10

510 34 2
                                    

"TAHNIAH, Hawa. Selamat pengantin baru!"

"Selamat pengantin baru, guys!"

"Tak sangka korang betul-betul bercinta, ya? Aku ingatkan gosip je dekat sekolah dulu."

"Dua-dua ex-member The Leaders. Nanti ada anak hantarlah STH juga."

Uhuk! Uhuk!

Aku tepuk dada bila tiba-tiba rasa tersedak. Padahal aku tak ada minum air pun. Tercekik liur mungkin. Terkejut dengar ucapan daripada ex-classmate Isaac tu sampai setakat saliva dengan oksigen pun boleh salah masuk saluran.

Isaac yang tadi tersenyum menerima ucapan daripada para tetamu terus berpaling ke arah aku. Belakang badan aku digosok dengan riak risau.

"Kenapa ni? Hawa okey?" Tanyanya bimbang.

Aku terbatuk-batuk sikit sebelum mengangguk.

"Okey je." Tangannya di belakang badan aku tolak lembut.

"Betul ni?" Matanya masih tengok aku dengan riak prihatin. Alah, tiba-tiba cair pula kita.

"Hawa okey. Serius." Tapak tangan aku angkat tanda bersumpah.

Isaac tengok aku kejap sebelum akhirnya angguk. Kami kemudian sambung menegur para tetamu yang datang ke majlis ini.

Ramai juga tetamu yang kitorang jemput. Hampir seribu orang termasuk saudara mara, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan uni dengan kawan-kawan tempat kerja kami. Kitorang juga ada jemput cikgu-cikgu STH dulu. Rata-rata memang terkejut bila tahu kitorang berkahwin tapi tak adalah terkejut sangat sebab memang dari dulu gosip kitorang bercinta wujud dekat sekolah tu.

Walaupun kitorang memang dah berkawan dari zaman sekolah, tapi kitorang tak bercinta tau! Ada pula tuduh-tuduh rahsiakan hubungan. Cis.

"Hawa. Isaac."

Mata aku tak berkelip tengok orang yang tegur kitorang tadi. Atas bawah aku perhatikan orang tu sebelum bunyi deheman Isaac dari tepi menghentikan aku.

Aku tengok Isaac.

"Jangan tengok lebih-lebih," tegurnya serius. Aku pula tersengih sikit. Sorrylah, abang.

Tengok depan balik. Orang yang tegur kami tadi dah berada depan kami. Tangannya dihulur ke arah Isaac untuk bersalaman.

"Isaac," tegurnya.

"Wyatt."

Diam seketika. Masing-masing tak tahu nak cakap apa. Janggal dan kekok. Mungkin sebab masing-masing still ingat apa yang jadi masa sekolah dulu. Yang melibatkan perasaan.

Dalam diam tu, sekali lagi aku perhatikan Wyatt yang nampak dah banyak berubah dari zaman sekolah dulu. Mukanya nampak lebih matang walaupun licin tanpa sebarang misai atau jambang. Tubuhnya juga nampak lebih tegap namun tinggi aku rasa masih sama. Itupun kalau memori aku betul.

"Hai, Hawa." Wyatt senyum kepada aku. Dua lesung pipit trademarknya masih ada.

Aku pula jeling Isaac sekilas sebelum senyumannya aku balas.

"Hai, Wyatt. Lama tak jumpa awak," tegurku.

Wyatt angguk. Memang dah lama kami tak jumpa. Hampir lapan tahun kut. Lepas saja Wyatt habis SPM, dia terus menghilangkan diri. Tak ada orang pun yang tahu ke mana dia pergi selain orang-orang yang rapat dengan dia. Dan daripada Noah, Reen bagitahu aku yang Wyatt sambung belajar dekat Itali dan stay dekat sana selama ni.

"Aku sebenarnya dah lama tak balik Malaysia. Aku duduk dengan mummy aku. Tapi bila dapat tahu yang korang nak kahwin, fuh! Terus aku fly datang sini. Mana boleh terlepas wedding an-" Wyatt tengok Isaac sebelum tersengih sikit. "Maksud aku, kawan. Mana boleh terlepas wedding kawan aku."

IZEVE: The Future of UsWhere stories live. Discover now