Bab 16 -Talib Si Kutu

190 7 0
                                    

Petang itu terasa sepi.

Tiada satu kicauan burung pun kedengaran. Seolahnya mereka dari awal sudah menjauhkan diri dari kampung ini setelah mendapat alamat yang tidak baik.

Penduduk kampung pula tercegat,  melihat Talib dan Lelaki Misteri yang saling memandang tajam antara satu bagi meninjau pergerakan lawan.

Talib, yang dahulunya disangka sebagai kutu kampung yang tidak berguna kini berhadapan dengan Lelaki Misteri yang setakat ini sudah mencederakan Mail Botak dan Guru Mahmud. Mail Botak sudahpun dihantar ke klinik di pekan. Guru Mahmud pula masih tidak sedarkan diri di dalam semak. Barangkali sudah dilupakan oleh penduduk kampung.

Walaupun penduduk kampung yang melihat itu menghargai pertolongan Talib, mereka tetap berasa tidak yakin Talib mampu mengalahkan Lelaki Misteri itu. Mereka mengharapkan supaya ketua kampung, Tok Mansur segera datang dan menyelesaikan isu ini.

"Kalah kan dia abang Talib!"

Amat menjerit, memecah kesunyian yang membelenggu penduduk kampung. Seolah diresapi semangat luar biasa, penduduk kampung juga secara tiba-tiba memberi sokongan kepada Talib.

"Talib! Talib! Talib!"

Siapa sangka, seseorang yang dahulunya kutu kampung yang sering dipandang rendah kini disorak oleh penduduk kampung

Namun, samada Talib atau Lelaki Misteri itu mereka langsung tidak mendengar sorakan tersebut. Mereka masing-masing fokus kepada lawan di hadapan mereka. Talib sedar, Lelaki Misteri itu bukan sebarangan. Kemungkinan besar dia adalah orang lama dalam dunia silat ghaib ini berbanding dirinya yang baru setahun jagung.

Lengan Talib terasa pedih mencucuk. Kesan lecur daripada serangan Lelaki Misteri itu tadi mula memberi perasaan tidak selesa kepada Talib. Talib mula terfikir, serangan itu mungkin mempunyai kesan racun santau di dalamnya.

Wahai Puteri nan bunga,
Tiada wajah lebih indah dari kau,
Tiada hati lebih mulia dari kau,
Wahai Puteri nan merah,
Tiada tangan lebih sulam dari kau,
Tiada ilmu lebih sakti dari kau,
Wahai Puteri nan mawar,
Datanglah kepadaku sang Puteri,
Ubati lah sakit yang menimpa ku ini,
Bantulah aku wahai Puteri,
Akan aku bayar di kemudian hari..

Selesai sahaja membaca mantera, muncul seorang perempuan cantik berkebaya merah di sebelah Talib. Tanpa sebarang bicara, perempuan cantik itu kemudian meniup pada lengan Talib yang melecur tadi. Serta merta kesan lecuran dan rasa pedih mencucuk itu hilang.

"Terima kasih Mawar.." ucap Talib kepada perempuan cantik itu.

"Hati-hati abang Talib..." kata perempuan cantik itu pula. Dia menghilangkan diri di hadapan Talib selepas itu.

"Sudah bersedia?" soal Lelaki Misteri itu kepada Talib dengan nada menyindir dan memandang rendah. Namun Talib tidak terkesan dengan sindiran itu. Sebagai ahli silat, terkesan dengan sindiran atau provokasi boleh membawa maut.

"Sudah lama aku bersedia. Sebelum kau lahir di atas dunia ini lagi.." Talib membalas sindiran itu dengan senyuman.

"Hehehe.." Lelaki Misteri itu ketawa. Dia kemudiannya mengetatkan genggaman tangan dan memasang kekudanya, bersedia untuk bertarung dengan Talib.

AMATWhere stories live. Discover now