BAB 14 | RAY

36 9 3
                                    

Fokus Rayden hilang entah kemana. Dia masih tertanya-tanya hubungan Qayra bersama lelaki yang bersamanya tadi. Ye dia nampak. Dan entah kenapa ada perasaan aneh menyelinap di lubuk hatinya.

     "Shadow, focus!" Tegas arahan itu diberikan. Nampak sangat anak Hayden itu terganggu.

     Rayden yang sedar namanya diseru memusatkan pandangannya ke arah sasaran.

     Bang!

     Tersasar. Dia mengalah. Dah tiga kali cubaan tapi tetap tersasar.

     "Focus, shadow. Lari. 1 pusingan padang." Suara itu memberi arahan.

     Rayden memulakan lariannya. Kali ini dah masuk empat kali dia kena lari. Penat tak penat nak buat macam mana. Uncle-uncle handsome tu bukan nak bagi chance pun.

     Setelah selesai satu pusingan dia kembali ke tempat asalnya. Mereka sedang berkumpul. Jam sudah menunjukkan pukul 7. Patutlah.

     "Baik. Tahniah kepada yang dah improve. Ray, kau kena stay focus dalam menembak. Sekali kau terganggu itu akan menjejaskan keseluruhan team. Tak kira la sikit atau banyak." Wan menerangkan kesalahan Rayden. Dia tahu Rayden agak cekap menggunakan pistol. Dia sendiri nampak budak ni menembak tepat pada sasaran sebelum ini.

     Memang dia tak dibenarkan berlatih diluar sebab kakinya belum pulih. Tetapi, Wan telah ditugaskan untuk mengajar serba sedikit tentang penggunaan pistol itu kepada Rayden sendiri.

     "What's wrong with you?" Ryan pula menyoal.

     Kepalanya bergerak kiri dan kanan. "Nothing" dia tak sepatutnya hilang fokus tadi.

     "Kalau kau buat perangai ni lagi, mungkin kau akan dihantar ke luar negara. Belajar dengan orang sana. Kau bukan tak tahu asal usul sebenar kau kan?" Sinis bicara itu keluar daripada mulut Ryan. Itulah dia Ryan Mikael, Ace yang dah nak pencen. Ada la nanti pemegang title tu pula lepas ni.

     Kepala dijatuhkan sekali. Ye aku tahu. Aku bukan berasal daripada negara ini sepenuhnya. Cuma lahir sahaja di sini.

     "Dah. Bersurai." Putus Raymond. Kesian masing-masing penat.

     Kami semua bergerak untuk menaiki kereta selepas membersihkan badan dan menukar pakaian.

     "Kuat juga stamina kau. Lari 4000 meter macam tak ada apa pun." Kagum juga Indra. Dia dulu pun sampai mengadu dekat abahnya. Sampai nak lari rumah.

     "Apasal kau macam tak fokus tadi?" Hairan juga dia. Selalunya Rayden la yang akan bersemangat lain macam dalam sesuatu benda. Ke sebab benda yang dia buat tadi boleh membahayakan orang?

     "Entah. Aku pun tak tahu." Takkan nak cakap aku teringat dekat Qayra kot.

     "Aku tak rasa kita akan duduk kat sini lama. Kau pun tahu undang-undang Malaysia ni macam mana kan?" Areef memberikan pendapat. Yela bukan selalu boleh balik Malaysia.

      "Selama ni korang berlatih kat mana?" Ingin tahu juga aku. Diorang nampak kuat. Tengok saja badan Ariesha yang paling kecil itu pun kuat bukan main ooo.

     "US" serentak mereka berempat menyebut tempat itu.

    ~~•~•~•~•~•~~~

TAKDIR Where stories live. Discover now