Bab 3 -Serangan Lembaga Hitam

178 8 0
                                    

Pada suatu malam, kelihatan satu lembaga hitam sedang berjalan sambil menunduk di atas atap rumah seorang penduduk kampung. Walaupun dia berjalan dengan agak laju, langsung tidak kedengaran bunyi tapak kakinya memijak atap. Seolahnya dia sedang berjalan di atas udara.

Setibanya dia di hujung atap, lembaga hitam itu kemudiannya melompat ke atap sebuah rumah yang lain pula. Seperti tadi juga, langsung tidak kedengaran bunyi dentuman lompatan walaupun dia melompat dengan jauh sekali.

Lembaga hitam itu akhirnya berdiri tegak selepas sekian lama berada dalam kedudukan menunduk. Dia kemudian membuka tapak tangan kirinya.

Di tapak tangan kirinya itu terhadap sehelai daun kecil yang bentuknya memanjang seperti lalang. Selepas dibacakan mantera oleh lembaga hitam tersebut, daun kecil itu ligat berputar seperti kipas dan terbakar sehingga menjadi abu. Abu itu kemudian ditabur di atas atap rumah yang sedang dia berdiri tersebut.

Lembaga hitam itu tersenyum. Seolahnya dia berpuas hati dengan apa yang telah dia lakukan.

"Jamilah. Dengan ini kau secara rasminya menjadi mangsa pertama aku..." bisik lembaga hitam tersebut.

"Jamilah? Anak Pak Kamal? Ini rumahnya Pak Kamal ke?" Tanpa disangka, Talib muncul dan menegur lembaga hitam itu dari belakang. Terkejutnya bukan kepalang lembaga hitam tersebut selepas mendengar suara orang lain sehingga berderau darahnya.

"Talib?" lembaga hitam itu bertanya dengan wajah yang masih terkejut.

"Ya..aku Talib. Siapa lagi. Kau buat apa sini Din?" tanya Talib kepada lembaga hitam tersebut.

Lembaga hitam tersebut mula menampakkan wajahnya. Dia adalah Din Kayu, kawan kepada Mail Botak yang bersama dengannya bermain dam haji di warung Haji Hassan pada siang tadi.

Din Kayu tidak menjawab pertanyaan Talib. Sebaliknya dia hanya memandang Talib dengan pandangan yang bengis.

"Mail Botak sibuk mengata kat aku. Rupa-rupanya kawan sendiri yang punya kerja!" kata Talib sambil berjalan menghampiri Din Kayu. Melihat Talib yang semakin menghampiri, serta merta Din Kayu membuka langkah silat.

Talib terus merenung Din Kayu, melihat pada setiap inci posisi badan yang ditunjukkan oleh Din Kayu.

"Kau datang dari ajaran silat Panglima Hitam?" Talib meneka.

"Macam mana kau tahu?" Din Kayu terkejut.

"Tengok langkah kau pun aku sudah tahu. Tapi tadinya aku perhatikan kau ada buat Ilmu Pijak Angin ketika berjalan di atas atap tadi. Lepas tu kau buat ilmu pukau Daun Seminggir. Aku tidak rasakan yang kau betul-betul dari ajaran silat Panglima Hitam. Cuba jelaskan kau dari ajaran mana sebenarnya?" tanya Talib, kali ini dengan nada yang tegas.

"Kau diam!" sejurus sahaja menempik, Din Kayu terus menerpa ke arah Talib dan mula menyerangnya. Dengan tergesa-gesa Talib mengelak dengan berundur ke belakang. Sepantas kilat Talib membuka langkah silatnya dan bersedia untuk menghadapi Din Kayu.

Di hadapan mata Talib sendiri, dia dapat melihat seakan ada asap hitam menyelubungi Din Kayu. Talib menghembus nafas berat, mengeluh. Permintaan Tok Mansur amat-amat susah kali ini..

Rumah Tok Mansur, petang tadi.

Talib tiba di rumah Tok Mansur bersama dengan Tok Mansur sendiri. Setelah melabuhkan punggung di kerusi ruang tamu dan menyuruh isterinya ke dapur untuk membuat air, Tok Mansur mula membuka cerita kepada Talib.

"Talib, kau ada dengar kan cerita pasal toyol yang mula mengganas dalam daerah Dungun ini?" tanya Tok Mansur.

"Ada Tok. Dari minggu lepas lagi saya dah dengar cerita. Tapi, apa kaitannya dengan saya Tok?" tanya Talib punya.

AMATWhere stories live. Discover now