Pintu diketuk sebelum dia melangkah masuk. Fail-fail ditangan diletak diatas meja Rayden. Muka kusut Rayden dipandang seketika.
"Aku dengar kau mabuk semalam." Tangannya buat-buat sibuk menyusun kertas didalam fail. Mata langsung tidak memandang ke arah Rayden.
Rayden angkat muka. Keningnya berkerut. Seperti tahu siapa yang menyampaikan berita itu, riaknya bertukar biasa.
"Don't talk about this." Matanya beralih semula pada skrin i Macnya.
"Sebenarnya kenapa kau murtad?" Haider memandang Rayden. Dia mahukan jawapan.
"None of your business."
"Tak adalah. Aku tinggalkan agama aku dulu untuk islam sebab aku rasa islam agama yang betul. Tapi kau..." Rantai salib dileher Rayden dipandang sekilas. Dia mahukan jawapan sebenarnya.
"Aku tak faham pasal Islam. Jadi, kenapa aku nak beriman pada agama yang aku sendiri tak faham?" Mata kelabu gelapnya beradu dengan mata hijau zamrud milik Haider.
"Belajar. Bukan macam ni. Kau hanya rosakkan diri kalau macam ni, Ray." Pandangan redup diberikan. Kau dah banyak rosakkan diri kau.
"Dulu, kau menangis tak habis-habis sebab kau rasa kau dah rosak. Tapi sekarang? Kau sendiri rosakkan diri kau!" Suara itu bermain di kepala. Kepala sendiri dipegang. Sakit. Telinganya berdesing.
"Ray? Ka-"
"Keluar lah! Bising lah bodoh!" Terhinjut bahu Haider akibat tiba-tiba dijerkah. Dia melangkah keluar dari bilik itu. Tombol pintu dipegang.
"Baliklah. Belum terlambat." Pintu dibuka sebelum dia keluar dari situ. Berilah beribu pun nasihat dan pesanan. Hati yang hitam tak akan berubah putih kalau bukan tuannya sendiri yang membasuhnya.
Bahu Haider terlanggar dengan bahu seseorang. Dia meminta maaf sebelum melanjutkan perjalanannya.
"Esok kita fly." Dingin suara itu menyapa telinga.
"Where?" Malas mahu bertentang mata dengan tuan punya suara.
"Malaysia."
Pernyataan itu nya membuatkan dia memandang ke arah Arieq yang dingin itu. Seriuslah apa aku dengar ni?
"Sorok rantai kau. Bukan semua boleh terima kau kalau diorang nampak rantai tu." Pesannya mendatar. Tiada lagi usikan. Tiada lagi gelak tawa. Hanya dingin.
"Kalau boleh tinggal je kat sini. Kalau kantoi nanti susah pula." Ujarnya sebelum melangkah keluar dari situ. Rasa kecewa masih lagi bertempat di sudut hatinya.
Arieq melangkah masuk ke dalam bilik Haider. Badannya direbahkan ke atas sofa empuk itu.
"Eh,eh sedap kau landing. Kerja dah siap?"
"Aku geram betullah dengan Ray tu. Dah beribu kali aku cakap jangan buat,jangan buat. Yang dia degil sangat kenapa? Ni semua sebab minah sial tu!" Arieq melepas geram.
"Tak baik kau cakap macam tu. Budak tu dah tak ada dah pun." Haider cuba menenangkan kawannya itu. Air mineral dihulur.
"Kau ni! Budak tu elok je duk berjoget dalam bar haritu." Arieq menjeling Haider. Pecah tawa Haider.
"Bila aku tengok dia, aku rasa dia keliru. Dia tak tahu sebenarnya apa yang dia buat sekarang." Haider meluahkan perasaannya. Dia juga pernah tersesat. Yang membezakan hanyalah permulaan mereka. Haider mualaf tapi Rayden..
"Ada benda yang sekat dia haritu. Seems like important for him. Tapi apa?" Dia tahu. Dia nampak Rayden minum. Dia nampak Rayden digoda oleh seorang perempuan seksi. Dia ada disitu.
YOU ARE READING
TAKDIR
RomanceRayden Kyle :- Hidupnya tidak ubah seperti di dalam neraka ciptaan bapanya. Diseksa dan dilayan seperti binatang. Ibu pula sentiasa bekerja. Jarang-jarang je balik rumah.Pergilah mana-mana dia pasti akan diherdik. Menjadi mangsa buli disekolah. Menj...