Bab 11 -Kemunculan Lelaki Misteri (3)

114 4 0
                                    

Pada petang itu ketika para nelayan sudah pulang dari kerja-kerja penyelenggaraan bot mereka, yang bekerja di pekan juga mulai kembali ke kampung, anak-anak sekolah juga berjalan pulang dari sekolah, warung Haji Hassan sudahpun dipenuhi oleh para pelanggan tetapnya. Ada yang minum kopi sambil bersembang kosong, ada yang bermain dam, dan ada juga pelanggan yang sedang membaca suratkhabar yang disediakan secara percuma di warung tersebut.

Di sebelah warung itu pula terdapat sebuah kawasan lapang yang sering dijadikan tempat untuk budak-budak di kampung ini bermain. Kelihatan pada waktu tu budak-budak di kampung ini sedang seronok bermain guli. Di antara budak-budak tersebut adalah Amat.

Ketika sedang asyik memenuhi setiap poketnya dengan buah guli lawan, hati Amat tiba-tiba berdegup kencang.

Hatinya berasa tidak sedap. Seolah sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Tanpa arahan daripada sesiapa, Amat memalingkan kepalanya melihat ke arah simpang jalan yang terletaknya kira-kira seratus meter dari kedudukan warung Haji Hassan.

Kosong.

Tiada sesiapa yang melalui di simpang jalan tersebut.

"Kau tengok apa tu Amat? Cepatlah baling!"

Salah seorang dari teman sepermainan Amat memanggil, meminta Amat segera menyambung permainan guli. Namun Amat tidak melayani panggilan temannya itu. Dia terus menatap ke arah simpang jalan.

Teman sepermainan Amat yang berbadan gemuk itu mula berasa marah kerana Amat tidak mempedulikan dirinya. Sedikit emosional kerana sudahpun kerugian banyak buah guli pada petang ini. Dia terus bangun dari kedudukan mencangkung dan pergi ke arah Amat.

Namun langkahnya terhenti, selepas melihat kelibat seorang lelaki asing berambut panjang hingga ke bahu dan berbadan sasa sedang melalui simpang jalan yang sedang dilihat Amat.

"Siapa tu? Siapa tu Amat?" budak gemuk itu bertanya kepada Amat. Namun Amat hanya menggelengkan kepalanya sahaja tanda tidak tahu.

Entah mengapa, lelaki misteri itu kelihatan sangat menakutkan. Setiap langkahnya membuatkan jantung semakin bergetar dan berdegup kencang. Budak-budak yang tadinya sedang seronok bermain guli semuanya terpaku dan kelu, berdiri sambil memandang ke arah lelaki misteri tersebut. Angin yang meniup seolahnya memegang erat kesemua budak-budak tersebut.

Melihat kepada kawan-kawannya yang terpaku tidak bergerak, Amat cepat-cepat memanggil nama setiap dari kawannya. Dia menggesa mereka untuk menamatkan permainan dan pulang sahaja ke rumah. Sudah tentu sahaja mereka bersetuju dan terus bergegas pulang ke rumah masing-masing. Mujurlah Amat sempat menyedarkan mereka. Kalau tidak, mungkin mereka turut terpalit dengan bahaya selepas ini.

Pak Karim, yang sedang membaca surat khabar Utusan Melayu di dalam warung Haji Hassan hairan apabila melihat budak-budak yang bermain guli tadi kelam kabut keluar daripada tempat permainan mereka. Dia meletakkan helaian akhbar itu di atas meja dan terus memerhatikan budak-budak tersebut dengan wajah yang berkerut.

"Dah kenapa pula dengan budak-budak tu?" tanya Pak Karim kepada Haji Hassan yang kebetulan sedang melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Pak Karim setelah lama bekerja di dapur tadi.

"Budak-budak mana pula ni Pak Karim?" tanya Haji Hassan. Haji Hassan berada di dalam dapur tadi kerana itu dia tidak melihat akan budak-budak bermain guli di sebelah warungnya.

"Tadinya ada budak-budak main guli sebelah warung kau ni Haji. Tapi lepas tu tergesa-gesa pula balik tiba-tiba macam ada..eh?"

Mata Pak Karim tertangkap sesuatu.

Sesusuk tubuh lelaki sasa yang sedang berdiri di hadapan warung Haji Hassan dengan pandangan yang bengis sekali. Dia merenung tajam kepada setiap pelanggan warung Haji Hassan, seolahnya sedang mencari seseorang.

"Siapa pesilat terhandal di kampung ni?! Aku mahu cabar dia!!" Lelaki sasa itu menjerit dengan kuat sekali sehingga terasa gegaran pada tanah yang sedang dipijak oleh para pelanggan warung Haji Hassan.

Disebabkan oleh suara jeritan yang kuat itu, kesemua mereka jadi terpaku. Langsung tidak bergerak atau bernafas. Mujurlah Haji Hassan melangkah ke hadapan cuba mengawal situasi walaupun kakinya sedikit terketar-ketar.

"B-bertenang dahulu saudara. Boleh saya tahu saudara ini siapa? K-kenapa saudara nak mencabar pesilat di kampung ini?" tanya Haji Hassan, sesekali menelan air liurnya kerana terlampau cemas.

Lelaki misteri itu tidak menjawab pertanyaan Haji Hassan. Sebaliknya dia hanya merenung dan tersenyum sinis kepada Haji Hassan.

"Berani kau bertanyakan nama aku sebelum perkenal nama kau? Lumut tidak sedarkan diri.." kata lelaki misteri itu sambil meludah ke kaki Haji Hassan.

"Woi! Kau jangan nak kurang ajar di kampung ni!" Mail Botak yang secara kebetulan melihat kejadian itu ketika dalam perjalanan pulang dari pantai terus menghempaskan basikalnya dan menerpa ke arah lelaki misteri tersebut. Lelaki misteri yang menyedari tindakan Mail Botak itu dengan tenang menunggu Mail Botak datang menghampiri dirinya. Para pelanggan warung Haji Hassan yang melihat sudahpun menyedari alamat yang tidak baik bakal berlaku kepada Mail Botak namun tiada seorangpun dari mereka mengambil apa-apa tindakan kerana terlampau takut.

Sebaik sahaja menghampiri lelaki misteri itu, Mail Botak terus melepaskan tumbukan ke wajah lelaki misteri itu. Namun walaupun tumbukan Mail Botak tepat mengenai sasaran, lelaki misteri itu langsung tidak berganjak. Sebaliknya, Mail Botak yang menjerit kesakitan sambil memegang tangannya yang kelihatannya tercedera.

"Malang sekali kau anak muda. Punya semangat tapi tidak punya akal. Tidak kenal diri dan tidak kenal lawan..." Lelaki misteri itu kemudian menggenggam tangannya dan menumbuk perut Mail Botak dengan kuat sekali sehingga dia terpelanting memasuki warung Haji Hassan dan terus memecahkan dinding.

Sebahagian daripada pelanggan di dalam warung itu cepat-cepat pergi mendapatkan Mail Botak yang pada ketika itu sedang terbahak mengeluarkan darah dari mulutnya.

"Haji!!! Haji!! Mail..!" salah seorang daripada pelanggan itu menjerit dengan cemas seolah hampir menangis memanggil nama Haji Hassan. Haji Hassan menyedari nyawa Mail Botak dalam keadaan bahaya sekarang.

Dengan segala kekuatan yang tersisa, Haji Hassan menenangkan dirinya. Di

AMATWhere stories live. Discover now