Mateen part 25

36.5K 1.2K 49
                                    

okay hai guys. nahh untuk korang. hahaha okay sorry late. saya busy. btw ramai sangat yang tak puas hati bila maria dengan Haiqal selalu gaduhh. haha okay nie part special buat korang. saya harap korang suka lah ye part nie. jangan lupa vote dan comment. kalau tak makin lama saya update. kahkahkah

Maria membuka matanya. Hujan masih lagi lebat. dia mengetap bibir. perasaan takut makin menjadi jadi dalam dirinya.

"Haiqal dah balik ke belum?". desis Hati maria. lalu matanya memandang jam yang berada di dindingnya. 3 subuh! terus sahaja dia melangkah ke beranda rumahnya. Wajahnya terus sahaja berubah cuak apabila melihat haiqal mateen yang masih berada di luar rumah. Kakinya laju sahaja mengambil tudung sarungnya lalu dia melangkah turun ke bawah. Kaki nya dibawa laju ke pintu utama rumahnya. lalu payung yang berada berdekatan dengan rak kasut diambil. Maria melangkah laju mendekati Haiqal mateen yang terbaring di lantai. dia menepuk(?) perlahan pipi haiqal mateen. Tetapi haiqal mateen masih kaku.

"awak! buka lah mata. jangan buat saya takut". kata Maria. Tetapi haiqal mateen masih memejamkan matanya. tanpa berlengah lagi Maria terus sahaja mencampak payungnya lalu dia memapah haiqal mateen masuk ke dalam rumah. meskipun berat, tetapi dia menguatkan dirinya agar haiqal mateen masuk ke dalam rumah.

"berat nya YaAllah. makan apa dia nie!". desis hati maria. lalu Haiqal mateen diletakkan katil biliknya. Setelah itu dia membuka tudungnya. kaki nya melangkah laju ke dapur setelah itu dia masuk semula ke dalam bilik. Sapu tangan yang telah diperah itu di letakkan di dahi haiqal mateen. Lalu matanya memandang Baju haiqal mateen yang basah.

"Ah maria! buka je lah. macam tak biasa pula. tak kan kau nak biarkan dia pakai baju basah kut?". desis hati Maria lalu dia membuka baju haiqal mateen. Dia sedaya upaya menahan nafsunya. gila weh tak payah tahan nafsu tengok badan haiqal mateen ni? dah lah sado, putih pula tu. haishh sabar Maria sabar! setelah selesai, Maria melangkah ke dapur untuk mengambil ubat. dahi Haiqal Mateen dipegang lalu dia mengejutkan Haiqal Mateen.

"awak, bangun awak". kata Maria perlahan. Haiqal mateen perlahan lahan membuka matanya. Dia tersenyum manis apabila melihat wajah Maria.

"a..abang dekat mana?". tanya Haiqal mateen perlahan. Maria mengetap bibir. kasihan dia melihat wajah Haiqal mateen yang pucat.

"awak kat rumah saya. awak pengsan tadi". kata Maria perlahan. serta merta Haiqal mateen teringat kejadian tadi. badannya perlahan lahan di bangunkan lalu dia mula berdiri. Maria terkedu. dah kenapa mamat ni?

"awak nak pergi mana?". tanya Maria. Haiqal mateen tersenyum hambar.

"abang nak balik lah. sayang kan tak suka abang kat rumah sayang. so better abang balik je. nanti kalau abang dah sihat abang datang jenguk sayang". kata Haiqal mateen. maria terus sahaja menahan Haiqal mateen daripada terus berjalan.

"a...awak rehat lah dulu. na...nanti lah awak balik. awak ma..masih belum sihat". kata Maria lalu tersenyum. Haiqal mateen terkedu. dia tidak salah dengar kah?

"sa...sayang tak ber..gu...guraukan?". tanya Haiqal mateen meminta kepastian. Maria tersenyum lalu mengangguk. tubuh Haiqal mateen perlahan lahan di baringkan di katil semula. lalu tubuh tersebut diselimutkan.

"saya tak bergurau. saya takut nanti jadi apa apa kat awak kalau awak drive dalam keadaan macam nie". kata Maria perlahan. Haiqal mateen tersenyum manis.

"a..bang sejuk". Kata Haiqal mateen. Maria terkedu dan terus sahaja dia masuk ke dalam selimut dan memeluk tubuh sasa haiqal mateen.

"awak tidur lah. saya ada kat sini". kata Maria.Haiqal mateen tersenyum lalu perlahan lahan dia memejam kan matanya. sempat dia membalas pelukan maria. selesa! ya selesa yang dia rasakan. akhirnya Haiqal mateen tidur dalam pelukan isterinya.

"saya sayang awak. saya akan cuba terima awak semula. tapi saya perlukan masa". kata Maria perlahan lalu dia memejamkan matanya. entah bila akhirnya dia terlelap.

🌸🌸🌸

Maria membuka matanya. Haiqal mateen yang masih tidur dikerling sekilas. tangannya memegang dahi Haiqal mateen. Maria mengeluh lega. nasib baik panas dah turun. Maria melepaskan pelukan Haiqal mateen lalu kakinya dibawa ke tandas. setelah itu, dia berlalu ke dapur untuk menyiapkan Sarapan.

"hmm maria kemain kau eh. biasanya tak ada nak sarapan. mentang mentang ada Haiqal, terus buat sarapan". desis hati Maria lalu ketawa. Tangannya lincah(?) menyiapkan sarapan buat Haiqal mateen. ya dia masih ingat lagi makanan  Haiqal Mateen waktu sarapan. wajib Ada roti dan juga milo panas.

"sayang buat apa nie?". tanya Haiqal mateen yang baru muncul itu. Tangannya memeluk Pinggang ramping milik Maria. Maria terkedu. lalu perlahan lahan dia melepaskan pelukan tersebut.

"sorry. saya tak selesa. lagipun sa..saya tengah memasak". kata Maria menyebabkan Haiqal mateen mengeluh berat. Kaki nya dibawa ke meja makan. lalu dia duduk di situ. Iphonenya dikeluarkan lalu dia mendail nombor seseorang.

"Dah siap. awak nak makan sekarang?". tanya Maria. Haiqal mateen hanya sekadar mengangguk tetapi iphone nya masih ditelinga. Maria terus sahaja diam apabila melihat Haiqal mateen yang tengah berbual di telefon. Maria melangkah semula ke Dapur untuk mengambil Air Milo yang telah dibuat olehnya lalu dia keluar daripada dapur dan menuju ke meja makan. kali ini Haiqal mateen sudah tidak memegang iphonenya.

"awak call siapa?". tanya Maria sambil tangannya menuang milo ke dalam cawan milik haiqal mateen lalu diserahkan kepada Haiqal mateen. Haiqal mateen hanya tersenyum sekilas.

"call Reen bagitahu abang tak masuk kerja hari ni". kata Haiqal mateen. Maria mengangguk.

"sayang tak kerja ke?". tanya Haiqal mateen. Maria tersengih. agak agak kalau dia kata yang dia tak pergi kerja sebab nak jaga Haiqal mateen, Haiqal gelak tak?

"err sa...saya cuti. awak tak kesah kan?". tanya Maria takut. Haiqal mateen tersenyum.

"saya tak kesah pun. Dah bagitahu ridzman yang sayang tak pergi kerja?". tanya Haiqal mateen. Maria mengangguk.

"dah. by the way awak nak makan mee ke or roti?". tanya Maria.

"bagi roti je lah dulu". kata Haiqal mateen. Maria Mengangguk lalu memberikan Roti yang disapukan dengan jem strawberry kepada Haiqal mateen.

"Thanks". kata Haiqal mateen. Maria hanya mengangguk. Dia gembira melihat haiqal mateen yang sudah mulai sembuh. sungguh dia cuak apabila melihat Haiqal mateen yang pegsan. Dia takut jika Haiqal mateen pergi tinggalkannya.

"welcome. lepas nie awak nak balik ke?". tanya Maria. Haiqal mateen terus sahaja memberhentikan suapannya.

"kenapa? sayang nak abang balik ke?". tanya Haiqal mateen sayu. Maria terkedu. dia salah cakap ke?

"er..bukan tu maksud saya. saya just tanya je. kalau awak nak tidur sini lagi pun boleh". kata Maria. tapi terus sahaja dia menutup mulutnya apabila dia sedar dengan kata katanya. Haiqal mateen ketawa. comel!

"sayang nak abang pindah masuk sini ke? abang okay je". kata Haiqal mateen lalu ketawa. maria mengetap bibir. ah sudah!!

"err dah lah baik awak makan cepat!". kata Maria. Haiqal mateen tersengih.

"by the way thankyou sebab jaga abang semalam. abang sangat sangat hargai. abang fikir sayang akan biarkan abang kat luar tu berhujan". kata Haiqal mateen. maria tersenyum tawar. dia tidak lah sekejam itu!

"saya tak gila lagi nak biarkan suami saya berhujan kat luar. dah lah makan aje lah". kata Maria. Haiqal mateen mengangguk lalu mereka berdua makan dalam keadaan senyap.

MATEEN (COMPLETE)Where stories live. Discover now