Bab 20

3.7K 489 12
                                    


Aku memotong setangkai bunga ros merah sebelum mengapai handbag dan kunci kereta. Sedia untuk berangkat pulang. Aku berkira untuk menghadiahkan bunga itu kepada Reia apabila berkunjung ke rumahnya sebentar nanti. Jam baru merangkak ke angka 4.00 petang. Namun itulah antara bonusnya menjadi pemilik bersama kedai ini. Aku boleh keluar dan masuk mengikut jadual kerjaku sendiri. Rubi dan Nina, pembantu kedai kami masih lagi leka dengan tugasan masing-masing. Walaupun kedai bunga ini tidaklah sebesar mana, namun aku bersyukur kami tidak pernah kekurangan pelanggan. Mungkin kerana lokasi me&u Florist yang begitu strategik, menjadikannya tumpuan para penggemar bunga.

"Rubi, nanti tutup kedai macam biasa ya. I balik dulu, nak ke rumah Reia." Ujarku kepada Rubi yang sedang leka dengan gubahan bunganya.

"Okay bos." Usiknya sambil membuat tabik hormat yang membuatkan aku ketawa kecil. "Sampaikan salam pada Mommy baru ya." Pesannya dan aku mengangguk. Sebelum memandu ke rumah Reia, aku menitipkan pesanan buat Rich agar dia tahu keberadaanku nanti.

Hana: Hey handsome.

Hana: I nak ke rumah Reia.

Rich-est: okay babe.

Rich-est: Meet you there later.

          Seperti biasa, walaupun ringkas, balasan darinya sentiasa membuatkan aku gembira. Dengan senyuman di wajah, aku memandu keluar dari tempat letak kereta. Sesampai di rumah Reia aku mendapati Ibu dan Ibu mertuanya turut berada di situ. Kedua mereka kelihatan rancak berbual di anjung rumah. Mungkin menunggu baby Hayden terjaga sebelum keduanya bertukar-tukar memangkunya seperti kebiasaan. Setelah bertanya khabar, aku terus ke ruang tamu untuk menemui Reia. Memberikan bunga ros itu kepadanya bersama sebuah kotak hadiah yang sudah kubalut kemas.

"Smell so good, Hana. Thanks." Ujarnya sambil menekapkan hidungnya pada kelopak bunga ros itu. Aku mengangguk. "Ni yang buat I tak sabar nak masuk kerja." Komennya sekaligus membuatkan suaminya berdehem.

"Please remind her that she need at least 3 month of confinement, Hana." Sampuk Haris yang sedang menaip di laptopnya ketika itu. Mungkin sedang menyiapkan urusan pejabatnya.

"Ya sayang, I tau." Balas Reia sambil membulatkan matanya membuatkan aku ketawa kecil.

"I nampak tu." Komen Haris pula. Inilah suasana yang selalu aku lihat setiap kali berkunjung ke sini. Menjadi saksi kemesraan dan usik mengusik mereka membuatkan aku juga tidak sabar untuk melalui alam perkahwinan seperti mereka.

"Comelnya onesie ni Hana. Thanks. Baby Hayden mesti nampak cute pakai ni." Komennya sambil membelek 3 pasang baju baby yang aku hadiahkan padanya itu. "Comelkan sayang?" Tunjuknya kepada Haris yang mengangguk setuju.

"Thanks Hana. Lain kali kalo singgah tak payah susah-susah belikan Hayden hadiah. You datang pun kami dah cukup happy." Ujarnya dan aku hanya mengangguk tapi yakin ia adalah sesuatu yang sukar dilakukan.

          Hampir sejam di situ barulah baby Hayden terjaga dari tidur. Seperti yang aku jangka aku terpaksa berebut untuk sekurang-kurangnya menghadiahkan sebuah ciuman di pipinya. Ternyata bersaing dengan Ibu dan Ibu mertua Reia adalah hampir mustahil. Mereka hanya melepaskannya setelah Hayden tidak berhenti merenggek minta disusukan. Rich hanya sampai hampir sejam kemudian. Dan kehadiran Ibunya dan Ibu Haris di situ bermakna kami terpaksa berlakon seolah kami tiada hubungan istimewa. Walaupun aku ingin sekali mendekatinya, aku terpaksa menahan diri. Enggan hubungan sebenar kami dihidu. Atas permintaan Reia, aku dengan rela memasak untuk keluarganya petang itu. Memasak bersama Aunty Mai juga bermaksud aku boleh meluangkan masa bersama 'bakal ibu mertuaku' sekaligus cuba menawan hatinya menggunakan bakat memasak yang aku ada. Tak salah rasanya bermimpi kan?

Jerat Hati Dia ✔Where stories live. Discover now