Pagi yang indah. Rayden bangkit dari katil lalu menuju ke dalam bilik mandi. Cermin dipandang. Lama. Dia mengeluh berat. Dia terus mandi.
Selesai sahaja mandi, Rayden keluar dari bilik mandi hanya dengan berseluar pendek. Pukul 3 pagi. masih awal. dia mengelap rambutnya yang masih basah.
Pintu almari dibuka sebelum sehelai kain pelikat diambil. Tidak lupa juga baju melayu miliknya. Sejadah dihamparkan. Takbir diangkat. Qiyamullail.
Solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, solat sunat hajat dan solat sunat witir dilakukan. Tok Haji ajarnya tentang Qiyamullail. Bangun disepertiga akhir malam untuk beribadat.
Salam diberi. Tangan diangkat separas dada sebelum doa dibacakan. Seberapa minit kemudian, tangannya disapu lembut pada kulit wajahnya. Sejadah dilipat kembali. Jam dinding dipandang. Baru pukul 4.05, hmm... apa aku nak buat eh? tidur je la.
Mata memandang ke arah katil. Wajah polos Qayra yang sedang tidur itu ditatap. Keluhan berat dilepaskan. Maaf, aku tak boleh bahagiakan kau,Qayra. Dunia aku terlalu gelap untuk orang seperti kau.
Tangan meraup muka. Ini belum daddy tahu ni... Aduh! Macam mana aku nak kenalkan perempuan ni dengan keluarga aku? Dah lah nikah tak bagitahu. Kau lah ni Qayra! Buat kerja tak fikir perasaan orang! Hati Rayden mula menyalahkan Qayra.
Aku tak tahulah apa dah jadi dengan Night Wolves. Aku rindu Arieq. Budak tu bukan nak text aku pun. Yang aku tahu, ada musuh yang cuba hancurkan NW.
Cuma ada satu kunci untuk hancurkan NW. Eye print dan finger print waris utama NW. Prinz Haider Carson. Aku pun macam tak percaya budak mata hijau tu pewaris NW.
Rayden bangun dari duduknya. Sejadah dilipat kembali. Dia keluar dari bilik dan melangkah ke dapur. Peti dibuka. Sebiji buah naga dicapai. Pisau dicapai. Buah naga itu dibelah dua. Satu dia letak ke dalam peti kembali, satu lagi dia bawa ke sofa.
Setelah dua hari menjadi pasangan suami isteri, kini mereka di rumah Rayden.Rumah yang dibeli kerana saja-saja. Tak sangka rumah ini berguna pada waktu begini.
Sudu dibenamkan ke dalam isi buah naga tersebut sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya. Nikmatnya makan buah sejuk-sejuk.
Sebenarnya, boleh saja kalau dia nak tumpang rumah Badrul. Masalahnya, lebam semalam belum surut lagi. Salah dia juga. Risiko untuk tinggal dirumah ini, confirmlah tinggi. Keluarga Carson tu bila-bila masa je boleh track aku. Lagi teruk, bila musuh Carson's sendiri yang godam sistem rumah ni.
Mulutnya tidak berhenti mengunyah. Buah itu dimakannya sampai habis. Hanya tinggal kulit. "Kat mana Zikri sekarang,eh?"
Laptopnya dibuka. Papan kekunci diketik laju. Skrin itu kini bertukar hitam dihiasi nombor-nombor kod berwarna hijau memenuhi skrin.
"eh, kejap." Telefon dicapai. Nombor telefon Badrul ditekan. Berdering.
"Assalamualaikum, ha kenapa?" Garang suara dari sana menjawab panggilannya.
Err, marah lagi ke?
"Waalaikumussalam. Zikri dah balik ke belum?" Hati-hati dia bertanya. Takut mengenangkan amarah bapa tunggal itu.
"Dah." Padat, ringkas dan tegas. Nak tanya pun agak-agaklah! Benda apa telefon orang pagi-pagi buta ni?
"Alhamdulillah. Baru aku ingat nak cari dia." Walaupun ada halangan, tapi dia boleh bayangkan Badrul menjelingnya tajam.
"hm."
"Sorry."
"hm."
"Aku minta maaf sebab bagi bekas bini kau Zikri tanpa minta izin kau dulu."
YOU ARE READING
TAKDIR
RomanceRayden Kyle :- Hidupnya tidak ubah seperti di dalam neraka ciptaan bapanya. Diseksa dan dilayan seperti binatang. Ibu pula sentiasa bekerja. Jarang-jarang je balik rumah.Pergilah mana-mana dia pasti akan diherdik. Menjadi mangsa buli disekolah. Menj...