SPECIAL PART 1

3K 101 4
                                    

Hai guys!! So i am coming for this special part. Rindu tak dengan Haiqal Mateen and Maria? eheks tak mau bebel panjang. Baca lah 🤧

🌸🌸🌸

Haiqal Mateen memandang tajam ke arah anak buahnya. Oups! bekas anak buah. Sungguh! mahu sahaja dia siat-siat badan itu.

"Berapa kali aku cakap dengan kau ? kau memang tak faham bahasa ke ? aku cakap kalau buat kerja tu biar kasi clean jangan sampai aku tahu". Tutur Haiqal Mateen lalu tersenyum sinis.

"Maafkan saya Dato. saya janji saya tak kan khianati Dato lagi. saya tahu saya salah Dato. Tapi saya buat sebab dia ugut saya Dato". Rayu lelaki tersebut. Sungguh! kalau dia tahu nasib nya akan jadi macam ni, memang dia tak kan khianati orang di depan ini.

"Kau fikir lepas kau merayu dengan aku, kau ingat aku akan lepas kan kau senang-senang macam tu je ? kau dah khianati aku! aku paling pantang orang khianat aku". Marah Haiqal Mateen. Terus sahaja rambut lelaki tersebut di tarik.

"Kau dengar sini. Kau jangan tunjuk muka kau depan aku lagi ! Aku tak nak nampak muka kau. Kau wujud depan aku memang peluru tembus kepala kau". Kata Haiqal Mateen. Lelaki tersebut terus sahaja mengangguk. Memang! memang dia tak kan wujud depan lelaki itu lagi. Mahu lari serata dunia pun dia sanggup asalkan tak jumpa lelaki tersebut.

"Randy! kau buat apa kau nak dengan mamat nie. Aku tak nak ambil tahu. Aku dah janji dengan bini aku tak kan bunuh orang dah. Pastikan ajar dia cukup-cukup lepastu lepaskan. Lagi okay kalau buat dia hilang kaki ke, hilang tangan ke. Yang penting jangan hilang kepala!". Tambah Haiqal Mateen lagi. Kalau dia yang dulu, jangan katakan suruh orang, dia sendiri yang tembak pengkhianatnya. Tetapi disebabkan janji yang pernah ditutur terhadap isteri tercinta menyebabkan dia menjadi seperti sekarang.

"Baik boss! Saya menurut perintah". Kata Randy. Haiqal Mateen terus sahaja berlalu keluar daripada 'markas' tersebut. Ada hal yang perlu diselesaikan di rumah! iaitu isterinya yang tercinta.

🌸🌸🌸

Maria yang sedang khusyuk memasak rasa terganggu apabila ada tangan yang melingkar dipinggangnya. Tak perlu pandang! dia tahu siapa. Mestilah suaminya yang tercinta. Makin lama menyulam cinta, makin dia mengenali suaminya. Manja ya ampun  dengan dirinya dan tegas pada masa yang sama pada si kecil Marina.

"Abang dah balik? sayang tak dengar pun bunyi kereta abang". Tanya Maria. Kerja yang dilakukan diberhentikan sebentar lalu memandang suaminya. Tangan Haiqal Mateen di salam lembut. Ya! itu adalah rutinnya. menyambut kepulangan suami tercinta.

"Yelah, sayang focus sangat masak mana nak dengar abang dah balik". Kata Haiqal Mateen lalu memuncungkan bibirnya. Dia tersengih memandang Haiqal Mateen yang cemberut itu.

"Maaf abang, sayang betul-betul tak dengar, kalau tak boleh sambut abang kat depan tadi". Pujuk Maria sambil menggosok pipi Haiqal Mateen.

"Its okay sayang. Abang faham. Lagi pun abang faham sayang nak masak for us kan?". Kata Haiqal Mateen lalu tersengih. Ini yang dia suka tentang Maria! Pandai memasak dan suka memasak. Semua masakannya sedap dan kena dengan tekaknya.

"Iya abang. Sayang nak masak lah ni. Makanan Favourite abang dan Marina. Sekarang abang mandi dulu okay. Nanti kita dinner sama-sama".Arah Maria sambil menolak dada suaminya. Haiqal Mateen tersenyum. Sempat dia mencium pipi Maria.

"Okay sayang. Abang mandi dulu. nanti dah siap masak panggil abang tau". Kata Haiqal Mateen.

"Okay abang sayang. Anyway abang! jangan lupa mandikan juga anak kita tu sekali. alang-alang abang nak mandi kan? Kalau dengan abang patuh aje budak tu, dengan Mar bukan main sampai nak berlawan mulut dulu baru nak dengar cakap". Bebel Maria sambil tangan lincah memotong bahan masakan. Haiqal Mateen ketawa. Ya! anak nya si Marina itu memang banyak cakap. Tidak sangka umur anak dara nya itu sudah 3 tahun. Makin aktif dan makin banyak cakap.

MATEEN (COMPLETE)Where stories live. Discover now