Haiqal mateen melangkah masuk ke dalam Syarikat nya. Terkejut dia apabila mendengar berita daripada Ridzman!
"pasti ada orang yang berani nak tipu aku". desis hati Haiqal mateen. kaki nya laju melangkah ke arah lift. lalu dia tiba di tingkat 20. semua staff memandang nya dengan pandangan terkejut. mana tak terkejutnya kalau 'boss besar' mereka tiba tiba sahaja datang ke syarikat nya ini. biasanya 'boss besar' kan berada di syarikat utama iaitu di damansara.
"err selamat pagi boss". sapa perkerja haiqal mateen. Haiqal mateen hanya mengangguk tanpa tersenyum. kaki nya laju melangkah ke biliknya.
"reen, mereka ada di dalam?". tanya haiqal mateen. reen mengangguk.
"ada boss. diorang ada kat dalam". kata Reen lalu tersenyum manis. haiqal mateen hanya memandang dengan pandangan kosong dan terus sahaja berlalu. Reen mencebik.
"sombong lah boss nie. siapa lah yang malang sangat tu akan jadi isteri boss. mesti dia kena hadap muka ketat boss tu 24/7. malang betul!". kutuk Reen dalam hati.
🌸🌸🌸
Ridman memandang boss nya yang kelihatan tegang itu. matanya mengerling ke arah Maria dan juga kayla yang berada di sebelahnya. ish minah berdua nie kenapa senyap pulak?
"er morning boss". sapa ridzman. 'boss besar' tersebut mengangguk lqlu memandang tajam ke arah dua gadis yang berada di sebelah ridzman. salah seorang dari mereka berdua 'boss besar' pandang dengan pandangan tajam.
"kenapa semua nie boleh jadi?". tanya 'boss besar'. Ridzman menelan air liurnya. aduh macam mana nak jawab ni?
"er saya tak tahu boss. tapi saya berani sumpah bukan saya yang buat". kata Ridzman membela dirinya. 'boss besar' mengetap bibirnya. matanya tajam memandang ke arah dua gadis yang menunduk. makin bengang di buatnya!
"eh korang berdua. muka aku kat bawah ke ha?". tanya 'boss besar' kasar. serta merta Kayla dan Maria memandang wajah boss mereka. Maria terus sahaja terkaku. begitu juga dengan 'boss besar'.
"YaAllah please cakap nie bukan Haiqal mateen suami aku". desis hati Maria. manakala haiqal mateen memandang tajam ke arah maria. jujur dia juga terkejut tapi berlagak seperti tidak mengenali maria. dia takut jika orang di hadapannya itu 'pelanduk dua serupa' isterinya.
"Ridzman! siapa gadis sebelah kiri kau tu?". tanya Haiqal mateen. ridzman memandang maria sekilas lalu..
"er nie lah new staff syarikat boss. nama dia Maria maisara. Dia baru kerja 5 bulan lepas". kata Ridzman. Maria mengetap bibir. ahh rasa nak berhenti kerja sekarang jugak!
"ouh new staff". kata Haiqal mateen sinis lalu matanya tajam memandang ke arah Maria. sedikit demi sedikit rindu nya kian menghilang.
"so now, bagi tahu aku siapa Yang lesapkan duit tu?". tanya Haiqal mateen. kayla memandang boss nya lalu mengeleng.
"bukan saya boss". kata kayla. Pandangan haiqal mateen menuju ke arah Maria pula. tak kan maria?
"Maria ada nak cakap apa apa ke?". tanya Haiqal mateen.
"saya tak lakukan semua tu boss. sumpah bukan saya yang buat". kata Maria membela dirinya. haiqal mengetap bibir.
"then siapa yang buat? kenapa korang bertiga susah nak mengaku? akaun bahagian bawah jagaan korang berdua! tak kan duit tu jalan sendiri?". jerit haiqal mateen lantang. Maria kecut perut. sudah lama tidak dengar jeritan itu.
"so semua tak nak mengaku? sokay CCTV ada". kata haiqal mateen sinis lalu menekan interkomnya.
"reen masuk sekarang. bawa sekali gambar CCTV tu". kata Haiqal mateen. tidak sampai beberapa minit reen sudah berada di dalam biliknya.
ANDA SEDANG MEMBACA
MATEEN (COMPLETE)
RomanceMaria maisara. nama secantik tuannya. tetapi hidup nya malang kerana dia dijual oleh Ayah tiri nya sendiri. apa salah nya sehingga dia dijual? dia hanya gadis biasa yang tidak punya apa apa. Dato haiqal mateen. seorang playboy terkenal dan juga seor...
