Hai Guyss. ok here we go new part 😂 sorry late update. saya baru ada kesempatan sebab kerja yg cikgu bagi berlambak and lagipun spm dah nak dekat so saya kena kurangkan sikit main phone nie. hehe ok hope korang suka part nie. part nie a bit sweet jugak lah. hahaha but next part hehe haiqal mateen akan jadi evil balik 😘 Bye ok Jangan lupa VOTE DAN COMMENT. THANKYOUU
_______________________________________
Haiqal mateen keluar daripada Bilik rahsianya lalu melangkah ke arah dapur. Mak som yang melihat haiqal mateen yang tiba tiba muncul itu mengurut dadanya perlahan. kus semangat! baru nampak batang hidung tuan nya ini.
"err tuan. selamat malam. tuan nak apa apa ke?". tanya mak som. haiqal mateen senyum tipis. laju sahaja kepala nya mengeleng.
"takpe mak som saya boleh buat sendiri". kata haiqal mateen. mak som tersenyum sekilas. tetapi senyuman nya mati apabila melihat tangan haiqal mateen yang berbalut.
"eh tuan. tangan tuan kenapa? macam mana boleh berbalut tu?". tanya mak som panik. haiqal mateen tersenyum.
"tak da apa lah mak som. sikit je nie. takpe esok hari ok lah dia. by the way mak som, pembantu yang lain mana?". tanya haiqal mateen. mak som tersenyum manis.
"semua dah tidur. mak som nie ke dapur nak basahkan tekak aje sebab dahaga". kata mak som. haiqal mateen mengangguk lalu kakinya melangkah ke arah peti ais.
"ok lah haiqal. mak som masuk dulu ye. kalau ada apa apa panggil aja mak som". kata mak som. haiqal mateen hanya sekadar mengangguk. setelah 'puas' minum, haiqal mateen melangkah masuk ke dalam biliknya. terkedu dia apabila melihat keadaan bilik yang bersepah dan kaca kaca yang masih bertaburan. uish sikit lah aku pijak weh!
"cis tak guna punya perempuan. bukannya nak kemas ke apa ke. nie sedap-sedap pulak dia pi tidur atas katil. nasib baik aku tak pijak kaca ni". bebel haiqal mateen. perlahan lahan kaki nya melangkah ke arah katil. terkedu dia apabila melihat kaki maria yang berdarah. mak aih minah nie pijak kaca ke apa.
"maria!!". kejut haiqal mateen sedikit lantang. maria yang mendengar namanya seperti dia panggil oleh seseorang terus sahaja memandang wajah tersebut. serta merta dia tersenyum tetapi haiqal mateen masih dengan muka bengis nya.
"eh kau nie pijak kaca ke apa ha?". tanya haiqal mateen kasar. serta merta wajah maria berubah menahan sakit. alahai kaki baru sekarang kau nak sakit ye.
"err tak da pape. err awak saya mintak maaf. saya betul-betul tak sengaja. sa..saya cu..cuma bengang sangat tadi tu". kata maria lalu memandang hujung kakinya. haiqal mateen hanya diam lalu menapak keluar daripada bilik. beberapa minit kemudian, dia datang dengan membawa peti kecemasan (?) di tangannya. maria terkedu. mamat nie nak buat apa?
"err...a..awak nak buat apa ni?". tanya maria. haiqal mateen diam tidak menjawab. lalu kaki kanan maria di tarik menggunakan tangan kirinya. Almaklum lah tangan kanan kan kena kaca.
"tak apa awak. sa..saya boleh buat sendiri". kata maria. haiqal mateen memandang maria dengan pandang tajam.
"shut up". kata haiqal mateen tegas. serta merta maria menikus memandang kakinya yang dibalut oleh haiqal mateen apabila selesai dicuci dan di sapu ubat.
"settle". kata haiqal mateen lalu mula bangun dari duduknya. baru sahaja dia hendak berlalu, tangan kirinya di tarik lembut oleh maria.
"a.. awak sa...saya mintak maaf". kata Maria sayu. Haiqal mateen memandang wajah maria. Serta merta dia menarik maria ke dalam pelukannya. maria yang terkedu itu akhirnya mengalirkan air matanya. sungguh dia rasa sangat disayangi.
"dah, aku dah maafkan kau. jom tidur. aku penat. tangan aku sakit. aku nak peluk kau". kata haiqal mateen manja lalu menarik maria ke katil. maria hanya menurut sungguh dia rasa bahagia sekarang. akhirnya mereka berdua tidur dengan keadaan berpelukan. haa sesuai sangat lah tu. sorang berbalut tangan. sorang berbalut kaki. hahaha
🌸🌸🌸
"Morning". sapa maria sambil tersenyum manis apabila haiqal mateen mencelikkan matanya. Haiqal mateen yang baru bangun itu terus sahaja menjeling ke arah maria.
"apa morning morning dah tepi sana pergi buatkan aku sarapan". kata haiqal mateen kasar. maria terkedu. ish sah mamat nie ada masalah mental. kejap ok kejap tak. semalam bukan main suwit. nie tiba tiba sahaja jadi haiqal mateen versi sinis semula. nie yang tak suka nie.
"err baiklah". kata maria dan terus sahaja berlalu keluar. kakinya melangkah masuk ke ruangan dapur apabila dia keluar daripada lift.
"good morning mak som". sapa maria mesra. mak som tersenyum.
"selamat pagi juga mar. ha nie kenapa tiba tiba aje masuk dapur?". tanya mak som. maria tersengih.
"er hehe mar nak buatkan sarapan untuk haiqal. mak som pergi lah rehat. kali nie biar mar yang buat semua kerja dapur nie". kata maria. mak som tersenyum. baik sungguh mar ni.
"tak apa. mak som boleh tolong sikit sikit. mar nak masak apa?". tanya mak som.
"er mar ingatkan nak masak nasi goreng sosej then buat air milo. agak agak haiqal suka tak mak som?". tanya maria. mak som tersengih.
"mesti suka punya lah air tangan isteri dia yang cantik ni". kata mak som sambil mencubit pipi maria. maria tersenyum. sudah lama dia tidak dimanja oleh seorang ibu. sekarang mak som yang mengantikan tempat ibu.
"ha tunggu apa lagi. jom lah masak". kata mak som. maria ketawa lalu mereka berdua memulakan kerja masing masing.
🌸🌸🌸
"Kau masak apa?". tanya haiqal mateen yang baru sahaja keluar daripada lift.
"er saya masakkan untuk awak nasi goreng sosej dengan air pulak air milo". kata maria. Haiqal mateen terus sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi. manakala maria pula terus sahaja menjalan kan tugasnya.
"kau tak makan ke?". tanya haiqal apabila maria hanya sekadar berdiri disebelahnya. aih mamat nie tak kan dah lupa kata kata dia sendiri?
"er kan awak larang saya makan dengan awak. awak nak saya berdiri disebelah awak bila awak makan". terang maria. haiqal mateen terkedu. yeke? haah lah dia baru ingat kata katanya.
"tu dulu. sekarang aku nak kau makan sama sama dengan aku. cepat duduk makan". kata haiqal mateen tegas. maria hanya sekadar menurut. dah dia cakap macam tu ikut aje lah. kang tak ikut mengamok pulak mamat sewel nie.
"lepas nie kau siap siap. aku nak bawak kau shopping". kata haiqal mateen. maria terkedu. shopping? like seriously? nie haiqal mateen ke?
"er ok. tapi kita nak kemana?". tanya maria. haiqal mateen memandang maria tajam.
"tak payah nak banyak tanya. kau ikut je. aku bosan tengok kau pakai baju sama je. so aku nak kau beli baju baru". kata haiqal mateen. akhirnya maria akur. dah itu kehendak suami kan? ikut saja lah.
YOU ARE READING
MATEEN (COMPLETE)
RomanceMaria maisara. nama secantik tuannya. tetapi hidup nya malang kerana dia dijual oleh Ayah tiri nya sendiri. apa salah nya sehingga dia dijual? dia hanya gadis biasa yang tidak punya apa apa. Dato haiqal mateen. seorang playboy terkenal dan juga seor...