BAB 27 | TAKDIR

17 4 0
                                    

"Racun?" Luluh jantungnya mendengar perkataan itu. Macam mana IV drip anaknya boleh disuntik racun?

"Itu yang doktor cakap. Arieq dalam bilik kecemasan sekarang. Uncle nak datang sekarang ke?" Telefon itu digenggam kemas.

"On the way. Apa-apa beritahu."

"Baik Uncle, saya letak dulu."

"Ray ada kat situ ke?" Terkejut juga Haider mendengarnya. Siapa pula yang bagi info ni?

"A-ah uncle. Macam mana uncle boleh tahu ni?" Berkerut keningnya memikirkan semua kebolehjadian.

"Entah. Uncle letak dulu." Panggilan diputuskan.

Haider merenung telefonnya. Apa yang Firdaus tahu yang orang lain tak tahu? Naluri lelaki itu memang tidak pernah salah. Tak pernah.

Bahu Haider dipegang. Haider menoleh.

"Uncle Fir cakap apa?"

"Entah. Dia tanya pasal kau pula tu. Kau ada beritahu dia ke kau pergi sini?" Dia hairan.

"Aku pun malu nak bercakap dengan dia, nak beritahu aku kat sini lagilah." Dia rasa serba salah. Dah lah semuanya berpunca daripada dia,boleh pula buat muka tak malu di sini.

"Betul juga."

"Haider, dah berapa lama kau berkawan dengan Arieq?" Tiba-tiba dia berasa ingin tahu. Entah mengapa dia berasa cemburu melihat Haider dan Arieq boleh berkawan baik.

"Dari kecil. Sampai sekarang."

Rayden mengangguk faham. Fahamlah dia mengapa mereka nampak seperti lebih daripada seorang kawan.

"Terima kasih."

Haider memandangnya pelik. Apahal pula dah. Nak cakap terima kasih sebab jaga Arieq? Uish, macam drama TV3.

"Terima kasih sebab tak berhenti sedarkan aku dengan kesilapan aku. Terima kasih sebab tak penat suruh aku berubah. Terima kasih sebab ajar aku maksud sebenar suratan takdir..."

Haider terkelu. Fikirannya nyata meleset. Dia tegur juga sebab Rayden memang dah terlalu jauh. Bibirnya hanya terukir senyum nipis.

"Dah tugas aku...sebagai seorang kawan."

Rayden tertunduk. Tahu itu memang salahnya. Buat tanpa berfikir. Hm.

Perbualan kami terhenti apabila seorang doktor keluar dari bilik kecemasan. Kami berdua mengerumuni doktor itu.

"Alhamdulillah dia selamat. Racun yang dibius tu tidak merebak sampai ke jantung lagi. Dia akan ditempatkan di wadnya kembali."

"Terima kasih, doktor."

Doktor itu tersenyum sebelum meminta diri. Kami bersyukur. Alhamdulillah tak jadi apa-apa.

Mata kami beradu. Bibir tidak habis-habis mengucap syukur.



     Dia hanya memandang kosong kesemua orang yang berdiri disekelilingnya. Dari kanan sampai kiri. Firdaus, Dhafir, Luke, Indra, Areef, Haider...Rayden.

"Rieq?"

Dia mahu membuka mulut tapi ia masih terlalu awal. Dia baru saja sedar tadi. Tekaknya juga masih berasa kering.

Kepalanya diusap lembut oleh Firdaus. Rasa dibelai. Dia dah ingat semuanya kini. Semua fakta tentang dirinya. Dan punca dia disini.

Tangannya meraba dadanya yang berbalut. Dua das. Dua das tembakan yang dilepaskan memang hampir hampir saja untuk mengenai jantungnya.

"Aku dah ingat." Buat pertama kalinya dia membahasakan dirinya aku. Usapan tadi juga terhenti.

"Ingat apa?"

TAKDIR Where stories live. Discover now