BAB 8 | RAY

21 8 0
                                    

The Carson's Mansion.

     Ruang dalaman rumah itu diteroka. Cantik! Sofa di ruang tamu itu menjadi tempat perlabuhan punggungku. Kegelisahan di dalam hati masih belum pudar.

     Mansion ini seperti sebuah perumahan. Menurut kata Raymond tadi, setengah daripada keluarga ini tinggal disini. Tapi, ini cuma tempat persinggahannya sahaja. Kata Luke, bapa kandungku akan membawaku ke rumahnya.

     Datang kesini pun aku hanya berkain pelikat. Seksa jika memakai seluar. Doktor juga menyarankan supaya tidak memakai seluar buat masa sekarang.

    Ttak! Ttak! Ttak!

    Dengan keadaan sunyi seperti itu, jelas bunyi-bunyi terhasil daripada kasut itu. Langkah kakinya berhenti di hadapan ku. Jujur, aku takut sekarang. Berkenalan lagi dengan orang baru membuatkan aku trauma.

     "Are you scared with me, Rayden Kyle?" Soalnya. Sudah lama dia menantikan saat ini. Anaknya sudah kembali ke pangkuannya. Badan membongkok menyamai ketinggian Rayden yang sedang duduk itu.

     Kepalaku tertunduk. Tangan masih berada disisi.

     Tangan naik ingin mengusap kepala anaknya. Perbuatannya terhenti apabila anaknya itu tiba-tiba mengangkat tangan ingin menghalang. Takut? Atau trauma? Ada sesuatu yang tak kena.

    "Raymond, Luke. Report." Tegas suaraku. Apa sebenarnya yang berlaku sekarang. Hati mula berasa tidak sedap.

    Raymond menyatakan laporannya setakat kejadian di sungai sahaja. Kini, dia menyerahkan selebihnya kepada Luke.

     Luke bergerak ke arah Rayden. Tangannya lembut membuka baju milik Rayden. Terbuntang mata Hayden melihat badan anaknya itu.

     "Apa yang jadi waktu papa tinggal kau dulu,Ray?" soalnya.

     Mendengarkan panggilan itu tak semena-mena keningku berkerut. Dada menjadi sendat. Nafas mula tidak teratur. Tangan dibawa ke kepala.

     "Ray? Astagfirullah al azim.. Ray listen. Take a breath" arahnya meskipun jiwanya terseksa melihat anaknya terseksa.

    Aku menarik nafas panjang.

    "Out"

    Nafas dilepas. Berulang kali perbuatan itu diulang tayang. Barulah aku merasa tenang.

    "Are you okay, Rayden?" Soalnya kembali. Panic attack? Beratnya ujian anak aku. Rasa bersalah mula menerpa hatinya. Abang minta maaf sayang. Abang cuai. Tak sepatutnya abang serahkan anak kita dekat orang lain. Tapi abang terdesak sangat waktu tu.

    Kepala diangguk. Air yang disua oleh Raymond itu diambil. Rasa perit ditekak apabila air itu menuruni kerongkong.

    "Daddy minta maaf Ray. Daddy tak sangka diorang sanggup buat macam ni. Kalau daddy tahu, daddy tak-"

    "Habistu kenapa? Bukannya daddy boleh putarkan balik masa. Kenapa daddy buang Ray?" Luahku. Hidup seorang diri menyebabkan aku memendam semua rasa. Dan kini ia terluah.

     "Kenapa bila Ray dah nak mati, uncle selamatkan Ray. Ray dah penat hidup dekat dunia ni tahu tak?! Dari kecil sampai besar Ray kena pukul, tak ada siapa pun yang rawat Ray! Kenapa?" Esakkanku mula pecah.

    "Lebam ni, parut ni, kesan ni semua sebab papa! Kenapa daddy buang Ray dekat orang yang benci Ray?! Salah ke kalau Ray nak hidup bahagia? Salah ke kalau Ray nak gembira?" Aku mula salahkan takdir. Esakkanku semakin kuat.

     "Kenapa nak kutip Ray balik? Kenapa tak biar je Ray mati dekat tangan papa? Kenap-" terasa tubuhku dipeluk. Rambutku diusap penuh kasih. Aku menangis sepuasnya di pelukannya.

    "Daddy yang salah.. daddy tak pernah buang Ray. Jangan salahkan takdir. Ray dah bebas dari semua tu. Shh.. nangislah Ray.. Kau hanya akan rasa sakit bila kau pendam.." tangan masih kekal mengusap belakang badan Rayden. Rindu dengan anaknya itu. Mata kelabu milik Ray mengingatkan dia kepada arwah isterinya.

     "Ray,Luke. Get a doctor now. Dia perlu dirawat." Arahnya. Risau apabila melihat kesan melecur anaknya masih tidak sembuh. I think I've a mission right now. Wajah Rayden yang sedang nyenyak tidur itu dipandang penuh kasih. I'm really sorry my son..

     Kesan lebam yang sudah menghitam itu dipandang. Nampak macam dah lama.

Flashback

Rayden yang sedang merenung papanya itu terdiam sebentar. Umurnya yang baru memcecah 3 tahun membuatkan dia tidak panjang berfikir.

     "Papa."

    "Apa? Nak makan lagi ke?" Kasar dia menjawab. Aku benci tengok budak ni. Kenapa dia mesti disini. Tapi budak ni juga la sumber duit buatnya. Baru 3 tahun menjaga budak ini nilai 5 angka sudah memasuki akaun nya.

     Telefon yang dari tadi berada dalam genggaman papa ditarik lalu di lempar ke bawah. Tersenyum suka dia. Tapi riak wajah papa sebaliknya.

    "Kau lempar phone aku?! Eh kau tau tak mahal benda yang kau lempar tu! Kau ni memang nak kena kan!" Badan Rayden didukung. Dia naik ke atas sofa. Badan Rayden diangkat tinggi.

     Terletus gelak tawa Rayden sebelum...

     Pap!

    Badan kecilnya sudah mengena lantai. Dia bernasib baik kerana jatuh di atas karpet yang agak tebal tapi, kesakitannya tetap terasa. Kuat bunyi tangisan Rayden terdengar.

    "Eh diamlah budak." Untuk menghentikan tangisan itu, tangannya laju menghinggap di atas peha Rayden. Peha mulus itu dicubit kuat sebelum dipulas. "Diam. Kalau tak lagi kuat aku cubit." Ugutnya membuatkan Rayden terdiam.

End of Flashback

     Kepala Rayden dicium sebelum ditinggalkan seorang diri di sebuah bilik. Dia perlu memastikan sesuatu.

     Rayden membuka matanya apabila meyakini tiada sesiapa lagi di bilik itu. Dia berdiri di tepi balkoni. Hujan. Balkoni biliknya yang tidak berbumbung itu membolehkan dia mandi hujan. Dia duduk di tengah-tengah ruang itu.

     Lututnya ditarik rapat ke dada. Langit yang gelap itu ditatap. Rambutnya sudah basah terkena hujan. Dia menangis. Menangis sepuasnya disaksikan hujan. Makin lama hujan terasa makin lebat. Seolah-olah turut merasai kesakitannya.

     Ray tak salahkan daddy. Tapi kenapa? Kenapa tinggalkan Ray? Kenapa tak ambil Ray awal sikit? Rayden meluahkan segalanya kepada hujan. Sebab dia tahu tak ada siapa yang akan dengar dia meluah selain hujan.

     Akhirnya dia tertidur di situ juga. Ditemani air hujan. Ditemani angin malam. Dan ditemani sepasang mata yang sedari tadi memantau perlakuannya.

     Tangan besar itu mendukung Rayden untuk masuk kedalam rumah. Badan itu dikeringkan sebelum diletak ke atas katil semula. Nasib kau la Ray. Takkan aku nak basuh luka kau pula. Menggelupur kau kat situ kang. Tidurlah. Kau akan dilatih untuk jadi kuat. Kau bukan lemah. Berhenti cakap kau lemah.

     "Terima kasih, uncle Luke"

     Luke tersenyum. Budak ni mamai lagi. Tapi nasib baik dia sebut nama aku. Kalau nama orang lain yang keluar tadi dah lama aku cepuk. Tangannya mengusap lembut kepala Rayden.

     Dia keluar dari bilik itu dengan senyap. Tak mahu mengganggu lena Rayden.


      
Hi semua, salam tahun baru. Moga azam 2024 anda tercapai. Yang masih sekolah silalah study, exam dah nak dekat,kan? Btw, semoga anda lulus cemerlang dalam exam yg anda duduki, aminnn🤲🏻🤍😉
Jangan lupa comment and vote eh sekmu
Thankss ✨❤️❤️

TAKDIR Where stories live. Discover now