HAIQAL MATEEN
&
MARIA MAISARA
BAB 1
💋💋💋
"Boss, saya dah bakar mayat tu and campak ke dalam sungai. Saya jamin tiada siapa dapat cam mayat tu". Kata orang suruhan tersebut. Haiqal Mateen tersenyum sinis. Rokok ditangannya dibuang ke bawah dan dipijak menggunakan kaki. Dia berpuas hati dengan hasil kerja anak buahnya.
"Good! now kau boleh gerak and jangan ganggu aku". Balas Haiqal Mateen angkuh. Orang suruhan tersebut terus sahaja mengangguk dan berlalu keluar dari bilik itu. Tak berani dia nak berlama-lama dalam bilik itu, mahu mati dia kena tembak kalau tak ikut arahan lelaki tersebuh. Huh tidak pernah terfikir untuk mati ditangan lelaki kejam itu.
"You deserve it Ahmad!". Desis hati Haiqal Mateen lalu mencampakkan pisau tajam yang berada di tangannya kepada sehelai gambar yang tergantung di dinding. Tangannya bergerak mencapai Iphone yang berada di atas meja. Nama kawan baiknya di cari lalu ditekan. Bestfriend? huh tak pernah terfikir dia ada kawan baik. Tapi tidak dinafikan, Danish memang selalu ada bersama nya. Itu yang menyebabkan dia rapat dengan lelaki tersebut.
"Malam ni jumpa kat tempat biasa. My treat!". Kata Haiqal Mateen selepas sahaj panggilan di jawab. Danish tersengih di talian. Haih Mateen! bukannya memang selama ni kau ke yang selalu belanja aku? duit nya seperti tiada makna jika keluar bersama Mateen. Ingat di tak ada duit ke? hm tapi tak sebanyak lelaki itu lah.
"Ish kau ni bro, salam tak ada tiba-tiba je ajak jumpa kat club. Bila nak bertaubat ni bro? asyik nak having fun je. haih aku malas lah nak pergi tempat macam tu tapi kau jangan risau lah, aku always available untuk kau. Lagipun kau belanja kan? memang lagi semangat aku nak join". Balas Danish lalu ketawa. Dia bukan tidak mampu untuk membelanja Mateen ye! duitnya seperti tiada makna bagi lelaki muda itu. Well, siapa tidak kenal dengan Dato' Haiqal Mateen? seorang jejaka playboy dan terkenal di Malaysia. Meskipun umur nya masih muda dan belum mencapai 40'an, tetapi dia sudah mempunyai syarikat di seluruh dunia dan juga mempunyai pangkat Dato'. Tetapi malangnya, di sebalik kejayaan jejaka itu, ramai yang tidak mengetahui Haiqal Mateen pujaan mereka ini mempunyai 'kumpulan' yang amat digeruni dalam dunia mafia. Kumpulan yang akan membunuh musuh mereka dengan kejam dan tanpa mengenal jantina.
"Okay see you there". Kata Haiqal Mateen dan terus sahaja mematikan telefonnya. Dia memang sejenis yang tidak banyak cakap. Bazir air liur dia sahaja. Wajah beku itu sentiasa dipamerkan tanpa senyuman. Ye! senyuman nya sudah hilang setelah keluarga nya dibunuh dengan kejam. Yang paling sakit bila keluarga nya itu dibunuh di hadapan mata nya sendiri.
🌸🌸🌸
"Tolong! jangan buat saya macam ni. Saya merayu. Saya tak nak!". Jerit Maria Maisara dari dalam bilik. Badannya menggigil. Bukan kerana sejuk, tetapi kerana takut. Ya! dia sangat takut sekarang.
"Eh perempuan sial! kau diam boleh tak? memekak je lah kerja kau ni! kau tak perlu nak berlakon suci lah perempuan! eh kau tahu tak, sekali kau dah masuk dalam ni, sampai bila bila pun kau akan digelar pelacur! dan kau tak akan boleh lari lah". Jerit seorang perempuan yang memakai gincu yang berwarna merah. Dia tersenyum sinis memandang Maria Maisara. Baju dibadan nya dibetulkan. Seksa mata tengok! tetapi bukan pada lelaki-lelaki yang berada di situ!
"Awak tolong lah saya! saya tak nak. Sa...saya kena jual dengan ayah saya. saya tak nak jadi pelacur. Saya bukan orang macam tu. Saya tak nak buat benda kotor macam ni". Rintih Maria Maisara pada perempuan tersebut. Perempuan itu hanya tersenyum sinis. Dah nak jadi pelacur pun masih nak berlagak suci! menyampah dia tengok perempuan berlagak alim ni.
ANDA SEDANG MEMBACA
MATEEN (COMPLETE)
RomanceMaria maisara. nama secantik tuannya. tetapi hidup nya malang kerana dia dijual oleh Ayah tiri nya sendiri. apa salah nya sehingga dia dijual? dia hanya gadis biasa yang tidak punya apa apa. Dato haiqal mateen. seorang playboy terkenal dan juga seor...
