Bab 15 -Kemunculan Lelaki Misteri (7)

124 3 0
                                    

"Kau nak buat apa dengan budak ni?!" tanya Talib, meninggikan suaranya.

"Kau siapa..." tanya lelaki misteri itu dengan tenang dan bersahaja, seolahnya memandang rendah kepada Talib.

"Kau pula siapa?!" balas Talib.

"Aku yang bertanya dahulu..."

"Kau perlu menjawab sebelum kau bertanya!"

"Lepaskan tangan aku..."

"Lepaskan budak ni dahulu!"

"Budak ini milik aku..."

"Siapa kata?!"

"Aku yang kata..." lelaki misteri itu kemudiannya memutarkan tangan dan melepaskan diri dari genggaman Talib. Setelah genggaman Talib terlerai, lelaki misteri itu kemudiannya memasak kaki ke atas tanah dan terus menyerang Talib dengan kedua-dua tapak tangan.

Talib agak terkejut dengan serangan mengejut daripada Lelaki Misteri tersebut namun dia masih berjaya mengawal pergerakannya dan menahan serangan tapak tangan Lelaki Misteri itu dengan lengan kirinya. Talib tercampak ke belakang, namun tidak jatuh dan masih berdiri kuat.

Lengan Talib terasa panas. Dia melihat lengan kirinya itu dan melihat ada kesan lecuran seperti terkena besi panas.

"Oh? Nampaknya kau bukan orang sebarangan juga. Mungkin kau orangnya yang aku cari," kata Lelaki Misteri itu.

Talib tidak mempedulikan kata-kata Lelaki Misteri tersebut, sebaliknya dia menyuruh Amat segera beredar dari situ. Talib kemudiannya melihat ke arah Haji Hassan.

"Haji! Mana Tok Mansur?" tanya Talib kepada Haji Hassan selepas itu.

"Belum datang. Sudah aku menyuruh orang panggilkan dia ke mari.." jawab Haji Hassan.

"Baiklah..."

"Talib.. Kau buat apa ni? Bahaya Talib.." Haji Hassan meluahkan rasa bimbangnya.

"Tak apa Haji. Biar saya uruskan orang luar ini.."

Lelaki Misteri itu merasa terhina apabila Talib bercakap dengan Haji Hassan dengan lagak biasa seolah-olah tidak mempedulikan dirinya. Lelaki Misteri itu kemudian berkumat-kumit membaca mantera.

Hei, Datuk Panglima Hitam
Yang hidup terbang di awangan
Yang hidup tenang di lautan
Yang hidup tetap di daratan
Kau hidup selama keris
Keris sakti pusaka Melaka
Pandanglah cucumu ini
Cucu hina hinggap di kaki
Jadikanlah kulit aku sekeras besi
Tulang aku seteguh meranti
Akan aku sembahkan kemenangan ini
Pada jiwa kamu sepurnama nanti.

Selesai sahaja membacakan mantera, kelihatan kepulan asap hitam muncul di belakang Lelaki Misteri tersebut. Asap hitam itu kemudiannya meresap masuk ke dalam badan Lelaki Misteri itu dengan laju sekali.

Melihat situasi tersebut, Talib meyakini Lelaki Misteri itu ingin bertarung habis-habisan dengannya. Talib sendiri tidak pasti apakah tujuan lelaki itu ingin berlawan dengannya sehingga dia bertindak ke tahap ini.

Tapi apa yang pasti, Lelaki Misteri itu adalah ahli silat ghaib seperti dirinya. Jika Talib tidak berhabis-habisan, nyawanya akan melayang nanti.

AMATWhere stories live. Discover now