Haii guyss. nahh nie untuk korang!! sorryyyyy saya baru perasan part yg tadi saya update pendek gila! wattpad buat hal dohh!!!! hahaha okay enjoy lah ye. part nie akan bongkarkan segalanya. hahaha okay jangan lupa vote dan comment ye.
Maria mengetap bibir apabila melihat orang yang berada di hadapan nya ini bukan lah Qaira tetapi Haiqal mateen!
"apa awak nak? kenapa awak masuk bilik saya?". tanya Maria bengang. Haiqal mateen ketawa lalu pintu bilik dikunci. kakinya dibawa ke arah katil Maria lalu tubuhnya dibaringkan di situ.
"hmm saja. nak lawat isteri abang nie. sebab tadi abang tanya Qaira mana sayang, tapi Qaira kata sayang kat dalam bilik. so abang datang lah bilik ni". kata Haiqal mateen sambil memandang Maria.
"awak pergi lah bilik awak! nanti Orang nampak lah! buat malu aje. cepat pergi keluar sekarang!". halau Maria tetapi Haiqal mateen masih baring di atas katil. Maria mendengus geram.
"awak ni kan saya tengah halau awak nie tau". kata maria lagi. Haiqal mateen hanya mengerutkan dahinya lalu ketawa.
"eii tak lawak langsung lah!!! baik awak keluar sekarang". kata Maria lalu menarik tangan Haiqal mateen. tetapi malangnya Haiqal Mateen menarik tangan Maria lalu Maria terjatuh ke atas Haiqal mateen. Haiqal mateen sudah tersenyum nakal manakala maria pula sudah mengetap bibir. wajah nya berubah menjadi merah kerana malu.
"wah best nya. eii rasa nak je peluk sayang tak nak lepas tau". kata Haiqal mateen. Maria mendengus geram lalu dia mencuba untuk bangun tetapi pelukan Haiqal Mateen tersangat lah ketat.
"awak please! saya nak bangun. saya tak selesa". kata Maria separuh memujuk tetapi Haiqal mateen masih memandang Wajah ayu maria.
"No. abang tak nak. abang masih nak peluk sayang". kata Haiqal mateen pula. Maria terus sahaja mengeluarkan segala kudratnya untuk melepaskan diri akhirnya Maria terlepas dari pelukan Haiqal mateen.
"tak payah nak peluk saya sangat lah! saya rimas tahu tak. And sedar lah diri awak tu siapa! awak tu pangkat dato dan saya nie hanya kuli awak je! and please remember saya ni hanya Isteri atas kertas awak sahaja". kata Maria sinis. Haiqal mateen terkedu. Kata kata maria tersangat lah tajam. Haiqal mateen bangun daripada baringnya lalu kakinya dibawa ke arah pintu bilik. tetapi dia berpaling semula ke arah Maria.
"bodohkan abang sebab tinggalkan sayang? abang menyesal sangat. tapi tulah, menyesal kemudian tiada guna. mungkin hati sayang sudah tertutup untuk abang tapi abang nak sayang tahu, abang akan jadi orang yang paling bahagia kalau sayang berikan abang peluang kedua. berikan abang satu lagi peluang untuk tebus segala kesalahan abang. tapi semua tu mustahil sebab sayang sangat sangat benci abang. but nah, Abang just datang bilik sayang sebab nak bagitahu yang Julia ada join hari keluarga nie. kalau sayang rasa nak jumpa dia, sayang pergi bilik sebelah bilik abang. sayang tahu kan? sebelah bilik abang tu bilik julia. so abang gerak dulu. Hati hati". kata Haiqal mateen panjang lebar dan terus sahaja berlalu. Maria mengetap bibir untuk menahan air matanya daripada jatuh tetapi dia seakan akan lemah. akhirnya air matanya jatuh membasahi pipi.
"maafkan Maria". desis Hati maria.
🌸🌸🌸
Tok! Tok! Tok!
Maria memandang ke arah pintu. siapa yang datang? Tak kan Haiqal mateen? Qaira? mustahil juga sebab Qaira dah pergi pantai! Laju sahaja kaki Maria melangkah ke arah pintu. Tudung sarungnya di ambil lalu disarungkan kepala. pintu bilik nya dibuka. dia terus sahaja melopong.
"YaAllah Julia". kata Maria teruja. Julia tersenyum manis. Maria terus sahaja memeluk Julia.
"akak, dah lama Ju tak nampak akak. Ju rindu akak". kata Julia. Maria tersenyum lalu meleraikan pelukan.
YOU ARE READING
MATEEN (COMPLETE)
RomanceMaria maisara. nama secantik tuannya. tetapi hidup nya malang kerana dia dijual oleh Ayah tiri nya sendiri. apa salah nya sehingga dia dijual? dia hanya gadis biasa yang tidak punya apa apa. Dato haiqal mateen. seorang playboy terkenal dan juga seor...