"Saya tak ada duit la!" Memang dia tiada duit langsung sekarang ini. Duitnya sudah diambil oleh Rina, budak sekelasnya.
Asyraf mula bengang. Aku minta elok dah tadi tu. Tangannya mula naik. Tinggal seinci lagi tangan itu akan mengenai gadis itu dipegang. Kuat terasa pegangan itu. Kepala menoleh ke kanan. "Kau?"
Rayden memandang tajam ke arah Asyraf dan kawannya. "Tak cukup lagi ke? Sampai orang lain pula jadi mangsa." Sinis dia berkata.
"Kau diam! Kau tak ada kena mengena pun. Dah blah la!" Faizul mencelah. Sebab mamat ni juga la mata dia lebam kena belasah dengan seorang pengawas haritu.
"Kesian kau kan? Tak de duit. Nah, ambil la. Pergi main jauh-jauh. Dasar pengemis." Lancang pula mulutnya berkata. Mungkin sebab dah lama dipendam.
"Kau cakap apa?"
Buk!
Terteleng kepalaku menerima tumbukan itu. Tangan mengusap tepi bibir sekilas. "Jangan cakap aku tak bagi amaran." Kataku sebelum...
Buk! Buk! Buk!
Tepat di kedua pipinya serta di perut aku tumbuk. Lama dah aku pendam ni. Puas hati aku!
Asyraf diheret kawannya untuk pergi dari situ. "Kau tunggu. Harini hari kau, esok lusa hari aku pula!" Jerit Asyraf.
Tanpa mempedulikan si Asyraf tu aku segera melihat keadaan gadis itu. "Kau okay?" Tanyaku prihatin.
Gadis itu mengangguk. "Terima kasih." Ikhlas.
"Jom pergi tempat terbuka dulu, kat sini tertutup sangat. Nanti kena fitnah pula." Nampaknya budak ini pun sama nasib sepertinya. Mangsa buli.
Kami bergerak menuju ke tepi padang. Tempat paling dekat dan terbuka. Gadis itu hanya diam sepanjang perjalanan.
Kriukk!
Gadis itu memandang perut sendiri sebelum memandang ke arah ku. Merah padam mukanya menahan malu.
Kesiannya dia lapar. Aku dah tak ada duit nak beli makanan. Eh jap. Tangan meraba-raba didalam poket. Sebungkus coklat KitKat dikeluarkan. Coklat itu dihulur. "Makanlah. Itu je yang aku ada."
Gadis itu menyambut bungkusan itu dengan serba salah. Dah la dia yang bagi. Last-last dia yang makan. Plastik itu dikoyak. Empat bar wafer coklat itu dipatahkan. Dua seorang. Coklat itu di hulur kembali.
Berlandskapkan padang sekolah, kami makan coklat itu dalam keadaan diam membisu.
"Nama kau apa?" Comel juga gadis ini.
"Qayra Nellisha." Mata hitam pekatnya masih memandang ke hadapan. Lelaki ini, boleh dikatakan hampir kesemua perempuan di sekolah ini tergilakannya. Apatah lagi berita lelaki ini hanya anak haram itu palsu. Ada lagi beberapa orang yang menjadi kegilaan para gadis disini termasuklah Arieq, Indra, Areef, Khai dan yang lain.
"Aku Ray, Rayden Kyle." Senyuman manis diberikan kepadanya.
"Oi! Kitorang punyala tunggu kau, kau boleh berdating pula kat sini eh." Tak puas hati betul dia. Apatah lagi dia dapat tahu yang gadis itu sudah selamat berkenalan dengan Rayden.
Tengkuknya digosok. Senyuman tak bersalah diukir. "Sorry la aku ada hal tadi."
Mata Qayra memandang keempat-empat manusia yang baru sahaja menegur Rayden. Arieq , Areef dan Indra, manakala gadis yang bersama mereka itu pula Ariesha. Seorang gadis yang cantik dan selalu ditackle oleh pelajar lelaki. Tapi dah nama pun Ariesha kan, dia tak layan pun.
YOU ARE READING
TAKDIR
RomansaRayden Kyle :- Hidupnya tidak ubah seperti di dalam neraka ciptaan bapanya. Diseksa dan dilayan seperti binatang. Ibu pula sentiasa bekerja. Jarang-jarang je balik rumah.Pergilah mana-mana dia pasti akan diherdik. Menjadi mangsa buli disekolah. Menj...