Sungai yang mengalir tenang kutatap. Kalau ikutkan cakap Tok Ayah, maknanya esok aku akan pergi dari sini la kan? Tapi aku takut. Takut kalau lagi teruk aku kena kat sana.
"Oi, kau ni termenung je kerja. Teringatkan awek ke?" Usiknya. Muka handsome la katakan.
Aku tersengih. "Aku mana ada awek, Bad. Aku rasa ni hari last kita dapat main sekali. Sebab.."
"Sebab ayah kau nak ambil kau balik kan?" Tekanya. Dia ada terdengar apa yang dibincangkan Rayden dengan atoknya tadi. Sedihnya. Tapi, eloklah juga daripada dia terseksa kan?. Bibir mengukir senyum.
"Kau tahu?"
Anggukan daripada Badrul jelas mengejutkan Rayden. Badrul duduk ditepi sungai. Kakinya mencelup air yang sejuk itu .
"Aku dengar tadi. Kau jangan lupa aku pula nanti. Kalau kau lupa.. aku tak nak mengaku kau sepupu dah." Saja Badrul buat-buat merajuk. Yelah harini last kan?
"Takkan aku nak lupa kau pula. Terima kasih, Bad. Sebab selama ni kau yang tolong aku dekat kampung ni. Walaupun semua orang mengherdik, caci maki aku, kau tetap nak mengaku aku sepupu. Sedangkan.. kita tak ada pertalian darah pun" air mata mula menitus satu-persatu.
"Dah, kau ni tak hansome la nangis-nangis. Walau apa pun yang jadi kita tetap sepupu." Kepala tetap merenung air sungai."
Badrul bangun dari kedudukannya. Badan berpusing kepada Rayden. "Kau tak nak mandi ke? Jom la. Aku terjun duluu" kini Badrul sudah berada di dalam sungai.
Aku? Kaki yang melecur semalam pun belum pulih takkan dah nak berendam. Sudahnya aku tengok je orang bermandi-manda. Kalau kena air lagi mungkin kejadian dekat dalam tandas haritu terjadi lagi.
Batu besar menjadi tempat punggungku berlabuh. Kaki dilunjur ke bawah. Hanya setakat buku lali sahaja mengenai air sungai. Kalau ikutkan hati nak saja aku terjun sekali, apakan daya keadaan aku tak mengizinkan.
Kepala dipanggung. Mata menangkap keindahan alam itu. Badrul yang sudah berada di dalam dunianya sendiri itu dipandang. Serta-merta senyuman di bibirku naik. Terima kasih, Bad.
"Woi, anak haram!" Jerit seseorang. Aku buat tak tahu je. Tak cukup kasih sayang macam tu lah.
Kepalaku ditunjal dari belakang. Seakan-akan tiada apa berlaku aku tetap tak beralih ke arahnya.
"Dah pekak ke budak haram ni" kutuk salah seorang kawannya.
"Kesian kau kan, dah pekak bisu pula tu"
"Diam la. Aku tak kacau korang pun kan." Aku membuka mulut. Rimas bila dia tak henti-henti tunjal kepala anak orang.
Tercabar dengan kata-kata Rayden itu dia berkata. "Dah jomla kita blah." Mendengarkan itu kawan-kawan semua pelik. Aik? Tapi tetap mereka mengekor langkah ketuanya itu.
Tiba-tiba terasa tendangan yang sangat kuat dari belakang. Tak semena-mena tubuhku terdorong ke depan. Badanku kini basah. Kedengaran gelak tawa mereka mengejek Rayden.
Aku tak berdaya nak berenang. Kaki aku sakit. Ini hari terakhir aku ke? Makin lama badanku ditarik ke bawah. Air sungai juga bertukar merah darah. Kebetulan aku duduk di kawasan yang agak dalam.
Kaki sudah menjejak tanah. Tapi malangnya kepalaku sudah tidak kelihatan dari atas. Hanya tangan bergerak-gerak untuk naik keatas. Malangnya, aku tidak dapat berbuat apa-apa.
"Ray!" Suara Badrul menerpa pendengaran.
"Ray!" Tiga suara mula beradu.
"Ray!"
"Rayden!" Suara asing.
Mata mula memberat. Badan juga mula mengejung.
Splash!
Terasa seperti badanku mula dibawa naik.
"Bertahan Ray, jangan tutup mata." Pesan suara asing itu.
Aku tak mampu dah nak buka mata. Pandanganku menjadi gelap.
Flashback
Badanku dibawa ke kolam renang. Kepalaku ditolak masuk ke dalam kolam. Hanya tangan yang menyokong badan dari terhumban masuk ke dalam.
"Kau tau tak barang tu mahal?! Kau ni dari kecil sampai besar tak pernah berubah!" Marahku membara apabila barang kesayangannya pecah. Dan pesalahnya dah tentunya budak ni.
Air kolam mula memasuki rongga hidung. Terasa kesakitannya sekarang. Padahal bukan aku yang salah. Entah macam mana boleh pecah. Rambutku ditarik kuat sekaligus menarik kepalaku dari kolam.
"Bu-bukan Ray ya-yang buat pa" ujarku tersekat-sekat. Sakit di rongga hidung masih belum hilang.
Pak!
Terteleng kepalaku apabila menerima tamparan itu. Rasa besi mula menguasai deria rasa. Bibirku pecah.
"Kau ni patut mati je! Hidup menyusahkan orang!" Katanya sebelum...
Debush!
Badanku ditendang kuat olehnya sebelum aku jatuh ke dalam kolam. Cepat-cepat aku mengapungkan diri. Melihatkan dia sudah pun masuk ke dalam rumah. Aku keluar dari kolam.
Terus aku berlari naik ke atas.
End of Flashback
Penat. Itu yang aku rasa sekarang ini. Badanku terlalu lemah. Badanku terasa berada diawang-awangan. Tapi aku tak mampu nak beri apa-apa reaksi. Hanya kaku.
Kesian Ray kan? Oh siapa suara asing tadi eh? 🤔
Jangan lupa comment and vote
Thanks for your support ❤️❤️❤️
YOU ARE READING
TAKDIR
RomanceRayden Kyle :- Hidupnya tidak ubah seperti di dalam neraka ciptaan bapanya. Diseksa dan dilayan seperti binatang. Ibu pula sentiasa bekerja. Jarang-jarang je balik rumah.Pergilah mana-mana dia pasti akan diherdik. Menjadi mangsa buli disekolah. Menj...