Bab 17 -Talib melawan Lelaki Misteri

107 5 0
                                    

Lelaki Misteri itu mula memasang kekudanya. Matanya yang seakan kemerahan itu memandang tajam ke arah Talib yang juga sedang membuka bunga silat di hadapannya. Lelaki Misteri itu kemudian tersenyum sinis, seakan memandang rendah kepada bunga silat yang ditunjukkan oleh Talib.

Talib menyedari senyuman sinis yang ditunjukkan oleh Lelaki Misteri itu, memberi petanda bahawa lawannya itu sedang memandang rendah kepadanya. Talib tidak terasa terhina, bahkan dia merasa gembira. Lawannya bakal lalai ketika bertarung nanti. Buruk padahnya jika memandang rendah kepada lawan!

Menyedari Lelaki Misteri itu masih sedang memperbetulkan kekudanya, Talib mengambil kesempatan ini untuk mula menyerang Lelaki Misteri itu terlebih dahulu. Tumbukan tangan kanan dilepaskan namun dengan pantas Lelaki Misteri itu menahan tumbukan Talib dengan tapak tangan kanan.

Kesan daripada perlagaan tumbukan Talib dan tapak tangan Lelaki Misteri itu, telah terhasil suatu bunyi seperti bunyi besi yang berlaga sehingga membuatkan penduduk kampung yang melihat menjadi keliru seketika sama ada Talib dan Lelaki Misteri itu bertarung dengan tangan kosong, ataupun senjata.

"Ilmu tangan Besi?" Lelaki Misteri itu bertanyakan kepada Talib sambil tersenyum.

"Sama seperti kau bukan?" jawab Talib selepas itu.

"Hah! Aku tidak pakai ilmu murahan sebegitu!" Lelaki Misteri itu kemudiannya menepis tangan Talib ke atas dan mula menumbuk bahagian rusuk Talib yang terdedah dengan tangan kiri.

Arah serangan Lelaki Misteri itu sudahpun dijangka oleh Talib. Dengan pantas Talib menahan serangan Lelaki Misteri itu dengan menggunakan lututnya. Sekali lagi bunyi lagaan besi kedengaran.

Tanpa berlengah, Lelaki Misteri itu cuba untuk menumbuk wajah Talib dengan tangan kanannya pula. Sekali lagi Talib menahan, kali ini dengan menggunakan siku. Tangan kiri Lelaki Misteri tadi tiba-tiba muncul meluru laju dari bawah cuba untuk menyerang dagu Talib namun dengan laju Talib menjatuhkan badannya ke bawah. Akibatnya Lelaki Misteri itu hanya menumbuk angin sahaja.

Melihat bahagian badan Lelaki Misteri itu yang kini terdedah, Talib dengan segera mengangkat kakinya dan menendang bahagian rusuk kiri Lelaki Misteri tersebut. Kesan daripada tendangan Talib ke bahagian rusuk, Lelaki Misteri itu mengalami kesakitan yang teramat sangat sehingga membuatkan dirinya berundur beberapa langkah ke belakang.

Talib merasa puas. Lelaki Misteri itu memandang Talib dengan penuh kemarahan. Sama sekali dia tidak menyangka Talib berjaya menyerang dirinya.

"Bukan sebarangan rupanya kau..." kata Lelaki Misteri itu.

"Rendahkan mulut. Tinggikan tanganmu!" jawab Talib dengan nada mencabar. Dia sebenarnya ingin mengumpan Lelaki Misteri itu supaya terus menyerang dirinya. Umpanan Talib berhasil apabila dengan marah si Lelaki Misteri itu terus menerpa ke arah Talib dan melepaskan tumbukan yang bertubi-tubi.

Talib mampu mengelak kesemua tumbukan itu. Namun tanpa disangka oleh Talib pipinya terasa panas dan terasa seperti ada cairan yang mengalir. Talib menyedari dirinya telah tercedera tapi bagaimana dirinya boleh tercedera sedangkan dia dapat mengelak kesemua tumbukan Lelaki Misteri?

Talib mengambil keputusan untuk berundur ke belakang bagi mengenalpasti apa yang berlaku. Namun, Lelaki Misteri itu tidak membenarkan Talib berbuat demikian. Sebaik sahaja Talib berundur, Lelaki Misteri itu mara ke hadapan dan terus menyerang Talib.

"Kau kata tinggikan tangan? Jadinya mana tangan kau? Hahahaha!" Lelaki itu mentertawakan Talib yang kelihatan sedang bergelut mengelak dan menahan serangan darinya.

Tanpa disangka oleh Lelaki Misteri, suatu tumbukan tiba-tiba hinggap di rusuk kirinya iaitu di tempat sama dirinya terkena tendangan daripada Talib tadi. Akibatnya dia terus rebah ke tanah dan tergolek.

Melihat lawannya itu telah rebah hasil daripada tumbukannya, Talib mengambil kesempatan untuk berundur ke belakang dan mengambil nafas di samping menyapu darah yang masih keluar dari pipinya. 

"Celaka kau!" Lelaki Misteri itu menyumpah Talib. Namun Talib tidak melayani Lelaki Misteri itu. Kepalanya masih ligat berfikir apa yang terjadi tadi, tentang bagaimana dirinya boleh tercedera sedangkan dia sudahpun mengelak dari kesemua tumbukan dari si Lelaki Misteri. 









You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AMATWhere stories live. Discover now