BAB 35 | TAKDIR

8 2 0
                                    

Pandangan mereka sama. Gelap. Mereka diserang dimana-mana. Kadang di depan,kadang di belakang. Pergerakan pihak musuh tidak dapat diteka.

"Betullah. Korang bukan sesiapa tanpa dia." Suara itu bergema.

"Kau yang pengecut!" Arieq melepaskan geram. Dia menyepak dipelbagai arah. Tapi langsung tiada yang mengena sasaran.

"Sudahlah tu. Nampak macam orang gila." Suara itu menyambung lagi.

"Diamlah! Kau siapa,hah!" Jerkah Arieq lagi.

"Kalau aku tunjuk pun, kau tak akan nampak." Suara itu tenang menjawab.

"Kita betul-betul perlukan Shadow,sekarang." Areef mengeluh. Itulah kenyataannya. Ada sebab mengapa Rayden mendapat nama Shadow.

Flashback

"Aku rasa kau boleh menang kali ni." Jejaka mata biru itu memandang anak buahnya.

"Sebab?"

"Shadow tak ada" Jejaka itu melepaskan keluhan.

"Shadow? Kenapa?"

"Hanya Shadow yang boleh berlawan dalam gelap. Entah, kelebihan dia lah kut. Yang aku pasti, aku nak kau cederakan diorang. Mati pun tidak apa."

"Baik."

End of flashback

Senyuman sinis terlakar di bibirnya. Benarlah, mereka tidak boleh berlawan didalam gelap.

"Lemah."

"Kita tak boleh menang." Haider menunduk.

"Kita akan mati ke?" Areef menekup bahunya yang sudah ditembak. Darah masih lagi tidak berhenti.

"Tidak, kita tak akan mati."

"Yakinnya kau. Mungkin ini boleh buat kau sedar."

BANG!

"Argh!" Dia terkejut. Sungguh dia tidak bersedia dengan tembakan itu. Arieq membiarkan sahaja pehanya yang sudah berdarah itu.

"Sedarlah, Kau semua akan mati ditangan aku. Kau semua tu lemah!" Lelaki itu ketawa sinis.

"Siapa lemah?" Suara asing kedengaran.

Lelaki itu berhenti ketawa. Dia mencari punca suara asing itu. Seorang lelaki berhelmet muncul. Semuanya hitam.

"Asal berhenti? Tadi seronok sangat."

"Kau siapa?"

"Entah." Lelaki berhelmet itu mula menyerang.

Sekejap sahaja lelaki sombong itu terjatuh.

BANG! BANG!

Tepat kedua kakinya ditembak. Jeritan nyaring kedengaran.

Lelaki berhelmet itu tarik cermin mata lihat dalam gelapnya kasar. Cermin itu dijatuhkan ke lantai dan dipijak olehnya. Pecah berderai kanta cermin itu.

"Main kotor bolehlah. Cuba kau lawan aku sekarang." Badan lelaki itu ditendang ke belakang.

"Lawanlah,Danish!" Cabarnya.

"Diamlah!" Danish menembak secara acak. Dia sudah tidak nampak apa-apa. Semuanya tidak kena di sasaran.

"Aik? Tak kan tak boleh kena langsung?" sinis.

"Silap kau, kau tak bawa backup. Aku dah mula bosanlah. Kita habiskan jelah,okay?" Dia membuat sepakan 180 darjah.

BUK!

Kuat bunyi jatuh yang terhasil. Sepakan bertubi-tubi diberikan.

"Baru sikit." Dia menyepak kepala lelaki itu. Selesai membelasah, dia mendekati skrin hijau di suatu sudut.

TAKDIR Where stories live. Discover now