Bahu itu ditarik dari belakang. Kasar. Gelas yang berada ditangan lelaki itu jatuh menghempas lantai. Pipinya dicekup.
"What have you done?!" Jerkah Dhafir. Amarahnya sudah sampai ke puncak. Kesabarannya sudah lama hilang.
"Ha? What..have..i done?" Mabuk. Cakap pun sudah serupa orang gila. Orang gila pun boleh cakap elok elok.
"Take him home first." Baru sedar yang mereka sudah menjadi perhatian beberapa pasang mata.
Dhafir mendengus kasar. Cekupan tadi dilepaskan. Mata helangnya hanya memandang tajam ke arah Hayden. Ada dendam yang dah lama tersirat dalam mata itu.
Luke dan Raymond memapah Hayden keluar dari situ. Bau arak sudah melekat pada baju Hayden. Busuk. Mereka menuju kereta.
Kereta yang dipandu Dhafir laju meluncur di atas jalan raya. Carson's Mansion menjadi destinasi mereka. Ada sesuatu yang perlu mereka korek.
Tubuh Hayden dihempaskan di atas sofa. Sebaldi air sejuk dituang ke atas badan itu. Hayden jelas terkejut dengan simbahan itu. Serta merta dia sedar. Tidak dihiraukan lagi kepalanya yang masih pusing.
"Dah kenapa,bodoh?!" Dia menyapu mukanya yang sudah basah. Mukanya menjadi bengis.
Hanya ada Luke dan Raymond di situ. Dhafir pergi naik keatas sebentar. Ada sesuatu yang mahu dia ambil.
"Apa yang dah jadi?" Serius sahaja suara itu bertanya. Masa bermain dah tamat. Cukuplah. Keluarga ni dah banyak buat masalah.
"Jadi apa?"
"Kenapa kau tembak Arieq?" Saja dia bertanya soalan itu. Hanya ingin melihat sama ada Hayden akan mengiyakan atau menafikan.
"Sebab aku benci dia."
Pernyataan itu jelas mengejutkan mereka. Luke menggeleng kepala. Bukan Arieq orang yang paling Hayden percaya,ke?
"Kenapa?"
"Tak perlu minta keterangan dia. Aku ada rakaman. Dah tak perlu berpura-pura." Dhafir mencelah. TV dipasang.
Semua telinga disitu mendengar satu-persatu perkara yang dibicarakan mereka. Mata mereka terpaku pada jasad Arieq yang cuba mempertahankan diri. Rakaman itu berakhir dengan suara Haider.
"Ka-kau nak bunuh Arieq ke?!" Raymond menjerkah. Mukanya sudah bertukar bengis.
"Memang dia layak pun kan?" Sarkastik Hayden bercakap. Tanpa sedar ada seseorang yang dari tadi menahan sabar dengannya.
Pang!
Terteleng kepala Hayden menerima tamparan itu. Kepalanya menoleh kearah Dhafir. Wajah bengis Dhafir memenuhi kornea matanya.
Buk! Buk! Buk!
Bertalu-talu tubuh Hayden menerima tumbukan padu dari Dhafir. Tidak cukup dengan itu, kakinya naik ke muka Hayden. Amarahnya memang tidak dapat dibendung lagi.
"Dhaf.." Luke dan Raymond menyeru.
"Kau tahu tak kau dah melampau! Rayden yang salah kenapa Arieq yang kena?! Kau bodoh ke? Arieq tu dah banyak tolong kau,tahu tak?! Selama ni dia yang selalu ada dengan anak kau!" Tangannya tak berhenti memukul Hayden.
"Arieq pun tak minta pun nak anak kau jadi macam tu! Kau yang tak reti jaga anak! Anak kau jadi macam tu sebab kau!" Raymond dan Luke mula menarik Dhafir menjauh dari Hayden.
Hayden sudah terbaring lemah. Teruk dia dibelasah. Dhafir memang melepaskan semua kemarahannya.
"KAU YANG BODOH! KAU TAK FIKIR KE MACAM MANA FIR RASA BILA KAU HAMPIR-HAMPIR BUNUH ANAK DIA?!" Dhafir menjerkah. Bayangan Arieq yang terbaring kaku di atas katil hospital bermain difikirannya.
YOU ARE READING
TAKDIR
Roman d'amourRayden Kyle :- Hidupnya tidak ubah seperti di dalam neraka ciptaan bapanya. Diseksa dan dilayan seperti binatang. Ibu pula sentiasa bekerja. Jarang-jarang je balik rumah.Pergilah mana-mana dia pasti akan diherdik. Menjadi mangsa buli disekolah. Menj...