Rantai itu diusap-usap. Perlahan-lahan dia tanggalkan rantai itu dari lehernya. Rasa sesuatu. Kata-kata Daniel bermain di kepalanya.
"Aku tahu kau boleh pegang tapi dia islam. Haram."
Haram. Dah lama dia tak dengar perkataan tu. Perkara yang dia tak berapa faham. Dia tak pernah diajar apa itu halal haram.
"Kenapa aku keluar islam sebenarnya?" Terngiang-ngiang pertanyaan Haider kepadanya. Ah! Asal aku nak fikir pula? Macam bodoh!
Rantai itu dipakai kembali. Loketnya yang berbentuk salib itu disembunyikan di sebalik baju hitam yang dipakai. Motor berkuasa tinggi itu dihidupkan. Helmet full-faced dipakai.
Laju motor itu meluncur di atas jalan. Kelajuannya semakin bertambah apabila jalan itu kosong. Seperti hatinya.
Masuk sahaja pagar mansion itu, motornya diperlahankan. Wajah Arieq terpacul di hadapan pintu rumah. Wajah itu seperti tiada perasaan. Dia memang macam ni ke? Kat US macam budak bodoh tapi kat Malaysia beku nak mampus.
"Pergi mana?"
"Keluar." Helmet itu dibuka. Rambutnya yang sudah serabai itu dibetulkan. Punat motornya ditekan.
"K" Arieq membawa langkahnya masuk ke dalam. Dia tak kisah pun sebenarnya. Ikut kau la nak pergi mana. Ceh, mulut.
K je? Betul-betul merajuk ni. Takkan aku nak kena minta maaf kut..
"Agaknya kau lupa siapa yang ada waktu kau susah dulu."
Kata-kata Arieq bermain difikiran. Aku tak pernah lupa,Rieq. Aku tahu aku salah. Tapi, aku malu nak minta maaf dekat kau.
"Bila aku tengok dia, aku rasa dia keliru. Dia tak tahu apa yang dia buat sekarang."
Kata-kata Haider pula menjengah minda. Keliru? Maksud? Serabut pula bila fikir. Dia terus naik ke atas. Tanpa dia sedar ada sepasang mata yang sedari tadi memandangnya.
Bahunya disentuh perlahan. Mata hijau itu memandang ke arah yang sama.
"Sabar. Jangan paksa." Pesannya.
"Tapi aku rasa aku teruk."
"Aku tahu. Kau memang teruk pun." Keluar saja pernyataan itu penumbuk Arieq tepat berada di bahunya. Perlahan saja tapi sakitnya masih ada.
"Kau ni... Asal tak tido lagi?" Pelik juga. Lewatnya tidur. Pukul 1 dah ni.
"Aku tengah buat kerja. Lepastu aku tengok kau tercegat kat sini. Tu yang aku tegur." Air kopi yang dibawa bersama tadi dihirup sedikit. Mmm, sedap juga air tangan aku.
"Kau ni tak habis-habis dengan kerja." Mereka duduk di atas sofa.
"Dah aku mana ada life. Jadi aku kerja je la." Betul lah. Nak kata sibuk dengan keluarga, dia anak yatim piatu. Nak kata girlfriend, Arieq sendiri cakap semua tu sia-sia. Kawan? Dia tak pandai bergaul dengan orang baru sebenarnya. Sebab tu orang cakap dia.. tak ada life.
"Kau ni, lewat dah. Pergilah tidur. Badan kau tu pun kena rehat." Ucapnya sebelum meminta diri untuk berehat. Penatnyaa..
"Ceh,cakap je lebih. Bukan nak tidur pun. Pergilah bawa sekali laptop tu masuk kubur." Hanya ekor mata yang menghantar langkah Haider. Bukan dia tak kenal budak hijau ni.
Haider hanya memekakkan telinga. Buat sakit hati je. Dah kalau aku tak buat kerja tu siapa nak buat? Kau nak buat ke. Kakinya laju melangkah ke biliknya.
Arieq menghembus keluhan besar. Senyuman tadi hilang. Matanya nampak penat. Tangan menggosok mata.
Rayden baring di atas katil empuknya itu. Rantai itu dibuka sebelum diletakkan di dalam laci. Takut orang nampak bila dia tidur. Jadi lebih baik dia simpan.
YOU ARE READING
TAKDIR
RomanceRayden Kyle :- Hidupnya tidak ubah seperti di dalam neraka ciptaan bapanya. Diseksa dan dilayan seperti binatang. Ibu pula sentiasa bekerja. Jarang-jarang je balik rumah.Pergilah mana-mana dia pasti akan diherdik. Menjadi mangsa buli disekolah. Menj...