Walau ada sedikit rasa kecewa melihat begitu mudahnya dia berputus asa, namun notifikasi pesanan yang muncul selepas beberapa minit kemudian menyakinkan aku bahawa ini baru permulaannya. Tanpa sengaja jariku yang degil ini menekan punat baca. Memilih untuk mengabaikan mungkin berpuluh pesanan yang sudah berusia beberapa hari itu dan terus membaca pesanannya yang terbaru.

Rich: Answer my call, Hana.

Rich: Where are you?

Rich: Talk to me now.

Rich: Please.

Hana: What do you want?

Rich: Are you serious?

Hana: Seriuslah.

Hana: Kenapa?

Rich: As far as I remember, you're not like this last week.

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now