BAB 3 | RAY

31 8 0
                                    

Nasi yang ada di dalam pinggan hanya dikuis-kuis olehku.  Makan semeja dengan papa? Perkara terakhir yang aku tak nak. Padahal tak salah pun.

     "Why you didn't eat, Rayden Kyle?" Tanya mummy. Pelik dia dengan anak tunggalnya itu. Demam ke?

     " Nothing" balasku sebelum makan sehingga licin. Nasib baik ambil sikit je tadi. Mata masih memandang pinggan.

    "Mummy nak balik kampung" ini adalah arahan bukan pilihan.

    "What! Tap-"

    "No tapi-tapi, muktamad. You?" Soal mummy pula.

    Aku bukan tak suka balik kampung tapi...

    "I? I ada kerja la you. You balik dengan Ray je la." Dalih papa. Yes, tak akan ada halangan dah.

    "Okey. Ray awak pergi kemas barang" arah mummy yang membuatkan aku tak boleh tolak

    Aku terus naik ke bilik. Entah berapa hari nak duduk sana. Bawa je la baju lebih pun kan. Beg pakaian yang ada di dalam almari diambil.

      Pakaian sudah selesai dikemas, sekarang apa aku nak buat eh? Pintu yang terbuka dari luar itu mengejutkan aku. Terjengul kepala mummy yang sedang tersenyum itu. "Kenapa mummy?"

      "Mummy nak keluar kejap. Nak ikut?" Wajah Rayden dipandang. Kalau tak nak pun tak apa. Mummy faham.

      Jam dikerling. Pukul 5 petang. Aku geleng. "Tapi Ray nak pergi rumah Arieq,boleh mummy? Pukul 6 Ray balik." Soalku berhati-hati. Boleh aku luangkan masa kejap.

      "Boleh, sayang. Ray nak tidur sana pun mummy bagi." Dia bukan apa. Dia rasa tak sedap hati bila anaknya itu ada dirumah. Seperti ada sesuatu berlaku disini.

      "Tak ada la sampai nak tidur rumah dia. Esokkan nak balik kampung. Mummy nak pergi mana?" Aku tak rasa mummy nak pergi sana sekejap-sekejap je. Mesti lama punyaa la.

       "Mummy nak pergi shopping. Dalam pukul 8 macam tu kut mummy balik. Ada majlis." Harap anaknya itu faham. Sibuk sangat ke dia sekarang sampai anak sendiri pun tak terurus. Nasib baik ada suaminya itu.

        Tangan yang sejak tadi menbelai kepalanya itu diambil. Rayden mencium belakang tangan mummynya itu.

         'Ray minta maaf mummy, bukan niat Ray nak rahsiakan semua ni, tapi Ray tak nak papa pukul mummy. Biarlah Ray je yang kena. Ray sayang mummy'

         "Dah jom, mummy tolong hantar."

         Aku angguk. Kami turun kebawah bersama-sama. Papa yang sedang menonton bola itu ditegur mummy.

         "I nak pergi majlis kejap. Dalam pukul 8 I balik. Ray balik pukul 6 tau." Melihatkan suaminya yang hanya mengangkat tangan tanda mengerti itu sudah cukup.

         'habisla aku kalau buat dia marah lagi. Takpe biar dia pukul aku,bukan mummy. '

~~•~•~•~•~~

"Jadi esok kau balik kampung la?" Ala tak best la tak de kawan.

    Aku angguk. "Nak buat macam mana. Mummy aku yang beria nak balik. Takkan aku nak tinggal dengan papa aku pulak. Memang tak lah!" Seram pula rasanya.

    "Ye tak ye juga eh. Tapi kalau kau pergi sana aku tak dapat nak sambut birthday kau la." Buah yang disediakan oleh uminya dimakan. Senyuman sinis terukir dalam diam. Tak sabarnya. Tambah lagi satu bala.

     "Hmm tu la. Tapi tak apa aku tetap akan tuntut nanti hehe." Niat dia nak bergurau sahaja. Dia bukannya materialistik.

     "Heh kau. Bab tuntut laju je. Luka kau dah okay? Yang dekat belakang tu." Dia tanya sebab dia ada ternampak luka tu waktu di hospital haritu.

TAKDIR Where stories live. Discover now