Dua minggu sudah berlalu semenjak aku tinggal dengan keluarga ini. Kakiku juga sudah sembuh. Aku dah boleh pakai seluar sekarang.
Baju putih yang tersarung dikemaskan. Lencana sekolah dan name tag berwarna hijau itu di pin. Beg galasku dibawa bersama untuk turun kebawah.
Seperti biasa, aku akan bersarapan bersama sebelum ke sekolah bersama-sama sepupuku. Ada driver yang akan ambil kami. Hidupku disini berubah 360 darjah bila bersama keluarga kandungku.
"Awal harini." Hayden memandang ke arah anaknya yang sudah duduk berhadapannya. Roti bakar itu disalut dengan jem sebelum diletakkan ke dalam pinggan Rayden.
"Excited nak masuk kelas balik. Daddy tak pergi kerja ke harini?" Hayden yang masih dengan pakaian tidur dipandang. Roti bakar disumbat kedalam mulut.
"Tak. Daddy work from home je. Oh ya petang ni Ray tak balik,kan?" Saja mengingatkannya. Budak ni bukan boleh,cepat saja nak lupa.
"Iya, Ray tak lupa la daddy. Ray pergi sekolah dulu. Assalamualaikum." Melihatkan kereta Toyota Vellfire itu dihadapan rumah aku meminta diri. Tangan dihulur untuk bersalaman.
Tangan Rayden disambut olehnya. Tangan itu dikucup lembut. Tangan besarnya mengusap kasar rambut Rayden. Habis serabai.
"Daddy! Habis tak handsome. Ray pergi dulu bye." Tangan melambai kepada bapanya. Kasut sekolah itu dipakai. Kaki melangkah kedalam kereta mewah tersebut.
"Messy gila rambut kau" Arieq menegur. Kereta itu mula bergerak. Dia duduk di belakang sekali diantara Areef dan adiknya, manakala Rayden duduk bersebelahan dengan Indra.
"Diam. Jangan tegur." Geram pula dengan Arieq yang tak habis-habis mengertawakannya. Indra rilek je, Arieq ni tak rilek langsung. Rambut dibetulkan kembali.
"So harini kau dah start training dengan kitorang la kan. Siap sedia la mental dan fizikal kau." Indra berbicara. Dia dulu pun sampai menangis sebab tak larat dah. Padahal orang suruh lari je pun. Lari seribu meter 3 kali, kau rasa?
Aku hanya angguk. Aku dah sedia. Tapi aku tak pasti pula apa sebabnya aku perlu berlatih sekali.
"Ray, tolong jangan cari masalah dah. Biar je budak Asyraf tu." Pesan Arieq. Bukan dia tak tahu kalau bukan Asyraf si Ray ni la yang cari pasal dulu.
Aku pandang Arieq. Kening sebelah diangkat. Serius aa?
"Aku? Cari masalah? Masalah yang cari aku." Ujarku. Betullah dia elok je tak kacau orang. Orang yang kacau dia.
"Hm. Kau. Mana nak mengaku." Komen Arieq. Budak Ray ni kalau buat salah nak mengaku celah mana? Celah bontot dia? Memang tak lah.
"Kau ada girlfriend?" Sampuk Indra. Mana la tahu muka hensem tak kan tak ada girlfriend.
Aku geleng.
"Dia? Girlfriend? Hahahah. Aku berani kerat jari kalau benda tu jadi. Dia ni mana ada perasaan." Seronok Arieq mentertawakan Rayden.
"Eleh kau, kau pun tak laku." Balas Rayden. Geram juga dia.
"Aku bukan tak laku. Aku ni tak minat je nak bercinta monyet ni. Buang masa." Dengan bongkak Arieq berkata. Itu kenyataan. Bukan tiada peminat cuma dia yang tak berminat.
"Buang masa konon."
"Kau, pandai nyanyi kan?" Celah Areef. Dia pernah dengar. Merdu juga.
"Nyanyi? Tak ada lah. Ribut nanti." Jawabnya. Bukan tak sedap cuma dia segan. Nanti kena paksa masuk Big Stage. Tak nak dia.
"Alaa. Nyanyi la bosan ni. Ada lagi 10 minit nak sampai." Rengek Ariesha.
Ariesha mengaduh sakit apabila kepala diketuk oleh Arieq. Padan muka. Mengada.
"Boleh. Tapi korus je. Nak lagu apa?" Rayden mengalah. Comel pula sepupu sendiri.
"Ikut la"
Tekak dibasahkan sebelum dia mula bernyanyi. Dari mula sampai akhir.
"I stand a hundred feet"
"But i fall when i'm around you"
"Show me an open door"
"Then you go and slam it on me"
"I can't take anymore"
"I'm saying,"
"Baby,please have mercy on me"
"Take it easy on my heart"
"Even though you don't mean to hurt me"
"You keep tearing me apart"
"Would you please have a mercy"
"Mercy on my heart"
"Would you please have a mercy"
"Mercy on my heart"
Lagu itu terus dinyanyikan. Ia sebenarnya tertuju kepada seseorang. Pengalaman hitamnya mengajar banyak benda. Termasuklah tentang kehidupan.
~~•~•~•~•~~
Kami mula mengubah haluan masing-masing. Aku berjalan bersama Arieq untuk ke kelas.
"Kau ni, excited betul aku tengok." Dari tadi lagi dia tengok. Haih nak buat macam mana. Dah tiga minggu member tak masuk kelas.
"Lantak aku lah. Entah kenapa aku rasa seronok."
"Wah, makin berani eh kau." Dia belum kenal siapa Arieq Dayyan sebenarnya.
"Buat ap-" tubuhku dilanggar seseorang. Segera aku berpaling. Nak tengok juga siapa yang baru langgar dia.
"Sorry, saya nak cepat tadi." Lembut sahaja suara itu menerpa sistem pendengaran.
"Eh tak ada apa la. Maaf halang jalan." Memang aku sebenarnya yang salah. Yang aku pergi jalan beriringan dengan Arieq tu dah kenapa kan. Dia nak lalu celah mana? Takkan nak jalan atas rumput. Ada yang kena marah japgi kang.
"Sorry tau, saya kena cepat ni. Oh." Tangannya menyeluk poket. Sepapan coklat kitkat dihulur. "Nah, tanda minta maaf. Saya pergi dulu." Laju langkahnya menghilangkan diri.
"Err, terima.... kasih? Laju gila dia jalan." Nak ucap terima kasih pun tak sempat.
"Dah jom,masuk kelas. Loceng dah bunyi." Mamat ni kalau aku tak tegur. Entah dia kejar budak tu tadi. Kalau boleh dia tak nak Rayden berkawan dengan budak tu. Nanti Rayden akan terpalit sama. Dia kenal Rayden macam mana.
Aku membuntuti langkahnya. Nasib baik Mrs. Carol tak masuk lagi. Tak ada lah kena tadah telinga sebab kena bebel.
Loceng berdering menandakan waktu rehat. Kalau ikut plan memang kami nak makan sama-sama. Tapi, bila perut tiba-tiba meragam aku suruh Arieq pergi dahulu. Nanti aku akan menyusul.
Laju sahaja langkahku menuju ke tandas. Selesai sahaja hajat dibuang, aku membasuh tangan. Tangan dikeringkan sebelum aku keluar dari tandas.
Dekat sekolah ni ada 12 tandas murid. Ada di setiap blok tingkatan. 12 bahagi 2 berapa? So yang paling dekat dengan aku waktu ni adalah tandas yang paling orang jarang guna. Dekat blok tingkatan 2. Orang lebih kepada takut nak guna sebab orang kata tandas ni keras. Padahal tak pun. Saja budak-budak nakal sebar berita palsu untuk jadikan tempat ni 'port' diorang lepak. Lucky them, tempat ni agak tersorok.
Jangan tanya kenapa aku pergi sini. Jawapannya sebab aku malas nak beratur dekat tandas-tandas lain.
Baru sahaja aku ingin keluar, telinga menangkap bunyi. Siapa pula dah tu. Dengar macam suara Asyraf tu je. Haih dah besar pun tak reti insaf lagi. Dia buli orang ke? Macam yang dia buat dekat aku dulu.
Problem betul la Asyraf ni. Dengan kawan dia sekali rosak. Haih, baik aku tak payah masuk campur. Kejap lagi kang, dengan aku-aku sekali kena. Baru sahaja ingin beredar telinga ini menangkap pula suara seseorang.
"Bak sini duit kau." Ugut Asyraf.
"Saya tak ada duit la!"
Suara itu. Suara gadis tadi.
YOU ARE READING
TAKDIR
RomanceRayden Kyle :- Hidupnya tidak ubah seperti di dalam neraka ciptaan bapanya. Diseksa dan dilayan seperti binatang. Ibu pula sentiasa bekerja. Jarang-jarang je balik rumah.Pergilah mana-mana dia pasti akan diherdik. Menjadi mangsa buli disekolah. Menj...