BAB 22 | RAY

28 8 1
                                    

Bang! Bang!

Diam. Bajunya sudah dipenuhi darah. Matanya mencerun tajam ke arah Hayden dihadapannya. Rasa sakit dan pedih langsung tak diendahkannya.

"Uncle!" Apa dah jadi ni? Membulat matanya ketika melihat baju Arieq.

"Apa uncle dah buat ni?! Rieq.. jom kita pergi hospital." Tubuh Arieq diangkat perlahan-lahan. Peluru itu tepat terkena di bahagian dada. Nasib tak kena jantung.

"Tak payah! Biar dia mati kat dalam rumah ni!" Lantang suaranya kedengaran. Sakit hatinya sebagai bapa. Sia-sia saja dia percayakan Arieq.

"Dia dah nazak pun uncle masih nak menangkan ego?" Haider menjawab. Keadaan Arieq yang patut dirisaukan sekarang. Makin lambat dia ke hospital,mungkin impaknya akan jadi besar.

Tanpa menghiraukan siapa-siapa dia memapah Arieq untuk keluar dari situ. Pintu keretanya dibuka. Perlahan-lahan dia masukkan Arieq ke dalam sebelum tempat pemandu pula diambil.

"Jangan tutup mata kau. Tahan kejap,Rieq." Laju. Gaya pemanduan juga seperti mahu menempah maut saja. Dia tak kisah. Asalkan Arieq tak pergi.

"Hai..der, a..ku min..ta ma..af" dia terbatuk-batuk. Darah mula keluar dari mulutnya.

"Arieq, jangan tutup mata.. tolonglah!" Air mata turun satu-persatu. Dia tak kuat nak tengok pemergian sahabatnya.

"Aku..nak..ti..dur,bo..leh?" Arieq sudah pucat semacam. Darahnya semakin kurang di dalam badan.

"Jangan Arieq! Kejap nak sampai dah!" Gelabah dia dibuatnya. Janganlah. Kenapa bukan dia je yang mati? Dia tak kisah.

Kelopak mata Arieq sudah memberat. Biarlah dia pergi. Dia juga mahu berehat. Buat selamanya.

Gugur air mata jantan Haider. Tangan kirinya menggerakkan badan Arieq yang sudah kaku. Jalan yang kosong itu menjadi semakin kabur.

"Arieq! Bangun lah! Tak lawak pun!" Semakin kuat dia menggoncang jasad itu.

Pemanduannya menjadi semakin bahaya apabila dia bergerak semakin laju. Dia tak kisah apa yang akan berlaku. Dia perlu cepat.

Pandangan kabur tadi bertukar silau apabila lori dihadapannya tiba-tiba muncul dari arah tepi. Brek ditekan sekuat hati.

Skrettt!

Bum!

Secara mengejut tubuh itu bangkit dari perbaringannya. Apa yang aku mimpi tadi? Jangan cakap..

Telefon dicapai. Nombor anaknya didail. Berdering.

"Uncle..hospital..sekarang.." suara lemah Haider kedengaran.

"Haider? Kenapa?" Tiada sahuran meskipun talian masih disambungkan. Boleh dia dengar satu-satu suara yang bercakap. Ramai.

" Kita kena bawa mereka ke hospital. Nampak dah kritikal ni."

"Pahtu guano kito nok call family dio ni?"

"Haish hospital dulu.yang tu cerita nanti."

"Angkat dia slow-slow. Nampak macam kena tembak tu."

"Ha? Keno tembok? Bakpo jadi laguni?"

Entah apa yang terganggu,telefon itu termati. Mata memandang skrin yang sudah bertukar gelap. Tembak? Rasa tidak sedap hati manghantui diri.

"Abang?" Lembut suara itu menegur. Matanya digosok perlahan. Memang lembut,tapi tidak boleh menghalau perasaannya.

"Tak ada apa. Sayang tidurlah." Tangan mengusap kepala Ayla. Hatinya cukup resah sekarang. Seperti ada sesuatu yang berlaku.

TAKDIR Where stories live. Discover now